PART 12

240 25 0
                                    

Selesai mandi aku turun ke bawah. Aku lihat Jaemin dan Haechan sedang duduk di dapur melihat dua orang wanita memasak.

"Morning noona" sapa Jaemin apabila dia melihatku.

"Morning Jaemin" sahutku. Mataku terpaku pada dua wanita yang memandangku. Tetiba salah seorang daripada mereka berlari kearahku.

"Yoona sayang" sebut wanita itu sambil memeluk batang tubuhku.

"Maafkan eomma sebab terpaksa tinggalkan kamu dulu. Keadaan memaksa eomma untuk tinggalkan kamu di dunia manusia dulu" terang beliau.

"Takpe eomma. Yoona faham" kataku sambil menepuk lembut belakang badannya. Badan wanita itu juga aku peluk erat. Aku yakin ini eomma kandungku.

"So sweet" kata Jaemin sambil memeluk kami berdua.

"Lina, Yoona dah besar dan cantik bukan?" tanya Boa kepada sahabatnya Lina.

"Ya dia dah membesar dengan begitu cantik Boa" puji Lina. Aku sudah tersipu malu mendengar puji itu.

"Noona. Ni eomma Haechan dan Mark hyung" kata Haechan sambil memeluk bahu eommanya.

Aku hanya menundukkan kepalaku tanda hormat.

"Yoona panggil eomma, eomma Lina tau" kata Lina.

"Baiklah eomma Lina" jawabku.

"Baiklah eomma sekalian tak nak sambung masak ke? Ke nak kami yang sambung?" tanya Jaemin.

"Biar kami je yang masak. Kamu bertiga naik atas dan kejutkan yang lain" arah Boa.

"Jangan lupa panggil appa dan eomma berdua tu" tambah Lina.

"Baiklah" sahut kami bertiga.

"Haechan akan panggil eomma berdua and appa" kata Haechan.

"Jaemin akan kejutkan Mark hyung dengan Jeno. Noona tolong kejutkan Jisung, Chenle dengan Injun" kata Jaemin.

"Bilik Chenji pintu warna hitam putih sebelah kanan bilik noona. Bilik Injun pintu warna hitam biru sebelah kiri bilik noona" tambahnya lagi.

"Oh okey"

Tanpa berlengah kami memulakan aktiviti memanggil mereka semua turun untuk bersarapan.

"Chenle, Jisung bangun" kataku sambil mengetuk pintu hitam putih itu. Setelah beberapa kali aku ketuk tidak dijawab aku tanpa teragak-agak membuka pintu bilik tersebut. Ku lihat budak berdua itu masih lena di atas katil.

"Chenji bangun sebelum noona guna cara paksa" ugutku.

"Bisinglah" rungut Jisung.

"Bangun Jisung! Chenle!"kejutku lagi.

"Kalau noona kejutkan mereka macam tu sampai bila mereka takkan bangun" tegur satu suara di muka pintu.

"Eh Renjun. Habis tu nak buat macam mana?" tanyaku. Renjun tersenyum sinis sebelum mendekati katil Chenji

"Like this" katanya sambil mengalirkan sedikit sumber elektrik ke dalam badan Chenle dan Jisung. Mereka berdua apa lagi menjerit terperanjatlah disebabkan cara ekstrem Renjun mengejutkan mereka.

"Renjun Hyung!!!!" Jerit dua orang remaja itu.

"Bangun pon. Lain kali orang kejut cara baik bangun ye adik-adikku sayang. Jangan tau tidur je" kata Renjun sambil mengetuk kepala mereka berdua.

"Dah pergi mandi, then turun sarapan" kataku.

"Dah jom noona" kata Renjun sambil memeluk lenganku.

'Ermmm manja jugak eh si Renjun ni'

"Renjun dah lama bangun ke?" tanyaku.

"Dah bangun before noona ketuk bilik mereka berdua. Cuma Injun pergi mandi dulu" katanya.

"Noona kalau kejutkan mereka berdua tak payah berlembut. Mereka takkan bangun punya. Gunakan je kuasa noona" pesan Renjun.

"Ermmm o..okey" kataku.

Selepas Chenji turun kami bersarapan dan akhirnya aku dapat berkenalan dengan semua keluargaku.



TBC

kalau rajin tekanlah butang vote 🤩 and comment.


02| SM WORLDWhere stories live. Discover now