s

101 14 5
                                    

awak, dah sebulan awak tinggalkan dunia physically. tapi awak masih bersama saya kan? dua minggu berturut-turut awak dengan saya.

awak menari dengan saya. awak peluk saya.

dua minggu kita menari di apartmen kita.

tapi awak, pagi ni saya dengar jiran-jiran gosip pasal saya.

dorang cakap saya gila. dorang cakap saya ni meroyan sebab saya asyik menari seorang diri di apartmen kita setelah awak meninggal.

tapi kan, awak tak meninggal.

kenapa dorang cakap macam tu?

sedangkan saya boleh pegang awak, saya bercakap dengan awak, awak pandang saya dengan mata awak dan saya tatap awak dengan mata saya.

saya dapat rasa awak dengan saya tapi kenapa dorang cakap awak dah tak ada?

takpalah, awak ni memang susah nak dilihat berbanding orang lain. dorang tak tau semua tu.

takpa, saya akan biasakan diri saya untuk dengar gosip murahan macam tu demi awak. sebab dorang tak tahu awak ada.

kan?

[C] Alright ➳ Jimin BTSWhere stories live. Discover now