bahagian 14

15 2 0
                                    

Tahukah kamu apa yang ada di dalam hati wanita berpurdah itu?🌼
Engkau kata mereka solehah dan alim.🌼
Engkau kata mustahil perempuan berpurdah melakukan kesilapan,🌼
Engkau kata mereka sempurna sehingga tdk akan melakukan stitik dosa pun,🌼
Engkau kata mereka pasti banyak buat amal,🌼
Engkau kata mereka tidak patut buat salah kerana mereka sudah berpurdah,😥

Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu malaikat?
Sehingga engkau melabelkn mereka tidak mungkin melakukan kesilapan?😥
Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu Nabi yang maksum?😥
Sehingga engkau mengharapkan mereka sempurna dan tidak akan melakukan dosa?🌸
Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu wali Allah?😥
Sehingga engkau fikir mereka tidak mungkin tunduk pada nafsu dunia?😥

Ketahuilah sahabat,🌺
Kami berpurdah.🌺
Kami juga manusia biasa seperti anda,🌺
Kami tidak maksum seperti Nabi Muhammad SAW.🌺
Kami bukan malaikat yg sentiasa patuh pada Allah.🌺
Namun kami juga bukan syaitan yang sentiasa derhaka pada Allah.🌺
Kami MANUSIA BIASA. ❤
Yang di-UJI seperti anda.🌺
Yang ada baik buruknya seperti anda. 🌺
Yang menerima dugaan seperti anda.😥😥
Yang menghadapi mehnah kehidupan seperti anda.😥

Sahabat, berhentilah mengeji wanita berpurdah yg melakukan kesilapan.❤
Mungkin itu kesilapan pertamanya.❤
Mungkin dari kesilapan pertama itu,
Mereka semakin kasih pada ALLAH. 🌺
Mungkin dari kesilapan pertama itu juga,
Membentuk diri mereka menjadi lebih berakhlak mulia. ❤❤

Apakah untungnya anda menilai perempuan berpurdah melakukan kesilapan itu ini sedangkan diri anda tiada lngsung peningkatan ke arah kebaikan?🤛🏻

Ketahuilah sahabat, Kami berpurdah bukan untuk membanggakan pakaian kami depan anda semua. Kami Bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna bukan semata2 nak tunjuk alim depan anda semua. 🌺

Tapi kami menutup aurat ini hanyalah semata-mata untuk tunjuk pada Allah dan kami berharap dengan pakaian ini kami mampu jawab di hadapan Allah kelak, "YA ALLAH, lihatlah aku. Aku memilih untuk menutup aurat kerana-Mu Ya Allah, Tidak aku harapkan apa-apa lagi dengan pakaian ini melainkan aku sudah turuti perintahMU dan cukuplah Engkau sebagai Pelindungku"...😭

Allahu Akbar!😭

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).

❤"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."
(An Nur:31)

❤Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga"
(Sohih Bukhari)

Pasal AgamaWhere stories live. Discover now