Bab19

45 2 0
                                    

Bunyi deruan kereta dari arah luar rumah jelas kedengaran menandakan Rayyen sudah balik ke rumah. Aku yang dari pada pagi tadi baring disofa ditemani kebosanan dan kelaparan. Perut aku sudah banyak kali mebunyikan gongnya meminta untuk diisikan makanan. Kalau aku nak masak bukannya ada bahan masakan yang boleh aku masak pun kat dapur.

Bunyi pintu dikuak menandakan Rayyen sudah masuk ke dalam rumah. Aku pula bangun daripada pembaringan aku dan memerhati ke arahnya. Dia memandang ke arah aku.

"Bersiap. I give you 5 minute." arahnya secara tiba-tiba.

Aku masih kaku ditempat aku, masih mencerna kata-kata Rayyen. Apabila aku mendapat inti katanya aku terus berlari naik dan bergegas bersiap. Aku tak nak dihukum! Apabila aku terkenang semula hukumannya pada malam itu menyebabkan aku takut untuk dihukum lagi. Rayyen tak banyak bercakap tapi dia banyak bercakap menggunakan perilakunya.

Bak kata orang, action more than word.

Setelah selesai mengikat rambut hitam aku gaya messy bun aku bergegas turun semula mendapatkan Rayyen yang berada diruang tamu. Aku hanya ambil masa tiga minit untuk bersiap sudah pastinya dia tidak akan menghukum aku kali ini.

"Jom." kataku padanya.

Rokoknya yang baru setengah dihisap itu dimatikan baranya dengan menekan rokok itu didalam ashtray. Aku memasang sandal pada kakiku dan sandal itu cukup-cukup dikaki aku. Pandai Rayyen memilih sandal yang sesuai saiznya dengan kaki aku walaupun sandal itu agak besar sedikit.

Rayyen membuka pintu bahagian penumpang untuk aku. Aku pandang wajahnya pelik.

"Eh... Rayyen tak apa. Jang..."

"Masuk." pintasnya laju membuatkan aku terkemam.

Aku terus masuk ke dalam kereta tempat bahagian pemandu itu tanpa banyak kata. Rayyen terus menutup pintu sebaik sahaja aku sudah duduk di dalam manakala dia duduk di bahagian pemandu. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur laju meninggalkan kawasan rumah.

Aku membuang pandang ke arah luar tingkap memandang keadaan kota Mexico pada waktu siang. Memori aku pada malam itu menjengah semula diingatan aku. Aku mengeluh lalu menampar lembut pipi aku menggunakan kedua belah tangan aku supaya aku kembali ke dunia realiti.

Rayyen tiba-tiba meraih tangan kanan aku. Aku pandang wajahnya pelik. Dia membawa tangan aku mendekati bibirnya lalu dikucupnya sebelum dia memandang ke arah aku menggunakan ekor matanya.

"What are you thinking babygirl?"

Aku menggelengkan kepala aku. Rasanya tak perlu pun dia tahu benda tu. Tangan aku masih dikucupnya sambil dia masih fokus memandu.

"Aku tak suka penipu."

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Aku takut kalau aku menyatakan perkara sebenar nanti dia tidak suka.

"Sa-saya ter... Emm... Saya teringatkan kejadian malam tu." tersekat-sekat aku menuturkan kataku.

Dia masih diam ditempatnya sambil bibirnya tidak lekang mengucup tangan ku. Kadang aku pelik dengan layanan Rayyen pada aku. Dia seorang yang misteri, mungkin juga dia seorang yang baik dan mungkin juga dia seorang yang jahat. Tapi disebabkan layanannya yang terlalu baik pada aku, aku tidak dapat bersangka bahawa dia seorang yang jahat. Walaupun kadang aku... Hmm tak payah bagitahulah. Malu.

"Jangan fikir benda tu lagi. Aku tak suka."

Mataku berkelip sekali, dua kali dan akhirnya aku mengangguk laju. Aku tak berani buat benda yang dia tidak suka kerana sudah pastinya aku akan dihukum. Akhirnya kereta diparkir berdekatan dengan sebuah mall. Kami berdua membawa diri keluar daripada kereta dan berjalan memasuki mall tersebut.

Tangan aku dipegangnya erat seakan tidak mahu melepaskan aku jauh daripadanya. Pertama sekali dia membawa aku ke sebuah tempat makanan yang terdapat disitu. Seperti tahu-tahu aku sedang menahan lapar. Kami berdua mengambik tempat duduk disalah satu meja disitu.

Seorang pelayan mengambil pesanan kami berdua tetapi hanya aku yang membuat pesanan. Rayyen pula hanya duduk menemani. Pelayan itu berlalu membawa pesanan aku ke kaunter.

"Awak tak makan?" soalku.

"Dah." balasnya sepatah.

Aku mengangguk mendengar jawapannya. Kami berdua hanya duduk diam sambil aku memerhati diluar tempat makan itu. Tidak lama selepas itu makanan yang dipesan aku sudah sampai. Aku menikmati makanan aku tanpa menghiraukan Rayyen dihadapan aku. Perut yang lapar diutamakan.

Selepas selesai menjamah makanan kami berdua berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan kami berdua yang aku sendiri pun tidak tahu kami berdua hendak kemana. Aku memandang wajah Rayyen dihadapan aku yang leka memerhati bibirku sejak dari tadi.

Tangannya secara tiba-tiba hinggap dibibir aku dan mengesat bibir aku menggunakan ibu jarinya. Dapat aku rasa pipiku mula merasa panas. Nicho kenapa makan terlalu comot. Aku lihat Rayyen membawa ibu jarinya ke dalam mulutnya.

Ehhh...

Semakin panas rasanya pipi aku ketika itu. Malu. Mahu sahaja aku lari sejauh mungkin daripada Rayyen.

"Lets go. Kita beli barang dapur."

Kami berdua serentak berdiri dan berjalan menuju ke tingkat bawah. Aku memerhati kawasan sekeliling mall itu. Sesak dengan pelanggan. Aku berhenti secara tiba-tiba apabila mataku tertacap pada sekujur tubuh yang amat aku kenali. Wajahnya tidak dapat aku perhati dengan jelas kerana pelanggan yang lalu-lalang.

Cloud?

Aku melepaskan genggaman Rayyen pada aku dan berlari mendekati gerangan itu. Apabila aku sudah sampai ditempat menjual telefon itu aku mencari kelibat yang aku perhatikan tadi. Aku lihat seorang gadis berambut coklat sedang berjalan dengan seorang lelaki berjalan keluar daripada kedai itu. Aku tarik tangannya. Gadis itu menoleh. Wajah aku dipandangnya pelik.

"Yes?"

Dia bukan Cloud. Aku sedikit hampa.

"Emm, sorry. I think you're my friend."

Dia tersenyum dan terus berjalan meninggalkan aku. Rayyen tiba-tiba menarik aku menghadapnya. Aku lihat wajahnya dan dia sedang memerhati aku tajam. Aku tunduk memandang lantai. Rupanya dia bukan Cloud. Aku dibawa ke dalam pelukan Rayyen. Entah kenapa aku rasa hendak menangis sahaja ketika itu. Wajah aku diangkat memandangnya.

"Don't cry."

Aku lap air mata yang bertakung itu. Aku tersenyum nipis. Berat rasanya beban yang aku tanggung ketika itu. Keluhan dilepaskan.

"Jom. Kita beli barang dapur."

Aku berjalan sambil mengenggam tangan Rayyen. Sedikit sebanyak aku merasa tenang setiap kali Rayyen bersama aku. Tak apalah. Aku sudah berazam yang aku akan berusaha mencari Cloud walau dalam keadaan apa sekalipun.

I will.







No Choice And Accept MeWhere stories live. Discover now