Dalam hidup ni bukan semata - mata cinta yang dikejar tapi juga mengejar cita - cita.
Namun di mata semua, jika cita - cita yang dikejar itu memerlukan rupa paras yang menawan dan cantik , maka jangan bermimpi di siang hari jika semua tu tak ada pada diri.
Begitu juga lah aku 2 tahun yang lalu. Seorang gadis gemuk yang mempunyai bakat dalam nyanyian namun di sebabkan bentuk badan aku yang menjadi bualan mulut dan pandangan jijik orang ramai membuatkan aku meninggalkan bumi Malaysia.
Tapi setelah 2 tahun aku kembali semula dengan penampilan yang amat baru. Sehinggakan orang susah untuk kenal aku yang dulu.
Kini aku boleh menonjolkan semula bakat nyanyian ku. Semuanya bermula di sini.
Di COSAA ( College Of Sports And Arts )
Myrose Aeera binti Tan Sri Ahmad nama diberi. Berusia 20 tahun. Kini pelajar di COSAA. Pelajar sem 1. Dalam bidang music and singing.
Sepanjang perjalanan masuk ke dalam kawasan kolej, semua pelajar - pelajar perempuan lebih - lebih lagi pelajar lelaki tidak lepas memandang ke arah Myrose. Penampilan dan gaya Myrose memang boleh buat orang terpukau.
Kedengaran beberapa suara berbisik antara satu sama lain.
' Siapa tu ? Pelajar baru ke ? Course apa ?'
' Cantik gila wehhh..penampilan dia pun simple tapi sumpah cantik...'
' Huish ni kalau aku ngorat agak - agak dapat tak ehh ? '
Myrose hanya berlagak biasa. Hmm dia sudah terbiasa dengan first impression manusia - manusia di sekelilingnya ini setelah kemunculan barunya selepas 2 tahun.
FLASHBACK 2 TAHUN YANG LALU.
" Woiii budak gemuk kau ni semak ahhh ! Tepi lah..."kata seorang pelajar yang berpenampilan macam diva hot lalu menolak Myrose ke tepi kasar. Lebih tepat lagi geng black pink.
Myrose terjatuh terduduk jadinya.
" Hish budak gemuk ni sibuk aje lah kacau jalan orang..lain kali kalau dah tahu diri tu gemuk duduk rumah aje lah..."kata lagi seorang pelajar perempuan a.k.a geng black pink jugak.
Myrose hanya mengenggam penumbuknya. Ikutkan hati nak aje dia tumbuk muka pelajar - pelajar yang melayan dirinya seperti sampah masyarakat itu. Hina sangat ke kalau aku ni gemuk pun ?
Seketika pelajar tersebut beredar. Muncul sekumpulan pelajar lelaki yang handsome - handsome belaka yang dikenali sebagai geng R4. Kenapa R4 ? Mungkin sebab diaorang 4 orang kot ?
" Eh ada orang jatuh lah...kesiannya...mehh sini nak tolong.."kedengaran suara lelaki pertama seakan mengejek. Namun dia menghulurkan tangannya untuk membantu Myrose bangun.
Terkedip - kedip mata Myrose dibuatnya. Dia membetulkan kaca matanya seraya ingin menyambut huluran tangan lelaki tersebut.
Namun apabila hampir saja tangan mereka bertaut tiba - tiba loceng sekolah berbunyi. Tanda waktu rehat sudah tamat.
Kringggggggg !
" Opppsss ! Kau lambat sangat lah...loceng dah bunyi..hmmm bangun sendiri lah ea ? Hahaha jom geng.."kata lelaki pertama itu lalu berlalu bersama sisa ketawa.
YOU ARE READING
MYROSE AEERA
RomanceHAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak berbeza. Apa yang beza ? Fizikal yang berbeza. Dahulu gemuk dan selalu dihina dan dicaci tapi setelah...