Part 1

6 0 0
                                    

Ryan Amir dan Ryan Amar pergi ke hospital untuk tengok keadaan ibunya yang sedang sarat mengandung dan ingin melahirkan adik bongsu mereka iaitu Ryan Aiman,mereka berdua tidak sabar untuk menunggu kelahiran adiknya

"Abang tak sabar nak tunggu Ryan Aiman" kata Ryan Amir,Ryan Amar hanya senyum,"kenapa abang excited sangat,sedangkan Amar tak excited pun dan anggap itu normal" kata Ryan Amar,"masa kau lahir pun abang excited tau,best ada adik,aku akan jaga korang berdua sampai bila²" kata Ryan Amir sambil memeluk bahu Ryan Amar

Setelah beberapa jam menunggu Ryan Amar tertidur di riba abangnya,Ryan Amir tetap menunggu sambil melihat jam yang terletak dihadapannya,tiba² ayahnya Encik Farish keluar dari bilik,Ryan Amir terus menanya soalan kepada Ayahnya

"Ayah macam mana dengan ibu dan Ryan Aiman?" Ryan Amir begitu excited untuk tahu keadaan kedua² orang yang dia sangat menyayangi,"sabar ye Amir,doktor suruh ayah keluar,ayah pun tak tahu apa yang berlaku kat dalam,apa² pun kita berdoa je okay" kata Encik Farish sambil memegang bahu Ryan Amir

Ryan Amir hanya terdiam manakala Ryan Amar sudah sedar dari tidur,dia sedar menggosok matanya,"Abang,aku lapar la,jom makan" kata Ryan Amar sambil memegang tangan Ryan Amir,"tapi abang tengah tunggu keadaan mama dengan adik" kata Ryan Amir yang masih menunggu

"Pergi la Amir temankan Amar,sian dia,kang sakit perut adik tu,kan dah janji dengan ayah untuk jaga adik kan" kata Encik Farish,belom mereka keluar dari kawasan wad tersebut,doktor telah memanggil Encik Farish untuk masuk melihat isteri dan anaknya

Ryan Amir yang mendengar terus berlari ke arah ayahnya dan ingin melihat keadaan ibu dan adiknya tetapi tidak dibenarkan kerana umurnya masih 12 tahun manakal Ryan Amar 10 tahun,"tak pe la abang,nanti mama dah keluar wad kita boleh tengok mama kan" pujuk Ryan Amar

Ryan Amir pun membawa Ryan Amar pergi ke kedai di kawasan hospital,Ryan Amir membelikan Ryan Amar makanan,setelah itu mereka naik semula ke wad tersebut,"Amir,Amar,mehh sini" kedengaran suara Encik Farish memanggil mereka berdua,mereka pun menuju ke arah ayahnya

"Ada apa ayah??" kata Ryan Amir,"kamu nak tengok adik kamu tak?" Ryan Amir terus tersenyum gembira manakala Ryan Amar hanya diam sahaja,mereka menuju ke bilik kuarantin bayi,hanya di luar sahaja mereka dapat melihat adik bongsunya

"Comelnya Ryan Aiman" kata Ryan Amir yang begitu gembira dengan kelahiran adiknya,"boleh la" kata Ryan Amar,"ish kau ni,macam tak suka je adik lahir" kata Ryan Amir,Ryan Amar hanya diam dan mencari ibunya,"ibu mana ae??" tanya Ryan Amar

"Ibu ada kat dalam wad,masih lemah tapi kamu boleh jumpa,jom" Ryan Amar mengikut ayahnya manakala Ryan Amir masih melihat Ryan Aiman,dia tidak sabar untuk bermain dengan Ryan Aiman,"adik ku nanti dah besar kita main sama² tau" kata Ryan Amir

Ryan Amar menuju ke arah katil ibunya,dia terlihat ibunya masih tidur,"ayah,kenapa ibu penat??" soal Ryan Amar,"yela ibu kan lahirkan Ryan Aiman,penat la dia,biar dia rehat ye jangan kacau tau" kata Encik Farish,Ryan Amar seorang yang suka mengambil tahu hal yang dia sukar nak paham

Sedang leka melihat Ryan Aiman,Ryan Amir tidak sedar ayah dan Ryan Amar sudah tiada,"ehh mana diaorang ni" tanya Ryan Amir sambil menggaru kepalanya,nurse yang lalu disitu pun bertanya kepadanya "adik ni buat apa kat sini??,mana ayah adik?" Ryan Amir hanya terdiam melihat nurse tersebut

Tidak lama kemudian ayahnya keluar dari bilik,"ehh Amir kamu kat sini,ingatkan ikut ayah tadi" Ryan Amir terus pergi ke arah ayahnya manakala nurse tadi hanya tersenyum melihat gelagar Ryan Amir,"terima kasih nurse" ucap Encik Farish,"ehh tak pe,baik² ye Encik" nasihat nurse tersebut,"baiklah" kata Encik Farish sambil menunduk tanda berterima kasih

"Kamu ni lain kali jangan leka sangat,ayah tahu kamu gembira dengan adik kamu,tapi kena ingat,sekarang ni kes culik banyak sangat tak kira tempat,hati² okay" kata Encik Farish,"baiklah ayah,maafkan Amir,Amir janji tak leka lagi,Amir akan jaga diri Amir dan adik Amir" jawab Ryan Amir

Ryan Amar yang menunggu ibunya untuk sedar sedang membaca buku novel,"emm dah besar nanti aku nak jadi penulis novel la,macam best je kan" sambil membelek novelnya,"Ryan" ibunya memanggil namanya dan dia pun meletakkan novel tersebut diatas meja,"ibu,ibu dah sedar,jap ehh Amar panggil ayah tau" Ryan Amar segera memanggil Encik Farish

Encik Farish segera pergi melihat isterinya,"awak dah sedar,awak nak makan apa² tak?" Ryan Amar dan Ryan Amir hanya melihat keadaan ibunya dibucu katil,ibunya tersenyum melihat dua anaknya dan menyuruh mereka berdua mendekati dirinya,"mehh sini dekat dengan ibu",Ryan Amir dan Ryan Amar pun naik ke atas katil dan memeluk ibunya

"Ibu kan sakit,rehat la,sian ibu" kata Ryan Amir,Ryan Amir lebih matang dari Ryan Amar yang masih blur dan sukar nak paham keadaan sekeliling,"Bila ibu boleh balik? tak sabar nak tengok Ryan Aiman" kata Ryan Amir,ibunya dan ayahnya gelak melihat gelagat Ryan Amir,"sabar la,selagi doktor tak benarkan balik,ibu tak boleh balik ye" jawab Puan Sarah sambil mengusap kepala Ryan Amir manakala Ryan Amar sedang memeluk ibunya dengan erat

"Manjanya kamu Amar" soal Encik Farish,"nantikan kalau Ryan Aiman dah besar,mestila Amar tak boleh nak manja macam ni" jawab Ryan Amar,mereka bertiga gelak melihat karenah Ryan Amar,"apa la Amar ni,tak mungkin la ibu dengan ayah tak manjakan kamu,kamu semua anak kami tau" Ryan Amar hanya diam manakala Ryan Amir tersenyum gembira

Brothers ForeverWhere stories live. Discover now