Selama tiga hari Rayyen menghilangkan diri dan langsung tiada khabar daripadanya. Adalah juga merasa risau tapi apabila difikirkan semula Rayyen pandai menjaga diri sendiri.
Bawang yang telah selesai aku kupas itu aku bawa ke singki untuk membersihkannya sebelum menghiris bawang itu kepada kepingan yang halus. Nasiblah sebelum Rayyen meninggalkan aku kami berdua sudah membeli kelengkapan dapur ataupun dia memang sudah merencanakan ini lebih awal.
Kadang aku tertanya Rayyen sebenarnya bekerja sebagai apa. Melalui daripada gayanya dia tidaklah kelihatan seperti seorang yang baik tapi aku tak bolehlah mempertikaikannya daripada gayanya sahaja.
"Nicho remind don't judge people by it cover." kataku pada diriku sendiri.
Mama selalu mengingatkan aku supaya tidak melihat orang daripada luarannya sahaja tapi melihat isi hati seseorang itu untuk mengenalinya lebih mendalam. Air betakung dibirai mata. Sebenarnya mata aku pedih kerana menghiris bawang.
Aku ketawa sendiri apabila mendapati diri aku mengalirkan air mata kerana menghiris bawang. Ketawa aku mati apabila aku teringatkan Cloud. Tangan aku berhenti daripada menghiris bawang. Aku bawa diri aku mendekati singki. Air mata aku mula mengalir dengan deras.
"Kenapa kau menangis?"
"Aku tak menangislah bodoh. Bawang ni buat mata aku pedih."
Cloud menghulurkan aku tisu. Aku pandang ke arahnya yang masih segak berkot kerja itu dengan air mata yang bertakung. Wajahnya seperti menahan tawa itu membuatkan aku merasa jengkel. Aku rampas tisu daripada tangannya dan lapkan air mata aku.
"Nah barang yang kau nak. Tak payahlah menangis."
Cloud meletakkan bungkusan plastik itu keatas meja makan.
"Cuba kau potong bawang. Aku nak tengok kau menangis kah tidak."
"Aku tak ada masa."
"Asyik-asyik tu je jawapan kau. Masa dengan aku pun tak ada. Nama je kawan baik tapi nak luangkan masa dengan aku langsung tak ada. Kejap-kejap klien. "
Raut wajahnya sedikit berubah.
"Emm bukan macam tu. Cuma..."
"Cuma apa?!"
Aku menyambung semula kerja aku yang tertangguh tadi. Aku memang terasa juga dengan perangai Cloud yang selalu sibuk dengan kerjanya itu. Bukan selalu aku dapat cuti dan apa salahnya dia ambil cuti sekali dan luangkan masa dengan aku. Aku pun nak buat banyak benda dengan kawan baik aku macam shopping, wayang, dan buat banyak lagi aktiviti macam orang lain.
Belakang baju aku ditarik. Aku alihkan pandangan aku ke arahnya.
"Emm lain kali ya. Maaf."
Aku ketap gigi aku kuat dan aku mengenggam penumbuk. Mana perempuan bodoh itu menghilang. Dia tak tahukah aku rindukan dia.
Fikiran aku kembali mengingati gerangan yang aku lihat tempoh hari. Aku memang yakin gadis yang aku lihat itu memang Cloud tapi kenapa bukan dia apabila aku menegurnya.
"Where is she?!"
Aku tersentak apabila mendengar suara Rayyen yang menjerit dari arah ruang tamu. Bila pula dia balik?
Aku berlari keluar daripada dapur dan mendapati seorang lelaki sedang terkulai layu dihadapan Rayyen. Daripada sisi wajah Rayyen aku dapat lihat dia kelihatan terlalu marah.
"Come here Nicho."
Aku terkejut apabila namaku diseru oleh Rayyen sambil matanya memandang tepat ke arah aku yang berada dimuka pintu dapur itu. Aku terus bergerak mendekati Rayyen yang sedang menyinga itu dalam keadaan ketakutan. Aku tidak berani bertentang mata dengannya dan mengambil keputusan memandang lantai.
"Pandang aku."
Terus aku angkat kepala aku yang tadinya tertunduk memandang lantai. Lain rasanya aura Rayyen kali ini. Lebih seram rasanya apabila dia marah.
"Adakah dia lelaki yang serang kau dan kawan kau masa tu?"
Aku pandang lelaki yang berada dihadapan aku itu. Wajahnya kelihatan lebam mungkin dibelasah oleh Rayyen.
"S-saya emm saya tak tahu."
Aku berbalas pandangan Rayyen untuk seketika dan terus aku tundukkan kepala aku memandang lantai. Aku rasa jantung aku rasa nak tercabut ketika itu. Aku takut hendak berbalas pandangan dengan Rayyen lagi-lagi dalam keadaan lelaki itu sedang marah. Makin seram.
"Pandang aku."
Aku angkatkan semula kepala aku memandang dia. Mata aku ditikam tajam oleh mata Rayyen. Dia kelihatan amat serius.
"Mereka pakai topeng dan saya tak dapat tengok muka mereka dengan jelas." kataku sambil menutup mata.
Selesai menuturkan kata, aku buka mata dan menunduk memandang kaki. Aku gigit bibir bawah melepaskan rasa gugup.
"Rayyen tolong lepaskan aku. Aku tak ada kena mengena dalam hal kehilangan Cloud. " pinta lelaki dihadapan aku itu.
Aku terus mengangkat kepala aku memandang lelaki itu. Kehilangan Cloud?
"Kau!"
"Nak lari kemana?" soal lelaki bertopeng dibelakang aku dan Cloud.
"Suara tu. Kau! Kau orang yang cuba bunuh aku dan culik kawan aku!"
Aku bergerak mendekati lelaki itu dan kolar bajunya aku genggam. Air mata aku jatuh ke pipi. Wajahnya aku tampar kuat sehingga kepalanya terteleng ke kanan. Belum cukup dengan itu aku memaksa lelaki itu untuk berdiri dan aku tendang perutnya kuat.
Menyedari kelakuan aku sudah melampau aku melepaskan genggaman aku pada kolarnya. Dia jatuh ke atas lantai dan menahan perutnya.
"Mana kawan aku!"
Aku hilang sabar menunggu dia bersuara dan aku mencengkam lehernya kuat.
"A-aku t-tak ta-hu." katanya tersekat-sekat.
Genggaman aku pada leher lelaki itu semakin kuat persis mahu mencekik hingga dia mati. Aku dendam, ya aku dendam dengan mereka yang telah menyerang aku dan menculik kawan aku sehingga kami berdua terpisah.
"Jawab aku jujur asshole! Where is my friend!"
Aku langsung tak berkelip memandangnya seperti harimau hendak membaham mangsanya. Aku ketap gigi aku kuat. Kemarahan sudah menguasai diri aku sepenuhnya.
"Aku cakap JAWAB!" bergema suara aku didalam rumah itu.
Dia mula meronta apabila cengkaman aku pada lehernya semakin kuat. Aku tidak tahu dari mana kekuatan aku datang sehingga aku kuat sebegitu sekali.
"Answer her if you don't want to go to hell." kata Rayyen dibelakang aku.
"D-d-di-a d-da-h te-erlep-pas."
Genggaman aku pada lehernya serta-merta terlepas. Cloud terlepas? Tapi...
Wajah Rayyen dibelakang aku, aku pandang. Rayyen membalas pandangan aku.
But how?