▷🌻 TG 3

126 20 2
                                    

▷The Goblin–

KSY–

Kang Yerim POV▷

Buku diatas meja yang berselerakan disimpanku ke bawah meja. Buku yang berkenaan dengan kerja sekolah sahaja aku masukkan ke dalam beg.

“ Minkyung ah, aku balik dulu tau.”

“ Eo! Hati²!” Aku melambai ke arah rakan sekelasku sebelum mengorak langkah menuju kerumah.

Macam biasa, aku sentiasa berseorangan.

Siapa sahaja yang nak berkawan dengan aku?

Kecuali hantu-hantu tu jelah.

Pelajar semua takut dengan aku, sebab aku ada sixth sense, boleh nampak hantu.

Aku dah biasa bila berjalan, ramai mata yang memandangku pelik.

Apa ingat aku ni OKU? Ada mata empat? Kaki lapan macam sotong kurita?

Aku memandang ke hadapan sehingga mataku bertembung dengan mata seseorang.

“ Arghh kamchagi!” Jeritku perlahan apabila figura itu tiba-tiba berada dihadapanku.

“ Yah, kau boleh nampak aku kan?” Aku hanya menghiraukannya lantas berjalan sambil diekori olehnya.

“ Yah Goblin Bride!”

“ Hajima!” Jeritku membuatkan semua pelajar memandangku terkejut.

“ Boleh tak berhenti panggil aku Goblin Bride?! Benda tu tak wujud punlah! Ee rimaslah camni.” Bentakku sambil mengusutkan rambutku lantas berlari keluar dari perkarangan sekolah.

“ Apa bendalah panggil aku Goblin Bride? Aku masih muda okay nak jadi pengantin.” Bebelku seorang diri dengan wajah cemberutku.

“ Argh!” Aku menjerit perlahan apabila bahuku dilanggar seseorang yang turut menjerit kecil bersamaku.

“ Yah!” Jeritku lagi.

“ Mwo?–” Lelaki itu pantas memandangku terkejut.

“ Apa mwo mwo?! Yah samchon! Samchon langgar saya sampai kopi samchon tu terkena baju saya tau!” Herdik ku geram.

“ Hoi! Aku muda lagi tau! Tahun ni baru 24 hakalahh! By the way, kau yang langgar aku dasar budak– eh jap, macam mana kau boleh nampak aku?”Kini giliran aku pula terkejut beruk.

Roh mana pulak yang aku nampak ni? Roh apa yang sempat beli kopi ha?!

“ Err aku tak nampak. Eo? Yeobosaeyo?!” Aku terus meletakkan telefon pintar ke telingaku lantas berjalan selaju yang boleh.

“ Arghh hantu bertopi!” Latahku perlahan apabila lelaki itu muncul tiba-tiba dihadapanku.

“ Aku tahu kau nampak aku.” Aku menatap wajah itu lama sebelum mataku kembali membulat.

“ M–malai–”

“ We finally meet, Kang Yerim.” Aku terkedu seketika.

“ The missing soul.” Sambungnya lagi.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

“ Err haa! Saya ada kerja, saya balik dulu la ye. Nanti mak tiri saya maroh ha, nanti dia bertukar jadi singa. Ngaumm gitu.” Aku tersengih memandang wajah tanpa reaksi malaikat maut dihadapanku itu.

“ Err, annyeong!” Kataku laju sambil berlari selaju boleh dari malaikat bertopengkan manusia itu.

“ Macam mana boleh tak perasan aku terlanggar makhluk lain?!” Bebelku sendiri dengan nafasku yang tidak teratur.

Hebat betul penangan malaikat maut tu, jantung ni bagai nak meletup weh!






KSY–




No One POV▷

“ Jun-ah! Belikan sayur kat pasar!” Junhui yang terbongkang bermain dengan telefon pintarnya terus memandang ke arah dapur.

“ Alah ahjusshi! Malaslah!” Jawab Junhui malas.

“ Yah! Habistu aku nak makan apa ha malam ni?! Apa ni semua ayam, daging?! Sayur takde sayur?! Apa kedekut sangat Soonyoung hyung tanak beli sayur siot?!” Bebel Seokmin sambil menyelongkar barangan didalam peti ais rumah agam itu.

“ Ahh majja! Soonyoung ahjusshi bukan jenis yang vegeterian! Dia makan daging je!” Jerit Junhui dari ruang tamu.

“ Halah! Belikanlah jap untuk aku Jun! Ingatlah sikit jasa aku kat kau woi!” Junhui terus bangkit dari baringnya lantas berjalan kearah dapur dengan malasnya.

“ Ish, makhluk lain pun memilih bila makan. Cerewet sia.” Bebel Jun perlahan.

“ Aku dengar tu Wen Junhui! Pergi beli cepat! Aku lapar ni! Pastikan balik sebelum pukul 11:30! Aku takboleh expect apa yang berlaku dekat kau kalau kau takde kat depan mata aku!” Jerit Seokmin dari dapur.

“ Nae!” Jerit Junhui pula.

“ Yah! Diamlah! Nak tidur pun susah!” Jerit Soonyoung pula dari dalam biliknya.

“ Ish eloklah tu. Sorang ahjusshi gitu, sorang lagi gini, dahtu lama-lama aku pulak jadi gila.” Bebel Junhui lagi.

“ Aku dengar tu Wen Junhui!”







▷KSY tbc–

The Goblin || Kwon SoonyoungWhere stories live. Discover now