Yusof seperti biasa berjalan merentasi hutan itu bukan mengikut jalan besar. Dia mengambil jalan pintas. Pepohon yang besar dan tinggi itu menyebabkan lantai hutan tidak ditembusi cahaya matahari.
Sememangnya selalu orang kebanyakan melalui jalan air saja ingin ke muara. Itu lebih mudah dan selamat. Tidak tahu bila diri akan dibaham binatang buas. Binatang buas itu tidak merisaukannya. Hari bukannya malam.
Yusof bergerak pantas dan senyap. Dia selalu mengingati pesanan guru persilatannya Pendekar Salleh. Tidak perlu menghebahkan kedatanganmu ke serata alam.
Dia kini berhampiran dengan sungai. Dari dahan pokok yang dia berada itu, Yusof dapat melihat permukaan air sungai. Di kawasan itu pokoknya semakin jarang kerana berhampiran tebing sungai. Tebing itu agak tinggi lebih kurang sembilan kaki dari gigi air dipenuhi akar pokok dan batu-batuan. Kelihatan perahu kecil dan seorang pendayung sedang melabuhkan perahunya di celah tebing itu. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup kain penutup dan dia bertopi besar. Perahu ditambat dengan tali dengan lincah sekali. Kelihatan ianya seperti peria kerana tangkas sungguh dia memanjat dan melompat tebing itu.
Yusof berasa gelihati dengan dirinya yang membuat andaian bahawa itu adalah seorang pemuda. Sudah tentulah ia lelaki kerana kaum wanita harus keluar berteman atas dasar keselamatan. Apatah lagi daerah itu adalah kawasan tidak berpenghuni.
Limbungan kepunyaan Yusof berada di muara sungai tetapi berada jauh dari penempatan utama. Tidak seperti limbungan kepunyaan ayahnya. Apabila dia sudah mahir ilmu pembuatan kapal itu dari ayahnya dan dia telah diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk menerajui limbungan itu sebagai orang kedua utama di situ,
Yusof telah memohon kepada ayahnya untuk dia berusaha sendiri.
Dia tahu keluarga mereka ada satu tanah kurnia yang terletak di muara sungai juga tetapi kawasan tak berpenghuni. Dia mahukan tanah itu untuk perusahaannya.
Yusof mahu berjaya atas usahanya sendiri bukan menumpang nama ayahnya. Apabila kemahuannya dipersetujui, Yusof pun mengusahakan perusahaannya ingin menjadi setara dengan yang terbagus di nusantara.
Angannya terhenti kerana kelihatan peria tadi itu sudah berada di dahan pohon bersebelahan dengan yang dinaiki Yusof.
Yusof memerhatikan tindak tanduk lelaki asing itu. Lelaki itu mula melompat ke dahan pokok yang satu lagi dengan mudah.
Yusof merasa ingin tahu siapakah gerangannya lelaki itu. Kemahiran yang dimilikinya sangat tinggi. Hanya
golongan tentera sahaja yang memiliki ilmu pergerakan cepat seperti itu. Yusof mahir kerana diajar Ali. Yusof mengekori lelaki itu dengan berhati-hati kerana tidak mahu diketahui.
Lelaki itu melompat turun ke tanah dan mula membuka langkah persilatan dan mula berlatih.
Yusof seperti pernah melihat pergerakan itu dan hatinya mulai yakin bahawa dia tidak tersilap.
Untuk menguji bahawa nalurinya benar dia pun turun dan terus menyerang lelaki yang tidak sedar dia telah dijejaki.
Tendangan Yusof dapat dielak oleh lelaki itu dengan mudah dan dia membalasnya dengan tendangan juga.
Yusof terus memberikan tentangan dan serangan. Setiap langkah Yusof dapat ditepis olehnya. Beliau juga memberikan serangan semula. Mereka adalah lawan tempur yang sepadan.
Yusof dengan berat hati terpaksa membuka satu jurus ini kerana dia tak mahu ia terlepas dari genggamannya.
Lawannya terjatuh dan terbaring beberapa saat sebelum cuba bangkit. Yusof terus menekan bahu lawannya itu sambil berkata, "menyerah saja saudari!"
"Arghh! Mana mungkin!"kata lawannya masih garang.
Yusof terus tertawa dan menarik lawannya berdiri.
"Tidak kusangka mawar cantik itu berduri"
"Semua mawar cantik dan berduri! Saudara saja yang kurang ilmu alamnya"
"Sudi mengambil saya menjadi anak murid guru? Terusan Yusof mengusik. Lawannya itu tidak sedar kain yang menutupi mukanya sudah terbuka. Kelihatan wajahnya kemerahan. Yusof terus menatap wajah itu tanpa jemu.
"Tidak layak"jawabnya pantas.
Yusof tersenyum sambil berkata, "jika begitu sudi menjadi suri hidup saya saudari?"
Lawannya itu tertunduk dan memandang semula Yusof.
"Saya inikan ada ibu dan ayah." Itu saja jawabnya.
"Baiklah"kata Yusof.
"Saya masih tidak percaya akan bertemu Zulaikha di sini."
"Boleh hal ini menjadi hanya antara kita berdua?"
Ya jejaka itu adalah anak gadis dan beliau adalah Zulaikha.
Mereka duduk di atas dahan pohon cengal sebesar dua pemeluk orang dewasa itu, yang menghala ke arah sungai.
Zulaikha kelihatan amat berharap mendapat kerjasama dari Yusof.
"Boleh saja tapi bersyarat."
"Ceritakan bagaimana menguasai ilmu pergerakan pantas itu?" Tanya Yusof ingin tahu.
"Nama saudara terlebih dulu, janggal sungguh berbicara bila tidak tahu nama."
"Kusangka tak sudi untuk tahu. Tapi bukankah sudah ku khabarkan tempoh hari, sudah lupa? "
"Itu tidak dipinta" balas Zulaikha selamba.
"Yusof Bin Yaakob, tukang kapal perusahaan Yusof."
"Oh! Jadi dengan saudaralah ayahnda menempah kapalnya"
"Benar itu saya"
"Saya mengambarkan tuan punya perusahaan itu sebaya dengan ayahnda."
Yusof hanya tertawa kecil mendengar kata-kata itu.
"Saya mahir dengan seni mempertahankan diri kerana sering melihat kekanda dan ayahnda berlatih. Saya sudah berlatih dari umur lima tahun. Ayahnda sering membawa saya bersama.
Bonda tidak tahu hal ini. Semakin besar semakin sukar untuk turut serta dan merahsiakannya dari bonda. Ayahnda dan kekanda tidak pernah membantah jika ingin turut serta. Untuk mengelakkan sebarang kerumitan jadinya saya sering menutup muka sekali dan memakai persalinan lelaki.
Ilmu pergerakan cepat tentunya belajar dari kanda Hamzah. Bukan senang dia mahu berkongsi. Kanda itu beralasan macam-macam, jelas Zulaikha.
Yusof tahu Hamzah dulu pernah berkhidmat sementara dengan kumpulan Tempur Diraja. Tetapi mengundur diri kerana terpaksa mengalas tanggungjawab keluarga.
"Bukankah bahaya jika begini Zulaikha?" Yusof meluahkan kerisauannya dengan tingkah Zulaikha.
"Ini sahaja pilihan yang ada, bonda itu terlalu mengongkong dan kolot."
Susah hendak berlatih di rumah lagi.
Katanya puteri perlu apanya berlatih seni mempertahankan diri.
Katanya mereka yang terbabit itu semua orang kebanyakan. Kamu itu yang perlunya hanya ilmu rumahtangga dan ilmu agama.
Bonda kata saya hanya harus berdandan rapi dan mempersiap diri untuk menikah dengan calon yang sesuai. Bosan!
"Tak salah bukan bonda Zulaikha itu."
"Memang tidak salah, tetapi bonda itu tidak benar-benar ikhlas.
"Ada perkara tersirat yang besar ingin direncanakannya"
"Datang ke sini bagaimana Zulaikha meloloskan diri?"
"Itu rahsia!"
"Boleh berjanji dengan Yusof jangan ke mari lagi?"
"Kalau bertemu Yusof disini bagaimana? Soal Zulaikha.
"Itu juga tidak boleh" "Anum mengatakan Zulaikha murid yang cerdas di sekolah, pastinya Zulaikha memahaminya."
"Zulaikha masih boleh berlatih di rumah bukan?"
"Hamzah bukankah mempunyai gelanggang silat?" "Mengapa tidak saja berlatih di situ?"
"Tidak ada perempuan yang berlatih di situ." "Jika berlatih di gelanggang Pendekar Salleh pastinya bonda tahu." "Nantinya Zulaikha hanya dikurung di rumah." "Itu pastinya membunuh Zulaikha."
"Berlatih saja di Gelanggang Hamzah, dengan berpakaian begini."
Yusof mengikat kembali kain tutup muka Zulaikha sambil merenung anak matanya. Zulaikha merasa mukanya berasa panas dan dia terus tertunduk malu.
Yusof tidak jadi kembali ke limbungannya hari itu kerana dia menemani Zulaikha pulang hingga sampai ke pekan.
Dang Setia Kemboja terkejut kerana anak bujangnya itu bermalam lagi di rumah.
YOU ARE READING
Yusof dan Zulaikha
Historical FictionCinta zaman dulu-dulu yang biasa-biasa. Semuanya adalah rekaan semata-mata tidak ada kaitan dengan yang hidup atau mati.