chapter 6

41 10 28
                                    

"Thyra, is it you?" Satu suara memanggil namaku membuatkan aku berpaling ke arahnya.

Xavier.

"Yea. Why?" tanyaku namun masih tidak berganjak dari koordinat asalku.

"Nothing." Dia memberikan senyuman segaris. Dia melangkah mendekatiku yang masih di dalam kolam. Xavier berpaling ke arah Lee seperti memberi satu isyarat kepadanya. Lee yang seperti memahami isyarat itu segera keluar daripada kolam.

"I've got to go." Katanya sebelum menghilang daripada medan penglihatan mataku.

"Sayang, are you crying?" Soalnya ketika badannya sudah bertemu air kolam.

"No. Air masuk dalam mata."

"Don't lie to me. You're not a good liar." Xavier tersenyum sinis ke arahku.

"Then, apa yang you harapkan daripada I?"

"Don't be sad. You're always safe in my arms. So don't even think to run away from me."

"Why you are saying this?" Tanyaku lagi kerana berasa pelik akan soalannya itu.

"If you love me then trust me. I just love you. You're the only one girl that I'm falling... no one before you nor after you. So whatever happens just trust me."

Kata-katanya itu membangkitkan rasa serba salah dihatiku. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini? Tolong Xavier, jangan buat aku rasa serba salah ketika aku ingin balas dendam terhadap kau. Kau hancurkan hatiku dan kau dah hancurkan keluarga aku. Tapi mengapa aku masih jatuh cinta pada kau? Apa yang dah kau buat pada aku!

"Kalau diberi pilihan antara cinta dengan keluarga, I choose my family first over everything. Since I have known you, I just want you. Jangan sesekali sorokkan kebenaran kerana apabila ia terbongkar pastinya amat memeritkan. Jadi, jangan seksa I dengan rahsia you."

Tapi itu dulu Xavier sebelum kau bunuh adik aku. Peritnya untuk menelan fakta yang kau sanggup bunuh dia.

"Rahsia apa?" soalnya sambil berkerut keningnya.

"Tak adalah. I just want to make sure that you really love me and not lying  about everything."

"Sure." Xavier tayang senyuman seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Aku benci! Benci dengan senyuman yang kau ciptakan. Aku akan pastikan kau akan lalui apa yang aku rasakan. Kau tiada keluarga tapi kau tetap ada hati.

Xavier memandang Thyra seolah-olah ada sesuatu yang dipendam olehnya. Dia ingin bertanyakan hal itu namun seperti dia tidak perlu masuk campur. Thyra akan bagitahu dirinya sendiri apabila Thyra sudah bersedia. Dan... tentang adik Thyra, dia harus sembunyikan hal ini. Tidak sanggup dia melihat air mata gadis kesayangannya itu mencurah membasahi pipi. Meskipun ia hanyalah air mata namun baginya seperti pisau yang tajam. I'm sorry, Thyra. I musnahkan keluarga you. I ambil you secara paksa.

Xavier mendekati Thyra yang masih diam merenung awan. Dipegang tangan kecil milik Thyra dan menariknya supaya mengekori dia.Thyra hanya memandang tingkah laku Xavier. Tiada tanda-tanda untuk membantah malah sebaliknya hanya mengikut.

Apa lagi sandiwara yang harus kau lakonkan? Apakah kita dalam dunia drama yang penuh dengan helah? Aku cukup terseksa melihat semua ini. Aku sayang kau, Xavier... tapi kau kejam!

"Let's go. Badan you dah menggigil ni. Pergi mandi dan tukar baju nanti demam pula." Arahnya sambil mengelus lembut pipiku.

Aku hanya senyum... senyum yang tiada nilai keikhlasan. Betapa peritnya untuk mengukir senyuman ini.

Aku berlalu menuju ke bilikku namun baru saja sampai di depan sliding door, Adam memberikan aku sehelai tuala.

"Thanks." Ucapku seraya menerima tuala dan tuala itu telah bertukar tangan.

"I know how you feel. It's really hurt and no one can describe about it." Adam membuka kata bicara lalu menarik tanganku untuk duduk di pondok yang berdekatan.

"What do you mean?" soalku yang masih tidak dapat meneka maksud disebalik ayatnya itu.

"I saw what happened in Tortura Room. She was raped before she was killed."

Aku tergamam mendengar ayat itu. Tak akan dia yang buat. No, it's impossible.

"Siapa yang buat?"

Tiada lagi dolak-dalih. Kebenaran harus dipastikan.

"Who else other than the man you love the most?" Katanya sambil menarikku ke dalam pelukannya.

"I'm sorry. I have to tell you this." Sambungnya lagi sambil mengusap ubun-ubun rambutku. Aku melepaskan diri daripada pelukannya.

"What the hell are you telling her, Adam!" Kedengaran satu gema suara garau membuatkan aku segera mengangkat kepala.

"She has to know the truth." Balas Adam yang cuba membela dirinya.

"Chill, Lee. He just told me the truth."

"No, Thyra. You sakit. I tahu you sakit. Dah pergi masuk mandi dan rest. Nanti I hantar makanan dalan bilik you." Kata Lee dengan kedua tangannya menekup pipiku.

Aku hanya mengganguk dan masuk ke dalam bilikku. Aku dapat merasakan berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Lee memandang muka Adam dengan riak tidak puas hati.
"Kenapa kau bagitahu dia? Kau tahu tak dia masih terkejut dengan semua ni?"

"Ye, aku tahu. So, kalau kau nak dia bahagia seperti dulu... kau ikut cakap dia. Kita kena tolong dia hapuskan orang yang menyakiti dia." Adam bangun daripada tempat duduknya dan menuju ke arah Lee.

"Maksud kau, balas dendam kepada Xavier?"

Adam hanya mengganguk lalu ketawa kecil.

"Are you insane?" Lee menggengam kuat tangannya sehingga timbul urat-urat hijau di lengan sasa miliknya.

"Chill bro. Both of us love Thyra. Kau sanggup tengok Thyra terseksa macam tu?"

"Okay. Make some plan and we'll talk about it."

"Macam itulah." Kata Adam sambil menepuk perlahan bahu Lee dan berlalu pergi.

You're a traitor.
You'll regret it, Adam!

Tok! Tok!

Terjegul muka Lee yang membawa bubur ke dalam bilikku. Dia menatang dulang dan diletakkan di atas meja di tepi katilku. Dia menyentuh dahiku dan aku hanya memerhati saja tingkah lakunya.

"Makan bubur ni lepastu makan ubat demam. I'm sorry sebab you jadi macam ni."

"It's okay. You dah ubatkan hati I yang menderita walaupun bukan sepenuhnya. I sangat bersyukur ada kawan seperti you." Aku menarik tangannya untuk duduk di sisiku.

"Teman I makan." Sambungku lagi.

Lee hanya akur dengan arahan yang aku berikan itu. Seketika kemudian, pintuku sekali lagi dikuak dari luar.

"Thyra, are you okay? I dengar you demam." Kata Xavier yang laju melangkah ke arahku.

"I'm okay. Don't worry to much."

"Macam mana I tak risau tentang you. You are everything to me." Katanya sambil mengelus lembut rambutku.

Sungguh membuatkan aku terharu ketika ini tapi terselit juga rasa kebencian.

"Excuse me." Lee bersuara untuk meminta diri. Mungkin dia berasa tidak selesa.

Kami memandang satu sama lain tanpa suara tapi diiringi dengan suara hati masing-masing. Pandangan sayu naik di riak mukanya. Umpamakan dia ingin katakan sesuatu tapi tidak mampu. Begitu juga aku. Akhirnya, kami masing-masing hanyut dalam pandangan mata. Tiada kata yang terucap.

Aku bersyukur kerana manusia lain tidak boleh membaca minda orang lain tapi pada masa yang sama aku nak baca minda orang lain. Aku nak tahu apa yang tersembunyi lebih-lebih lagi, Xavier. Susah untuk aku baca riaknya kerana dia tidak pernah menunjukkan apa-apa.






Blood RevengeWhere stories live. Discover now