Part 2

5 0 0
                                    

Sudah 2 hari Puan Sarah di hospital,anak²nya masih menunggu kepulangan dia bersama Ryan Aiman,terutamanya Ryan Amir yang tidak sabar ingin berjumpa adik bongsunya

Doktor mula menentukan tahap kesihatan Puan Sarah yang semakin pulih,"harini Puan sudah boleh pulang bersama anak Puan" kata doktor,terlihat riak wajah gembira yang terukir di wajahnya,"yeahh dapat balik pun,kalau tak asik terperuk je kat dalam bilik ni" Encik Farish tersenyum melihat isterinya begitu gembira

Ryan Amir dan Ryan Amar sedang bermain di ruang tamu,telefon rumah berbunyi dan pembantu rumahnya menyambut,"hello" jawab Makcik Leha,"harini saya dengan Sarah balik,tolong jangan beritahu budak² ye" kata Encik Farish,"baiklah Tuan" jawab Makcik Leha,Makcik Leha pun masuk ke dapur untuk masak makan malam

Jam menunjuk pukul 1:45 petang,Ryan Amir sudah berhenti bermain dan pergi ke dapur untuk mencari Makcik Leha,"cik Leha,siapa telefon tadi?" Ryan Amir tertanya² tapi Makcik Leha hanya berdiamkan diri dan menyuruh dia untuk mengemas ruang tamu,Ryan Amir hanya akur dengan suruhan Makcik Leha

"Amar,cepat kemas" Ryan Amar yang bingung dengan abangnya kerana tiba² menyuruh dia mengemas permainan,"kau dah kenapa,aku nak main ni,belom siap puzzle aku ni" Ryan Amar ingin menyambung puzzle tapi dirampas oleh Ryan Amir,"haish k fine,kemas²" Ryan Amar bengang dengan abangnya dan terus membaling permainannya

"Amar,jangan macam ni,kalau bersepah siapa nak kemas,sian la dengan Makcik Leha,dia penat tau" Ryan Amir menegur adiknya yang agak degil dan suka mementingkan diri sendiri tapi dia tetap bersama,"yela,aku minta maaf,nanti kita main lagi" kata Ryan Amir sambil menghulurkan tangannya,Ryan Amar hanya sambut dan melepaskan tangan abangnya

Ryan Amar sememangnya keras kepala tapi dia baik,dia suka ikutkan kepalanya sahaja manakala Ryan Amir seorang yang mudah mengalah dengan adiknya kerana seorang abang mesti tunjuk sikap yang baik terhadap adiknya supaya adiknya ikut gerak gerinya,dia ibarat contoh terhadap adiknya terutama adik bongsunya yang bakal besar tidak lama lagi

Encik Farish perlahan² membuka pintu rumahnya untuk membuat kejutan kepada dua anaknya tetapi mereka tidak terkejut tapi teruja mereka sudah pulang,"dah agak dah ibu pasti balik harini" ujar Ryan Amir,dia terus menolong ibunya mengangkat beg pakaian,manakal Ryan Amar masih duduk diatas sofa sambil bermain game

Puan Sarah hanya melihat anaknya yang kedua itu kerana dia memahami sikap anaknya itu,Ryan Amar masih belom boleh menerima kehadiran orang baru iaitu adiknya Ryan Aiman,"alooo comelnya Aiman" kata Ryan Amir sambil mengusik pipi gebu Ryan Aiman,Ryan Amar hanya tengok dah berasa geli melihat gelagat abangnya

"Amar,kamu kenapa ni,tu kan adik kamu" kata Puan Sarah,"emm" hanya perkataan itu sahaja keluar dari mulut Ryan Amar lalu dia terus menyambung main game,Puan Sarah tidak mahu berkasar dengan anaknya,dia khuatir jika dia kasar,Ryan Amar akan marah dan benci padanya,dia tahu Ryan Amar itu seorang yang panas baran

Encik Farish sedang membawa sesuatu ke dalam bilik baby,Ryan Amir yang memerhati terus bertanyakan soalan dengan Encik Farish,"ayah,apa tu?","ohh ini katil baby untuk Ryan Aiman" sambil menunjukkan katil yang belom disiap,Ryan Amar mendekati Ryan Amir,"kenapa kau excited sangat dengan Aiman,aku tak pun"

Ryan Amir terkejut dengan kata² Ryan Amar,"kau cakap apa ni,aku tak membezakan korang pun,dulu aku buat benda sama dengan kau" jelas Ryan Amir,"huhh,bohong la,kau tak sayang aku kan" Ryan Amar masih tidak puas hati,"Sudah la tu,kenapa ni Ryan Amar,semenjak Ryan Aiman lahir kamu tak suka dengan dia" kata Puan Sarah

Ryan Amar memandang ibunya,"Amar bukan tak suka,cuma Amar tak suka semua orang lebihkan budak tu,tak de yang istimewa pun dengan dia" Ryan Amir kecewa dengan adiknya begitu mudah terasa dan berubah,"abang minta maaf kalau kau rasa abang tak sayangkan kau"

Ryan Amar terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik,pintu bilik dihempas kuat,semua orang terkejut termasuk Encik Farish yang masih didalam bilik bayi,Encik Farish keluar dan bingung apa yang berlaku "ni kenapa?? Siapa hempas pintu macam nak pecah tu" soal Encik Farish sambil memandang bawah

Ryan Amir pun naik ke atas dan menuju ke bilik Ryan Amar,dia pun mengetuk pintu dan memujuk Ryan Amar,"Amar,buka la pintu,jangan macam ni,aku minta maaf,aku tak kan lupakan kau,kau adik aku,sama rata dapat kasih sayang" Ryan Amar masih diam tidak mahu membuka pintu

Pada malam itu mereka menikmati makan malam dengan sunyi,"tak sangka Amar akan macam tu" kata Encik Farish,"semua salah Amir,kalau Amir tak lebih² dengan Aiman,Amar tak kan macam tuh" Ryan Amir sebersalah dengan sikapnya,"Amir,bukan salah kamu,mungkin Amar tu salah paham,sedangkan kami tahu kasih sayang kamu terhadap dia lebih dari Aiman,cuma dia tak tahu" kata Encik Farish

Brothers ForeverWhere stories live. Discover now