Chapter 35 ( Final )

9K 375 134
                                    

Semua orang mula bersurai meninggalkan kawasan perkuburan Al-Taqwa.Hanya tinggal beberapa ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang ada berdekatan pusara. Akibat daripada kemalangan tempoh hari,telah meragut nyawa Feesya sendiri.

"Aunty...banyakkan bersabar ya..." kata Myrose.

Maria hanya tersedu sedan sambil menganguk mengiyakan kata- kata Myrose itu.

Seketika Myrose dan Maria bangun bersama -sama lalu beredar meninggalkan pusara Feesya.Memandangkan Feesya adalah anak tunggal Maria,maka kehilangan Feesya amat berat baginya sekeluarga. Papa Feesya mana ? Masih di luar negara dan tersekat tidak dapat balik. Hmmm kesian papa Feesya tak dapat nak tengok anak perempuan satu - satunya sebelum dikebumikan. Agak terkilan lah.

Eh? Mana Haqeem? Dia tak datang teman Myrose ke ? Hmm Haqeem datang tapi dia cuma duduk dalam kereta menunggu Myrose saja. Dia tak sanggup nak tengok kubur Feesya. Dia rasa bersalah. Hmmm disebabkan dirinya, aunty Maria kehilangan Feesya. Dirinya yang terlalu Feesya cintai hingga membuatkan Feesya sanggup bertindak diluar jangkaan itu benar - benar buat dia tak habis fikir. Ya Allah, adakah kewujudan aku ni yang membuatkan semua orang disekeliling aku ditimpa bencana ?

Seketika pintu kereta di sebelah Haqeem dibuka Myrose. Myrose mula meloloskan diri ke dalam kereta.

" Awak tak nak ziarah kubur Feesya ke ? "soal Myrose.

Haqeem menggeleng kecil.

" Tak apa lah..saya tak ready lagi..."kata Haqeem sayu.

" Hm tak apa lah...nanti bila dah ready...awak datang jenguk ehh ?"kata Myrose.

" Ermm..macam mana dengan aunty Maria ?"soal Haqeem.

" Hmmm dia...menangis teruk jugak lah...tapi tak apa ada saudara mara dia tadi yang bawa dia balik...tak ada la dia sunyi sangat sementara nak tunggu papa Feesya balik dari luar negara kan.." jelas Myrose.

Haqeem mengangguk kecil seraya mula bergerak memandu kereta meninggalkan kawasan perkuburan Al-Taqwa.....

***

2 bulan kemudian.....

Suasana Medical Specialist Centre tidak asing lagi bagi Myrose sejak dua bulan lalu. Antara aktiviti harian dirinya, dia akan datang ke hospital swasta ini. Bahkan nurse-nurse dan para doctor juga sudah mengenali dirinya. Hahahaah yela asyik muka ni aje yang datang. Seketika Myrose menuju kea rah wad vvip bernombor D122.

Sebelum masuk ke dalam, Myrose mengetuk pintu terlebih dahulu. Seketika kedengaran suara orang mengatakan masuk. Myrose mula melangkah masuk.

Kelihatan uncle Kamarul sedang duduk di kerusi berdekatan dengan katil pesakit sambil membaca surah Yassin. Myrose mula bersalaman dengan aunty Zawiyah. Dihulurkan juga sedikit buah tangan yang dibawanya.

" Aunty dengan uncle sihat ?" soal Myrose perlahan takut menganggu bacaan Yassin uncle Kamarul pulak nanti.

" Alhamdulillah aunty sihat aje....uncle pun sihat..."jawab Zawiyah a.k.a mama tiri Danny.

" Bagus lah..."kata Myrose seraya melirih seketika kea rah katil pesakit.

" Myrose pulak macam mana ? Okay ke perut tu ?"kata Zawiyah lalu mengusap bahu Myrose.

Myrose menoleh.

" Oh alhamdulillah okay aje..."

Seketika bacaan Kamarul selesai lalu dia menyapa Myrose..

" Myrose datang sorang aje ke ?"soal Kamarul. Ye sekarang Kamarul dan isterinya sudah mengenali Myrose siapa dengan Danny.

Myrose sedikit terkelu. Dia mengangguk kecil.

MYROSE AEERAWhere stories live. Discover now