"Tolong jangan lepaskan pelukan ini hanya sekali sahaja untuk merasai pelukan awak"
Itu telah membuatkan Ji hyo bertambah ketakutan baginya itu bukan suara Wonwoo tapi suara ini agak familiar bagi Ji hyo macam pernah dengar sahaja suara tersebut
"Awak siapa?Macam mana awak boleh masuk dalam bilik saya?" Banyak soalan yang diberi oleh Ji hyo untuk stranger itu
"Kau tak perlu tahu" Kata stranger yang masih kekal dengan pelukan itu baginya dia selesa dengan pelukan itu
Song Ji hyo lama kelamaan dia juga berasa selesa dalam pelukan stranger itu
Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu dia inginkan pelukan itu
KLIK....
Pintu bilik dibuka dari luar
"Asal kau tak tukar baju lagi?" Tegur Wonwoo
Ji hyo menghadap gerangan yang menegurnya dan matanya mencari jejaka itu tapi sayangnya jejaka itu hilang begitu sahaja
"Kau cari siapa?" Tanya Wonwoo lagi
"Mana ada saya cari siapa-siapa" Jawab Ji hyo gelisah
"Kalau tak ada better kau pergi tukar baju dahulu" Kata Wonwoo perhatin terhadap Ji hyo
❤❤❤❤❤❤❤
"Emm..." Ji hyo ragu-ragu untuk memberitahu pada Wonwoo yang dia ingin keluar bersama Lisa
"Kau nak bagitahu apa?" Tegur Wonwoo yang membetulkan kemejanya sambil memerhati Ji hyo disebalik cermin
"Saya nak keluar dengan Lisa boleh?" Izin Ji hyo walaupun dia masih memberanikan diri
"Tak boleh" Jawab Wonwoo ringkas
"Kenapa?" Soal Ji hyo ingin tahu
"Boleh tak kau dengar arahan SUAMI kau?" Wonwoo menekankan perkataan suami
"Saya cuma nak tahu apa sebab dia yang awak tak benarkan saya keluar?" Ji hyo berasa hilang sabar
Wonwoo hanya mendiamkan diri sambil membetulkan kemejanya
"Kenapa awak senyap?Awak takut saya cari lelaki lain ke?" Kata Ji hyo
"Kalau aku kata ye apa kau nak buat?" Kata Wonwoo berjalan kearah Ji hyo
Ji hyo yang hilang kata masih statik sahaja duduk di atas katil
"Asal kau diam?" Wonwoo sudah tersenyum sinis lalu dia mendekatkan mukanya ke muka Ji hyo
Ji hyo dapat merasakan nafas Wonwoo yang menerpa ke wajahnya
Ji hyo masih lagi berdiam diri
Wonwoo tergelak sedikit melihat wajah Ji hyo yang cuak
Ji hyo agak hairan kenapa Wonwoo ketawakannya?
"Hari ni kau ikut aku pergi kerja" Kata Wonwoo malas mahu berbasa-basi
"Kalau saya taknak ikut?"
"Kau duduk rumah seorang diri" Kata Wonwoo
Jihyo sudah merancang segalanya untuk keluar dari rumah itu
"Kalau macam tu saya taknak ikut" Jawab Ji hyo bersahaja
"Arraseo" Jawab Wonwoo ringkas
Sudah 5 minit yang lalu Wonwoo sudah pergi ke tempat kerja
Ji hyo mengambil kesempatan untuk keluar dari rumah itu
Sampai sahaja di hadapan pintu itu tiba-tiba sahaja pintu itu tidak boleh dibuka dalam masa yang sama telefonnya berbunyi menandakan ada orang memesejnya
Lalu dia membuka notifikasi whatsapp tersebut dan muka mula merah tanda dia berasa marah dengan mesej tesebut
Tuan Wonwoo
Kau tak boleh cuba-cuba nak
keluar dari rumah sebab aku
dah kunci semua pintu dan tingkap
dalam rumah tuMacam mana awak tahu
yang saya nak keluar?√√Sebab ada CCTV dekat
rumah tuJi hyo mencari disekitar rumah tersebut dan Bingo dia jumpa CCTV tersebut lalu dia mengeluh kasar baginya rancanganya gagal untuk keluar
❤❤❤❤❤❤❤
🌜11 malam🌛
Wonwoo yang baru sahaja pulang ke rumah lalu dia membuka pintu utama dan dia dapat melihat sosok tubuh seorang wanita yang sedang duduk di atas sofa yang disediakan
"Asal kau tak tidur lagi" Tegur Wonwoo walaupun dia berasa berat untuk membuka mulut
"Saya cuma nak tunggu awak pulang sahaja,tak boleh ke?" Dalam nada Ji hyo terdapat satu kemarahan yang dia simpan
"Pergilah naik tidur takkan kau nak tidur sini" Sinis sahaja percakapan Wonwoo
Ji hyo tidak bergerak dari tempatnya sambil memintal bajunya
"Asal kau tak bergerak lagi?" Kata Wonwoo yang melihat Ji hyo hanya statik disitu sahaja
"Saya nak bagitahu yang sa...."
"Aku malas nak borak lama-lama better aku pergi naik tidur dahulu" Laju sahaja Wonwoo berkata tapi dia sudah agar apa yang mahu dikatakan oleh Ji hyo, lebih baik dia potong sahaja percakapan Ji hyo itu lalu dia naik ke tingkat atas dan meninggalkan Ji hyo di ruang tamu
"Orang belum habis cakap lagi dia dah potong" Ji hyo mengeluh nipis lalu dia pun bergerak ke bilik tidur dan juga Wonwoo
T.B.C
YOU ARE READING
©Life & Freedom🥀✔
RomansaMengisahkan kehidupan seseorang yang ingin kebebasan.....Kalau nak tahu lebih lanjut lagi kena lah baca dahulu😅 •My fourth story •Saya minta maaf kalau hambar •Marilah ramai² baca story saya.....hehe