3

1.6K 203 22
                                    

"Yow noona" Sergah sehyun dari belakang. Adik lelaki jihyo yang berumur 19 tahun.

Jihyo terkejut. Mukanya yang terkejut mengundang ketawa dari sehyun.

"Hey kau ni! Aku sakit jantung ke mati macam mana? " Marah jihyo. Marah manja gituu.

"Maaf lah noona. Marah marah ni datang bulan ke? " Cakap sehyun dalam sisa tawa.

Percakapannya diterima jelingan jihyo.

"Okay Okay sorry k?"jihyo mengangguk malas. Malas nak dilayan perangai gila sehyun itu. Bikin pecah otak nak melayan. Masuk air setiap hari. Tetapi adiknya itu dikenali heartcold di sekolah. Entah macam mana perangai boleh jadi beruk kat rumah. Cuba bawa watak tu tak kira mana sahaja? Menyampah betul.

"Kenapa termenung ni? Ada masalah ke?" Tanya sehyun prihatin. Nak melawak, melawak lah juga tapi apabila dia menerima riaksi acuh tak acuh tu dia pasti kakaknya itu tengah berfikir sesuatu.

"Tak ada apa-apa lah"

"Ke noona fikir noona tak laku ni? " Sengaja dia membuat lawak

"Eh kau pun tak laku ada hati nak kata aku tak laku. Talk to my hand" Tangannya ditunjukkan didepan muka sehyun.

"Eh siapa cakap sehyun tak laku? Sehyun laku lah. Tu ha masuk sekolah saja mesti beratur tunggu sehyun"kata sehyun dengan berlagak.

"Eleh berlagak. Dah laa kau. Keluar dari bilik noona sekarang. Noona sibuk"jihyo menghalau sehyun dengan kejam sekali. Sehyun mengusutkan rambut jihyo dan berlalu keluar.

" Yah! "Marah jihyo. Tak suka betul orang kacau rambut dia.

Pintu sekali lagi dikuak. Jihyo berpaling belakang dan baru sahaja mahu memarahi terbantut apabila minjae yang masuk ke dalam biliknya dan bukan sehyun.

" Hai.. Nak apa minjae masuk bilik noona ni hm? "Tanya jihyo dengan lembut . Dia mengusap rambut minjae dengan lembut. Matanya redup memandang wajah anak buahnya yang comel itu.

" Noona.. Noona akan hantar minjae lagi esok? "Tanya minjae. Dia menenyeh matanya itu.mengantuk.

" Iya noona hantar minjae lagi esok. Kenapa ni minjae? Minjae tak nak noona hantar? "

"Tak la noona. Minjae suka kalau noona yang hantar minjae.minjae nak bercakap lagi dengan hyung tu kalau noona ada. Minjae suka hyung tu"

Jihyo tersenyum. Dia sebenarnya tak suka lelaki itu tetapi tiba tiba boleh lemah apabila melihat cara lelaki itu melayan budak.

"Kenapa minjae suka Appa seojun tu" Tanya Jihyo.

"Sebab dia baik.dia tengok minjae seorang seorang terus dia dia panggil minjae dan dia layan minjae baik sangat" Pelat minjae berkata.

Jihyo tersenyum manis.


Jihyo tiba di tadika untuk mengambil minjae. Dan kalini minjae dan seojun sedang bermain. Di mana ayahnya? Kat dalam mungkin?

Jihyo mendekati minjae dan seojun yang seronok bermain itu.

"Hai minjae Hai seojun" Jihyo tiba sahaja terus muka seojun berubah masam. Jihyo yang perasan riak muka seojun itu terus berkerut kening.

"Kenapa ni minjae? Ada cedera di mana mana ke? " Cemas Jihyo. Muka seojun seperti mahu menangis. Ke dia tak suka aku datang? Tu dia menangis.

"Aniyo (tidak lah) hik Appa seojun tidak sampai lagi. Seojun takut duduk seorang seorang.seojun tak ada kawan hik" Tersedu sedan budak kecil itu bersuara.

"Hah? Appa seojun tak sampai lagi?" Tanya Jihyo lagi. Seojun mengangguk.

"Dah seojun tak boleh menangis. Seojun lelaki. Seojun kena kuat. Jangan risau noona dengan minjae akan teman seojun sampai Appa minjae sampai Okay" Jihyo mengusap pipi seojun yang  basah itu. Terus seojun menunjukkan senyumannya kepada Jihyo. Minjae pun menunjukkan senyumannya pada seojun.

"Seojun Ah" Terus pandangan Jihyo, minjae dan seojun beralih kepada orang itu.

Terus taehyung mendapatkan minjae dan menariknya ke dalam dukungannya.

"Maafkan appa ya? Appa sibuk tadi. Maafkan Appa hm? " Tanya taehyung sambil mukanya ke kanan dan kiri memandang seojun yang asyik mengalihkan wajahnya ke arah lain. Protes.

"Appa sayang kerja Appa dari seojun lagi. Appa tak sayang seojun! " Seojun mahu turun, badannya digerak gerak untuk melepaskan diri dari pelukkan taehyung. Dia berlari dan memeluk Jihyo. Mukanya disebam pada kaki Jihyo.

Jihyo memandang kekok ke arah taehyung yang memandang tajam ke arahnya dan seojun. Mungkin isyarat untuk meleraikan pelukan seojun dikakinya. Tapi Jihyo hanya menepuk badan kecil seojun. Minjae disebelah memandang taehyung. Dia mahu bercakap dengan taehyung tetapi tidak boleh apabila dia mula memahami situasi antara seojun dan taehyung.

Jihyo menunduk sama taraf dengan seojun. Dia bisik pada telinga seojun.

"Seojun kena ikut Appa. Nanti seojun berdosa kalau seojun Tarik muka dari Appa seojun. Lagi seram kalau seojun berdosa pada Appa seojun" Bisik Jihyo. Seojun memandang Jihyo dan dia mengangguk. Badannya berpusing ke arah taehyung. Dan disitu terlihat muka taehyung yang sedih. Seojun terus berlari ke arah taehyung dan memeluk si ayah dengan erat.

"Maafkan seojun, appa. Seojun tak nak jadi anak yang jahat"

Taehyung mulai tersenyum.

"Seojun masuk dalam kereta dulu ya? Appa nak cakap dengan noona kamu"

Seojun akur dan masuk ke dalam kereta milik taehyung.

Taehyung merenung lama ke arah Jihyo.

"Ha apa?baik tak payah jadi ayah seojun kalau datang lambat" Sindir Jihyo. Sengaja mengulang perkara semalam.

Taehyung malu sendiri. Shit. Kena sindir

"Okay macam ni. Aku minta maaf Okay? Terima kasih sebab Stay dengan anak aku" Taehyung memberi senyuman dan mukanya tegang kembali. Tak ikhlas dari gayanya.

Taehyung maju ke arah minjae dan minjae tersenyum ke arahnya. Ini yang minjae tunggu!

"Terima kasih ya minjae sebab berkawan dengan seojun." Taehyung mengusap kepala minjae dengan lembut. Comel betul!

"Tak apa hyung! Saya memang nak kawan dengan seojun. Hee~" Gigi arnab minjae ditayang pada taehyung. Dan taehyung tergelak kecil. Comel lah!

"Hyung pergi dulu ya. Hyung ada kerja" Terus dikusutkan rambut milik minjae dan memasuki kereta miliknya.

Jihyo mengenggam tangan kecil minjae. Minjae mendongak memandang Jihyo dan dua manusia itu melihat kepergian taehyung.

Seojun menyanyi lagu kanak kanak di dalam kereta. Taehyung hanya melayan.

"Appa.noona tu baik lah" Seojun memandang taehyung yang memandu kereta itu.

Mampus la kalau semua baik. Semua yang author mention semua baik. Tak ada yang jahat HAHAHAH.

"Baik? Seojun kena hati hati, orang akan berlakon baik. Itu yang Appa suruh seojun hati hati. Orang boleh sahaja gunakan kita minjae. " Nasihat taehyung.

"Tak, noona tu baik. Dia sanggup tunggu seojun disitu bila seojun tunggu Appa ambil seojun. Seojun tahu noona tu baik"

"Bagus lah kalau macam tu. Tadi apa yang noona tu cakap dengan seojun tadi sehinggakan seojun rasa terpujuk ni? " Tanya taehyung. Benar juga. Seojun tidak akan puji orang kalau dia tak beberapa kenal. Malah seojun susah nak rapat dengan orang yang tidak dikenali. Ini senang pula dia puji Jihyo itu. Pasti dia selesa dengan Jihyo.

"Dia cakap kalau seojun masam muka pada Appa. Seojun dosa. Seojun tak mahu dapat dosa"

Kata kata seojun itu mampu membuat kan taehyung tersenyum. Pandai kau pujuk budak eh pompuan. Maklum lah dia tak tahu lagi nama.

Taehyung tersenyum disebabkan Jihyo, seojun tidak menarik muka darinya. terima kasih!

Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG 김태형Where stories live. Discover now