MH21

6K 476 4
                                    

Jihye memandang Jimin Yang sedang tidur,kedengaran dengkuran halus darinya. Disebabkan Jihye menghadap ke arah pintu wad, perhatiannya tertumpu pada pintu wad yang dibuka. Menampakkan seorang nurse Yang berjalan masuk ke dalam wad tersebut.

" Sekarang dah pukul 5 petang. Pelawat semua kena balik, tiada pengecualiannya. Jadi, Tuan Park--"

Jihye mengangkat tangannya, menghalang nurse tersebut untuk mara. " It's okay, he's staying with me. " Jihye memberikan senyumannya. " Tapi -- " Jihye menggelengkan kepalanya, mahu membiarkan Jimin bersamanya malam itu.

" Puan, memang semua pelawat kena balik, supaya tak mengganggu pesakit. " Jihye menarik nafasnya panjang. Tak faham bahasa ke dia ni? " I said, it's fine. He . Is. Staying. With. Me. " Jihye memberikan pandangan tajamnya.

" Sayang? " Jimin membuka matanya , memandang ke arah Jihye. Jimin melihat ke belakang, memandang nurse tersebut sambil sebelah keningnya dinaikkan.

" Erm.. Esok p-puan dah boleh check-out. " nurse itu kemudian memandang lantai Dan segera meminta izin untuk keluar dari wad.

" Gwenchana? " Jimin menyelitkan rambut Jihye ke belakang telinga. Jihye mengangguk lalu matanya dipejam. " Penat je ni. " Jihye melepaskan keluhan panjang.

" Rehatlah.. " Jimin mencium bibir Jihye sekilas, Dan mendapat tamparan lembut dari Jihye.

" Sayang.. Sayang, bangun . " Jihye membuka matanya malas. Dilihatnya Jimin sedang duduk Dan memeluk bahunya kemas. " Dinner. " Jimin mengambil semangkuk bubur Yang terletak elok di meja hadapan mereka.

Dengan berhati-hati, Jihye duduk di sebelah Jimin. " Taknaklah. Takde selera. Chagi makan jelah bubur tu. " kepalanya dilentokkan di bahu Jimin. Rasa mengantuk menguasai diri.

" Makanlah dulu. Sayang kurang makan kan. Pucat je chagi tengok. " Jihye menggeleng lemah. Sejujurnya dia penat sangat sekarang ni.

" Chagi makanlah. Chagi pun tak makan lagi kan. " mata Jihye dipejam, Cuba untuk tidur kembali. " Makan. I said it and you do it. " kata Jimin tegas, mahu menyuruh isterinya makan. Laju Jihye menggeleng.

" For the baby, please. " Jihye membuka matanya, kepala diangkat dari bahu Jimin. Dijelingnya Jimin lalu mangkuk bubur diambil dari pegangan Jimin. Dimakannya satu suap bubur.

Uhuk!

Terbatuk-batuk Jihye. Ni makan bubur ke makan apa ni. Tangan Jimin mengusap belakang badan Jihye. " Sayang, gwenchana? " Jihye mengangguk lemah. Mangkuk bubur diberikan semula kepada Jimin. " Sayang, --- "

Tok tok tok!!

Mereka berdua memandang pintu wad. Dilihat seorang doktor masuk ke dalam wad tersebut bersama sebuah senyuman. Doktor itu agak terkejut melihat Jimin Yang juga berada di atas katil.

" Puan Park, saya nak buat pemeriksaan akhir untuk malam ni. " Jihye mengangguk. Stetoskop diletakkan di bahagian dada kiri Jihye. Nafas ditarik Dan dihembus.

" Kadar denyutan jantung puan masih lemah. Puan ada makan tak bubur Yang nurse bagi? " Jihye mendiamkan dirinya, Jimin menggelengkan kepalanya. Menjawab bagi pihak Jihye.

" Doktor ada makanan lain tak? Isteri saya tak boleh makanlah bubur ni. " Jimin bertanya Dan mendapat gelengan dari doktor. " Kalau saya beli makanan luar takpe ke? "

Doktor mendiamkan dirinya seketika. " Boleh, cuma jangan beli makanan Yang terlalu pedas. Kalau nak boleh beli sup ayam, tak jauh dari hospital ni. " Jimin mengangguk faham, lalu dipandangnya Jihye.

[𝐂] Mafia Husband | pjmWhere stories live. Discover now