Aku. Aku adalah seorang gadis biasa. Sangat biasa. Tiada apa yang istimewa dalam diri ku ini.
Tinggi cuma 150cm. Berat badan 53kg.
Muka tak ada lah cantik mana. Aku cuma seorang gadis yang biasa-biasa saja. Nak kata pandai tu tak ada lah pandai sangat.Nah! Itu dia.
Hampir setiap hari aku memikir kan keistimewaan dalam diriku ini. Kesimpulannya aku cumalah seorang gadis yang biasa.Jadi, kalau aku cuma gadis biasa KENAPA AKU DICULIK?!
Kenapa aku diculik selama hampir seminggu tanpa diperlakukan apa-apa. Bukan lah aku mahu di apa-apa kan malah aku sangat bersyukur aku masih hidup di muka bumi ini.
Tapi! Bukan ke biasa nya bila seseorang itu diculik dia akan dibunuh, dirogol, di ambil organ dalam badannya lalu dijual di Thailand?Bukan itukah yang sepatutnya berlaku? Tetapi tidak pada aku. Sampai sekarang aku tak tau kenapa aku diculik.
Dan yang peliknya, aku seperti dikurung saja di dalam rumah. Rumah yang juga lengkap dengan pembantu rumah.
Mak Mah. Mak Mah lah pembantu rumah di sini. Dia juga lah peneman ku hampir seminggu aku di sini.
Dan bila aku bertanya kepada Mak Mah kenapa? Bila? Dan macam mana aku boleh berada di sini, hanya senyuman saja yang dilemparkan kepada ku.
Lama kelamaan aku jadi malas mahu bertanyakan soalan yang sama lagi. Bukannya Mak Mah nak jawab.
" Cik puan"
kedengaran laungan suara Mak Mah dari tingkat bawah."Cik puan"
"Ye saya Mak Mah"
aku menyahut." Meh sini turun makan cik puan. Makanan saya dah sediakan."
"okay"
Lantas aku turun ke tingkat bawah. Aku sudah sangat arif dengan rumah ini. Sudah seperti rumah aku. Ye lah kan sudah hampir seminggu tinggal di sini.Kelihatan Mak Mah sedang menciduk nasi ke dalam pinggan dan diletakkan di atas meja.
"Mak Mah jom makan sekali."
" Tak apa cik puan makan dulu, saya nak kemas dapur tu sekejap."
balas perempuan tua itu.Umur Mak Mah sudah hampir memasuki 60an dan masih tangkas membuat kerja-kerja rumah.
Masih aku ingat lagi kali pertama aku berjumpa dengan Mak Mah. Di dapur ini. Ku sangkakan dia yang menculik ku. Tetapi Mak Mah cakap dia hanya ditugaskan untuk menjaga makan minum ku sepanjang aku di sini.
Pelik kan? Aku diculik tetapi diberi makan minum pakaian yang cukup. Sangat cukup.
" Tak apa Mak Mah. Makan je dulu dengan saya. Meh sini. Kerja kat dapur tu nanti biar saya yang kemas."
Aku menarik kerusi untuk Mak Mah duduk." Ah ye lah kalau macam tu"
balas Mak Mah.Aku dan Mak Mah makan tanpa suara sehingga aku teringat tentang sesuatu perkara.
"Mak Mah malam semalam ada orang datang ke?"
soal ku kepada Mak Mah. Ye, benar memang semalam aku ada dengar suara seorang lelaki berbual dengan Mak Mah pada pukul 1 pagi." Ah? Ermm. Eh mana ada. Cik puan salah dengar tu. Tak ada siapa pun."
tergagap gagap wanita tua itu menjawab soalan ku." Saya tahu Mak Mah bohong. Mak Mah, saya belum pekak lagi. Walaupun masa tu saya memang dah ngantuk tapi memang jelas saya dengar suara orang lelaki."
Mak Mah nampak tidak selesa dengan kata-kata ku tadi. Seperti mahu mengelak.
" Jawab soalan saya Mak Mah. Dia? Dia orangnya? Dia yang culik saya, kan? "
bertubi-tubi soalan ku berikan kepada Mak Mah.Mak Mah secara tiba-tiba menggenggam tangan kiri ku.
" Mak Mah dah anggap kamu macam anak Mak Mah sendiri Hana. Mak Mah sayang kamu. Ingat tu."
Genggaman tangan Mak Mah semakin erat. Aku sudah rasa lain macam sekarang ni.
" Kenapa ni Mak Mah? Bagitahu lah saya Mak Mah. Jangan buat saya macam ni."
" Ye, memang semalam Tuan ada datang sini. Tapi percaya lah Hana, dia seorang yang baik. Ye mungkin dia seorang yang sangat dingin tapi dalam keras dan dinginnya itu masih ada baiknya."
Mak Mah kemudian mengusap lembut tangganku." Saya tak tahu Mak Mah cakap pasal apa ni. Mak Mah! Kalau dia tu baik, dia takkan culik saya. Dia takkan kurung saya dekat dalam rumah ni! "
Kerana emosi marahku, suara ku naik seoktaf. Dan tangan ku kini menggigil.
" Ye Mak Mah tau apa yang Tuan buat tu salah. Tapi ini semua untuk kebaikan Cik puan juga."
balasan lembut daripada Mak Mah sedikit sebanyak meredakan amarah ku tadi." Saya nak jumpa dia."
" Satu hari nanti kamu akan jumpa dengan dia."
balas Mak Mah."Bila?"
" Bila dia sendiri nak jumpa kamu."
Kemudian aku terus terdiam.
"Dah cepat makan. Kata tadi nak tolong Mak Mah kemas dapur."
Senyuman ku balas kepada Mak Mah.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Hye!
This is my first writing.
I hope you guys will enjoy it.
-love,H
YOU ARE READING
Haqq Mikael
Romance" Okay apa yang kau nak tahu tentang aku?" " I don't even know your name" betul lah dari dulu sampai lah sekarang aku memang tak tahu pon nama dia siapa. " Kenapa kau perlu sangat tahu nama aku?" balasnya kembali sambil dia melangkah ke arah ku bebe...