3

413 30 0
                                    

.
.
.
.
.
.

.
.

"Jjaaa.....yoongi, mulai malam ni kau tidur dekat sini ya. Dalam bilik kookie. Aku dah sediakan tempat paling selesa buat kau."

Jungkook berkata-kata sambil merapikan tempat tidur untuk yoongi. Bibirnya tidak henti-henti tersenyum. Entahlah, dia rasa bahagia sahaja, seperti menjadi seorang ayah.

Tempat tidur yoongi berada di samping katil jungkook. Tidak terlalu besar, cuma sebuah bakul yang diletakkan kain yang lembut untuk yoongi tidur dengan selesa.

"Meow~"

Yoongi mengiau sambil mendekatkan kepalanya ke badan jungkook. Mungkin sebagai tanda terima kasih buat jungkook kerana sudi menjaganya.

Walaupun tidak terlihat, tapi kucing tersebut mengeluarkan aura bahagianya. Ekornya yang panjang dan berbulu lebat itu sejak tadi bergerak.

"Okey, sekarang kita tidur ya. Nanti kalau yoongi nak pup, yoongi pergi dekat situ tau."

Jungkook menunjukan bilik airnya yang pintunya sedikit terbuka. Walaupun dia tidak pasti adakah yoongi faham dengan ucapan dia tadi tapi dia tetap bercakap seolah-olah yoongi memahami segalanya.

Dia meletakkan yoongi di dalam bakul yang disediakan. Dia mengusap kepala yoongi dan menciumnya. Terlalu geram dengan kecomelan yoongi. Yoongi pula menjilat wajah jungkook dengan lidah kecilnya. Sungguh hati jungkook bahagia.
.
.
.
.
.
.
.
.
Waktu berlalu, begitu juga kegelapan malam yang semakin gelap. Jam di dinding hampir menunjukkan pukul tiga pagi. Jungkook sudah tertidur lena, dibuai oleh mimpi indah.

Yoongi si kucing putih itu terjaga dari tidurnya. Badan kecilnya terasa panas. Bukan disebabkan oleh suhu yang tinggi tapi sesuatu yang lain. Dia bergerak gelisah di tempatnya.

Mata kucingnya melihat ke arah pintu bilik jungkook yang sedikit terbuka. Ya, dia harus keluar. Dia tidak boleh berada di sini sampailah matahari terbit semula.

Yoongi melangkah keluar dengan kaki pendeknya dengan segera dan sesenyap mungkin. Dia tidak mahu sesiapa menyedari perbuatan dia.

Apabila dia berjaya keluar dari bilik jungkook, dia dikejutkan oleh bunyi pintu yang baru ditutup. Rupanya itu dari pintu utama.

'Kejap, siapa pulak yang baru balik masa ni'

Hairan yoongi dibuatnya. Suara langkah kaki semakin dekat membuatkan yoongi berjaga-jaga. Pencuri kah?

Tapi siapa sangka, itu rupanya taehyung yang baru sahaja pulang. Rasa lega terselip dalam diri yoongi. Tapi itu sementara sahaja sebelum rasa kesal dan marah hadir. Itu taehyung, namja yang berkata bahawa kucing adalah haiwan yang bodoh!

"Eoh? Eh kucing bodoh, buat apa kau merayap malam-malam buta ni hah? Menyemak jer."

Kata taehyung dengan tatapan yang mengejek. Lantas dia meninggalkan yoongi dan masuk ke dalam biliknya.

Dia tidak tahu yang yoongi sudah hampir sahaja meletup dengar perkataan taehyung tadi.

Ada satu hal yang tidak diberitahu. Yoongi bukan kucing biasa-biasa tapi luar biasa. Jadi tidak hairan kan kalau dia faham ucapan taehyung tadi?

Pintu bilik taehyung tidak tertutup sepenuhnya. Yoongi melihat ke arah pintu tersebut. Terlintas sebuah fikiran yang licik di benaknya.

Ya, dia akan masuk bilik taehyung. Dia akan guna kuku tajam dan cantik miliknya untuk mencakar muka taehyung habis-habisan. Taehyung perlu diberi pelajaran agar tidak menghina kucing lagi!

Yoongi lalu melangkah masuk ke dalam bilik taehyung, mengabaikan rasa panas yang sejak tadi menyeksa tubuhnya.

Dia tidak nampak susuk tubuh taehyung di sini. Mungkin taehyung berada di bilik air sebab dia boleh mendengar suara air .

Yoongi tersenyum dalam hati. Lantas dia naik ke atas katil taehyung dan mengeluarkan kuku-kukunya yang cantik. Dia akan mulakan aksinya sekarang!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Oh my my my~~ oh my my my ~"

Taehyung keluar dari bilik air dengan senang hati sambil menyanyi. Rambutnya yang sedikit basah dilap dengan tuala kering.

Tapi apabila sampai di katilnya, mata taehyung membesar dengan cepat. Dadanya naik tutun naik turun menahan amarah. Hilang sudah kebahagian dia tadi.

"YAKKKK KUCING BODOH, B****, APA YANG KAU BUAT DENGAN KATIL AKU HAHH?!!!"

Taehyung tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bantal, selimut, tilamnya habis terburai kerana yoongi, si kucing bodoh-bagi taehyung-.

Lain pula dengan yoongi, dia hanya duduk dengan manis di atas katil taehyung sambil menjilat tubuhnya. Bangga dengan hasil karya yang dibuatnya tadi. Dia puas bila melihat wajah kesal taehyung.

Tapi rasa panas tadi tiba-tiba menyerang yoongi kembali. Dia tersentak, dia harus keluar dengan segera dari bilik taehyung.

Ahh, tapi taehyung tidak akan membiarkan kucing nakal itu keluar dengan begitu sahaja!

Taehyung mendekat ke arah yoongi bila yoongi cuba melarikan diri. Tiba-tiba sebuah cahaya putih mengaburi mata taehyung. Dia tidak dapat melihat di mana yoongi sekarang.





'Shit!'





"Si-siiapa kau h-hah?!"

"Yo-yoongi, aku yoongi!"

"What the f---?!"





Tbc

Cat?! [YOONGI X BTS]Where stories live. Discover now