4

402 30 2
                                    

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taehyung mengosok matanya yang sedikit pedih. Setelah beberapa saat dia membuka mata lalu melihat sesosok manusia yang tengah berdiri di dalam biliknya.

Dan tentulah dia terkejut. Dia tidak bermimpi kan?

Padahal baru beberapa minit lalu dia berhadapan dengan seekor kucing putih dan sekarang tiba-tiba muncul seorang lelaki setelah cahaya putih itu hilang.

"Si-siapa kau h-hah?!"

Taehyung cuba memberanikan diri untuk bertanya pada lelaki tersebut walaupun dia tidak yakin adakah ini mimpi atau realiti. Mana taknya, lelaki tersebut bukan seperti lelaki biasa. Rambut hitam yang dihiasi dengan telinga kucing serta ekor yang sedari tadi bergerak-gerak. Dan dia hanya memakai seluar pendek paras lutut sahaja, membuatkan tubuh putih mulusnya terlihat dengan jelas.

Sedangkan lelaki yang dimaksudkan taehyung itu berdiri dia hadapan taehyung dan menatap taehyung dengan tajam. Walaupun pada awalnya dia juga terkejut kerana dirinya yang berubah secara lansung di hadapan taehyung. Sungguh dia tidak sangka ini akan berlaku.

"Yo-yoongi. Aku yoongi!"

Lelaki ataupun yoongi itu menjawab pertayaan taehyung. Matanya masih menatap tajam ke arah taehyung.

Dua kali terkejut. Itulah yang dirasakan taehyung sekarang.

"Hah? Apa yang kau cak-------"

Brakk!

Kepala taehyung berdenyut-denyut dan tiba-tiba dia pengsan dan terjatuh di atas lantai biliknya.

Yoongi yang melihatnya turut terkejut. Dia mendekat ke arah taehyung lalu cuba untuk membangunkan taehyung.

"Yakkkk, bangun la bodoh. Aku belum selesai dengan kau! Aissshhh"

"Wtf! Kenapa dia pengsan huh?!"

Yoongi memaki-maki ke arah taehyung dan menendang taehyung dengan kesal. Dia baru nak terkam taehyung tadi!

Mungkin lain kali dia boleh kenakan taehyung.

Yoongi melihat ke sekeliling bilik taehyung dan matanya tertumpu pada katil taehyung yang baru sahaja dia hancurkan tadi-tidak sepenuhnya- dan yoongi fikir yang dia boleh tidur di situ buat sementara waktu sambil menunggu matahari terbit kembali.

Dia lantas tidur di atas katil taehyung dan membiarkan pemilik katil tersebut-yang masih pengsan- di atas lantai.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
..
.
.
.
.
.
"Yoongi!! Yoon! Yoongi"

"Yoon- eoh kau dekat sini rupanya!"

Jungkook yang pagi-pagi lagi sudah kalut dibuatnya bila tidak melihat yoongi di tempat tidur. Bahkan hampir semua member terbangun dari tidur nyenyak mereka sebab suara jungkook yang menggema.

"Kau kenapa tidur dalam bilik tae hyung huh? Puas aku cari kau tadi. Ishh kucing nakal."

"Meow~"

Jungkook mengambil yoongi lalu mencium kepala kucing tersebut. Lantas matanya melihat sekeliling dan terkejut bila melihat keadaan katil taehyung yang menyedihkan.

"Kenapa katil tae hyung macam kapal pecah dan oh mana dia?"

"Meow"

"Huh?"

Jungkook tidak faham apa yang hendak dikatakan yoongi tapi lirikan mata yoongi yang melihat tepi katil taehyung membuatnya faham. Lantas jungkook berjalan menghampiri tepi katil taehyung.

"Eoh?! Hyung kenapa tidur dekat bawah?"

Jungkook menggoyangkan tubuh taehyung yang nampaknya tidak memberi reaksi. Yoongi lalu turun dari pelukan jungkook dan berjalan mendekati taehyung.

"Grrrrr....meow!"

Dia mengigit telinga taehyung dengan kuat. Dan itu membuahkan hasil. Taehyung tersedar dan mengadu kesakitan.

"Auchh...auch. sakit la!"

Jungkook yang melihatnya hanya ketawa melihat tingkah laku keduanya.

"Yakkk kau--!"

"Oh hyung, kau dah bangun. Kenapa kau tidur atas lantai hah?"

Jungkook cuba mengalihkan pergaduhan yang hampir terjadi antara keduanya.

"Aku.....eh jungkook kau dengar cakap aku. Kau kena buang kucing ni sekarang!"

Taehyung memberitahu jungkook dengan bersungguh-sungguh. Tangannya menunding ke arah yoongi yang sudah berada di pelukan jungkook.

"Hahaha....apa yang kau cakap ni hyung. Aku tahu kau tak suka kucing tapi jangan lah sampai suruh aku buang dia. Aku dah sayang dia tau."

"Kau tak faham kook...se-semalam aku nampak sendiri dengan mata kepala aku yang---"

"Apa yang bising-bising ni huh?" Jin dan juga hoseok datang ke bilik taehyung setelah mendengar suara yang bising.

"Entahlah hyung, tae hyung ni yang suruh aku buang yoongi. Padahal yoongi tak buat apa-apa kan sayang?"

Jungkook mencubit kedua pipi yoongi.

"Dah kenapa kau tae?" Tanya hoseok.

"Korang kena percaya cakap aku. Kucing ni bukan kucing biasa! Se-semalam aku nampak sendiri yang dia bertukar jadi manusia hyung! Aku tak tipu!"

Kata taehyung cuba meyakinkan rakannya yang lain. Terdapat keheningan setelah taehyung bercakap. Dan taehyung yakin yang mereka pasti percaya cakapnya dan akan membuang kucing tersebut ke jalanan semula.



























"BWHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA!"

"Kau mengigau ke hah? Tu la selalu sangat tidur lewat. Kan dah sewel."

Mereka bertiga ketawa terbaha-bahak.

"Mana ada kucing jadi manusia. Kau ingat yoongi ni kucing jadian ke apa? Hahaha" tambah hoseok pula.

Taehyung melihat mereka dengan tidak percaya.  Jadi mereka ingat taehyung mereka cerita huh?

"Betul apa yang aku cakap ni! Tolonglah korang"

"Hyung, dahlah. Haha, aku tahu kau tak berapa suka yoongi tapi....pftttttt....janganlah reka cerita yang tak logik macam ni. Dah la, baik hyung bersihkan diri sekali dengan otak mungkin? Bye"

Jungkook melangkah pergi dari situ diikuti oleh seokjin dan hoseok. Ketawa mereka masih lagi tidak berhenti.

Taehyung menatap geram mereka semua dan bertambah geram bila melihat kucing yang digendong jungkook itu tersenyum licik kepada taehyung.

"Siap kau nanti kucing bodoh!"







Tbc.

Cat?! [YOONGI X BTS]Where stories live. Discover now