Kenapa kehidupan aku sekarang dah musnah begitu sahaja?
Kenapa keluarga aku selalu memaksa aku?
Aku perlu kan semua jawapan tu tapi why?
Adakah aku masih budak kecil lagi untuk dikongkong?
Aku sekarang sudah menjadi seorang remaja yang berumur 20 tahun tapi masih lagi seperti budak kecil yang tidak mempunyai kehidupan dan selalu dikongkong oleh keluarga sendiri.
Aku mahu kehidupan yang bebas walaupun aku sudah bahagia dengan kemewahan tapi aku mahu kehidupan sendiri
Seorang gadis sedang menulis sesuatu di buku sambil menahan kesedihan
Tok....Tok
Pintu bilik gadis itu diketuk berulang kali dengan pantas gadis itu membuka pintu tersebut
"Hai Ji hyo" Ucap seseorang
"Ehh,Lisa?Kau buat apa datang rumah aku ni?" Kata Ji hyo terkejut melihat kawannya datang ke rumah sampai ke biliknya
"Aku ingat nak ajak kau keluar pergi jalan-jalan,kau nak tak?" Ajak Lisa
Song Ji hyo berfikir sebentar
"Emm....Boleh juga,aku pun bosan juga duduk rumah" Setuju Ji hyo
"Kau tunggu kejap dekat bawah nanti aku turun" Kata Ji hyo agak Lisa faham maksudnya
Lisa mengangguk kepala tanda faham
Song Ji hyo menutup pintu bilik agar tidak siapa boleh masuk dengan tergesa-gesa dia menyorok buku rahsianya di suatu tempat agar orang lain tidak akan menjumpainya
Apabila Ji hyo sudah selesai menyorokkan buku itu dia keluar dari biliknya dan berlalu kearah tangga
Dia dapat melihat yang Lisa sedang syok berbual dengan ibu bapanya lalu dia memutar biji boleh matanya agak menyampah
"Jom Lisa kita gerak sekarang" Kata Ji hyo yang berasa malas disitu
Lisa tahu kenapa mood Ji hyo begitu ada sebabnya
"Ji hyo kamu jangan balik lambat ye?" Kata Puan Song sopan
Song Ji hyo yang malas mendengar terus keluar dari rumah agam tersebut
Puan Song berasa kecil hati melihat perangai anak daranya mungkin disebabkannya juga yang rampas kehidupan anak daranya
Puan Song hanya mengeluh sahaja
❤❤❤❤❤❤❤❤
Mereka berjalan-jalan disekitar taman bunga itu
"Ji hyo kau kena tahu dia eomma kau" Kata Lisa untuk menasihati Ji hyo
"Aku tahu tu tapi ada ke patut dia ambil kehidupan anak sendiri?" Soal Ji hyo semula
"Aku tahu tu tapi..." Ayat Lisa dipotong laju oleh Ji hyo
"Tapi apa lagi?Aku memang sayang mama dengan papa tapi mereka tak patut buat aku macam ni,kau tengoklah kalau aku nak keluar mesti kau yang kena teman kalau kau tak ada pula mesti bodyguard mama yang kena teman,aku dah bosan dengan kehidupan macam ni" Hujah ayat Ji hyo sedih
Lisa terdiam, dia juga berasa kasian dengan hidup sahabat yang selalu dikongkong oleh Puan Song dan juga Tuan Song
"Aku taknak cerita benda ni lagi dah memang kehidupan aku macam ni nak buat macam mana lagi" Kata Ji hyo yang malas bercerita tentang keluarganya
Kalau dia keluar rumah boleh lah hilang stress tapi lagi bertambah stressnya
"Okeylah,apa kata kita makan aiskrim nak tak?" Cadang Lisa
Ji hyo yang mendengarnya berubah ceria apabila Lisa mengajaknya makan aiskrim
Dengan pantas kepalanya mengangguk kepala dengan laju
Lisa yang melihat kelakuan Ji hyo lalu dia tersenyum baginya sahabatnya itu memang gemar dengan aiskrim
"Kajja!" Kata Lisa sambil bergelak tawa dengan Ji hyo
Setelah mereka selesai bersiar-siar ditaman mereka mengambil keputusan untuk pulang
"Bye Ji hyo jumpa esok" Ucap Lisa sambil melambaikan tangan
Ji hyo pun membalas lambaian tersebut dan mengucap
"Bye and gumawo hantar aku sampai rumah" Kata Ji hyo
"No hal,babe" Kata Lisa dan memecut laju kerumahnya
Song Ji hyo melihat bayangan kereta Lisa pergi lalu dia mengeluh penat mungkin
Lalu dia masuk kedalam rumah miliknya
"Kamu dah pulang,sayang"Soal Puan Song tersenyum manis kearah anak dara nya
Song Ji hyo yang malas dengar kata Puan Song terus berlalu naik ke tingkat atas
BAM...
Terkejut Puan Song apabila dentuman pintu tersebut
"Chagi kenapa dengan anak kita tu?" Soal Tuan Song yang berada di dapur pun mendengar dentuman tersebut
Puan Song mengeluh kasar
"Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi" Kata Puan Song malas
"Kita ni kejam sangat ke?" Soal Puan Song pada Tuan Song
"Mana ada kita kejam sangat,kita buat demi kebaikan dia juga" Balas Tuan Song
Puan Song hanya terdiam tak tahu mahu cakap apa lagi cuma dia berharap apa yang dia buat adalah betul
T.B.C
(Mungkin saya boleh bahagikan masa untuk buat cerita ni,maybe lah😅)
YOU ARE READING
©Life & Freedom🥀✔
RomantikMengisahkan kehidupan seseorang yang ingin kebebasan.....Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kena lah baca dahulu😅 •My fourth story •Saya minta maaf kalau hambar •Marilah ramai² baca story saya.....hehe