Chapter 30

4.5K 253 5
                                    

Haqeem mula pergi kelas macam biasa. Puan Linda pun dah tak beleter lagi. Semua latihan berjalan dengan lancar. Hanya menanti tarikh pertandingan aje yang kian hampir. Heee Puan Linda dah bahagikan semua perserta ke dalam kategori masing - masing. Semua ada 3 kategori. Kategori tu terdiri daripada Solo, Duet dan Group. Solo ada untuk perserta perempuan dan lelaki. Manakala duet pulak hanya ada satu pasangan aje yang akan dipilih dan semestinya sudah pun Puan Linda membuat pilihan.Duet diberikan kepada Myrose dan Haqeem. Untuk group pulak terdiri daripada beberapa lagi perserta yang lain.

Kategori solo masih di dalam tapisan Puan Linda. Dia masih melihat setiap latihan para perserta untuk dipilih sebagai penyanyi kategori solo nanti.

" Okay guys...itu saja untuk latihan kita hari ni...jangan lupa untuk buat latihan di rumah awak semua nanti ya.."kata Puan Linda sejurus keluar dari kelas..

Semua pelajar juga mula beransur pulang ke rumah masing - masing. Hanya tinggal Haqeem dan Myrose saja belum balik lagi.

" Jom kita sambung buat latihan dekat bilik muzik lama nak ? "ajak Myrose sambil mengemas - ngemas begnya.

" Hah ? Errr..." Haqeem kelihatan sedikit gelisah. Hmmm dia lepas ni nak kena pergi hospital jemput Feesya sebab dia dah boleh keluar dari hospital hari ni..

" Bibiy ? Jom lah..."panggil Myrose lagi yang sudah siap menunggu di pintu kelas.

Haqeem mula berlari anak ke arah Myrose. Seketika dia melangkah keluar dari kelas bersama Myrose. Namun hanya untuk beberapa langkah, dia meraih tangan Myrose..

" Hmm ?"

" Ermm sorry sayang..bibiy...tak dapat nak sambung buat latihan dengan sayang...bibiy nak kena jemput Feesya...dia dah boleh keluar hospital hari ni..."

" Oh yaka..ehhh its okay...bibiy pergi la jemput Feesya...mesti dia tunggu lama tu.."kata Myrose sambil menghadiahkan senyuman lebar.

" Ermm okay....take care tau sayang...tunggu bibiy ambil nanti tau lepas dah hantar Feesya balik.."kata Haqeem seraya mencium kedua belah pipi Myrose.

" Eh tak apa lah......saya balik naik grab aje...tak payah lah awak nak patah balik ambil saya...kan jauh dari rumah Feesya nanti..."kata Myrose.

" Ermm ye tak ye jugak...okay lah kalau awak dah cakap macam tu...saya gerak dulu ea...bye...jumpa dekat rumah..."kata Haqeem seraya menggosok kepala Myrose lalu beredar meninggalkan Myrose sendiri di situ.

Myrose hanya melihat langkah Haqeem yang semakin menjauh itu. Senyuman lebar yang dihadiahkan tadi kian pudar. Myrose menghembus nafas berat. Hmmm aku harap semua benda akan settle dengan secepat yang mungkin. Jujur aku tak rela bila waktu Haqeem untuk luangkan masa dengan aku terpaksa dikongsi dengan perempuan lain.

Seketika Myrose beredar untuk ke bilik muzik lama. Dia nak teruskan latihannya even tanpa Haqeem. Diikutkan dia kena berlatih dengan Haqeem sebab diaorangkan kategori duet. Nevermind.

**

Keesokan harinya, Myrose dengan Haqeem pergi kelas macam biasa. Diaorang jalan beriringan sambil berpegangan tangan antara satu sama lain. Hm kelas bahasa english tadi baru aje selesai, so diaorang nak ke kafe lah untuk lunch.

" Nak makan apa nanti dekat kafe ? "soal Haqeem semasa diaorang dalam perjalanan..

" Ermmm nak makan nasi ayam lah tetiba rasa teringin sangat nak makan nasi ayam.."kata Myrose sambil terbayang - bayangkan nasi ayam.

Haqeem ketawa kecil melihat sisi Myrose.

" Kenapa pulak ketawa ? Orang tak buat lawak pun..."kata Myrose setelah sedar dirinya diketawakan.

MYROSE AEERAWhere stories live. Discover now