28

1.1K 125 72
                                    

Jihyo sibuk membalas mesej dari naeun tiba tiba deringan telefon miliknya berbunyi.

Terpapar nama seojun di screen.

"Seojun? " Getus hati jihyo. Pelik bila tiba tiba seojun membuat panggilan. Sejak dia dan taehyung berpisah, seojun sendiri tak mahu ada hubungan dengannya.entah la, budak memang kuat merajuk.

Terus dia menarik butang hijau ke kanan.

"Hello?" Sapa jihyo dahulu. Sambil itu dia mengusik usik rambutnya.

"Mama.. " Sayu suara seojun memanggil jihyo.

Jihyo mula duduk bersila. Suara seojun yang sayu pasti sahaja sesuatu berlaku.

Mak dia pukul dia ke? Eh?

"Ya seojun kenapa ni" Lembut jihyo bertanya.

"Seojun sedih... " Tersekat sekat seojun bercerita.

"Apa jadi ni seojun. Cerita la" Desak jihyo, seojun kalau sedih pasti akan berkurung dalam bilik. Takut pulak jadi macam tu.

"Appa seojun sakit teruk" Kata seojun

Jihyo terdiam. Sakit? Teruk sangat ke sampai seojun sedih teruk ni.

Ahh dia tak mahu tau pasal taehyung, budak ni pulak pergi ungkit nama taehyung.

Sakit hati betul dengar nama taehyung, tapi kalau dengan seojun dia tak boleh masukkan masalahnya dengan seojun. Budak lagi.

"Mama?" Panggil seojun.

Jihyo tersedar. Dan lagi mengelamun

"Eh ya seojun. Seojun cakap apa tadi erk? " Jihyo menggaru kepalanya.

"Appa sakit teruk laaaa" Merengek seojun dalam talian.

"Appa seojun sakit apa"tanya jihyo.

" Tak tahu mama, tiga hari sudah appa batuk. Ada satu hari tu appa batuk berdarah. Hari ni seojun nampak appa pengsan dalam bilik air. Seojun takut."luah seojun.

Jihyo menggigit bibir.taehyung stress sangat ke? Kalau tahap ni taehyung mesti sakit teruk.

Risau mula bertapa dalam hati.

"Lepas tu tak ada siapa ke nak bawak appa seojun pergi hospital?" Tanya jihyo.

"Tak ada mama, appa sendiri yang tak nak. Omma pun okay je kalau appa tak nak pergi hospital" Kata seojun tak puas hati. Eii omma tu bukan nak paksa appa pergi hospital. Terus je melantak tidur!

"Suruh omma paksa appa pergi hospital. Takut melarat saja nanti appa seojun tu" Arah jihyo.

"Appa tak suka kami paksa dia pergi hospital. Nanti appa naik angin"

"Alah lepastu kalau tak pergi macam mana nak sihat" Jihyo mengeluh. Degil betul bapak orang ni!

"Mama datang sini, pujuk appa" Kata seojun.

"Eh mama pula yang kena, mama pergi pun tak kan terpujuk punya appa kamu tu" Kata jihyo menyampah .

"Mesti menjadi punya mama"

"Eh yang seojun... "

"Bye bye mama, datang tau! " Laju seojun bercakap. Terus dia letak panggilan.

Jihyo tergamam.

Macam tu je dia letak? Ahh macam mana aku nak hadap bapak orang tu eii.

Wahai anak anak inilah taktik budak macam seojun ni😌















Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG 김태형Where stories live. Discover now