Hancur Berkecai

1 0 0
                                    

Yusof kelihatan resah tak menentu.  Dia mundar mandir lagi. Kemudian dia duduk, tidak betah duduk dia bangun kemudian berjalan semula.
"Eh! Abang cuba duduk sahaja. Rimas Anum melihat abang seperti cacing kepanasan begini."
Yusof hanya duduk diam seketika kemudian berjalan semula. Begitulah keadaan dia sejak dari pagi tadi bila mana rombongan meminang yang diketuai oleh ayahnya Yaakob dan ibunya Dang Setia Kemboja pergi ke rumah Orang Kaya Talib. Makan tengahari pun dia tak mahu. Dia hanya mahu tahu jawapan dari keluarga belah perempuan sahaja.
"Anum rasa lebih baik abang makan. Abang cemas tak tentu sebab perut itu kosong" pujuk Anum. Yusof hanya mengelengkan kepalanya. Disebabkan Yusof masih berdegil Anum terus masuk ke biliknya dan meneruskan sulaman tangannya yang terbengkalai itu. Tak sanggup dia melihat keadaan abangnya yang tak tentu arah itu. Itulah kali pertama dia melihat sisi abangnya yang gemuruh dan cemas itu. Selalu Anum hanya melihat Yusof yang sentiasa yakin dan tenang. Kini dia turut merasa cemas terpengaruh dengan tingkah abangnya itu. Apatah lagi bila teringatkan ibu Zulaikha yang tak betah dengan orang kebanyakan itu.
Yusof teringat dengan sedikit isyarat yang dinyatakan kepada Zulaikha tentang hajatnya untuk menghantar ibubapanya untuk melamar Zulaikha tempoh hari saat mereka bertemu di gelanggang.
"Yusof rasa sudah tiba masanya hubungan kita menjadi halal. Sudikah Zulaikha? "Tanya Yusof.
"Bukankah ayahnda dan bonda yang jadi penentunya."balas Zulaikha.
"Bukankah tuan punya badan yang harus berkata setuju juga?"kata Yusof.
"Ya bukankah itu semestinya."jawab Zulaikha gembira.
Setelah dipersetujui maka hari itu adalah hari yang dipilih untuk pergi melamar Zulaikha.
Sementara itu di rumah Zulaikha pula suasana agak dingin bagi suatu urusan yang menggembirakan itu.
Yaakob pun memulakan majlis dengan pantun setelah salam diberi.

pucuk pauh ditepi permatang,
buah berangan rasanya lazat,
dari jauh kami datang,
datang dengan seribu hajat.

cantik memanjat pohon ara,
nampaknya cantik berseri laman,
besar hajat kami tidak terkira,
hendak memetik bunga ditaman.

Kelihatan bonda Zulaikha, Puteri Kenchana Suria seperti tidak selesa dan mempamerkan riak wajah yang tidak mesra. Dia membisikkan sesuatu kepada Orang Kaya Talib.
Setelah beberapa ketika Orang Kaya Talib berdehem dan memulakan bicara.

sungguh indah bunga dipermatang,
tak dapat dibawa bersama,
sungguh besar hajat yang datang,
tak dapat kami menerima.

Wajah kedua ibu bapa Yusof sudah berubah menjadi gusar. Yaakob meneruskan bicara.

Pohon perak berdaun emas
Mana mungkin bersepuh tembaga
Pohon kami harap dibelas
Memang hajat harap diterima

Puteri Kenchana Suria pula yang bersuara

Mana dilenggang mana dikepit
Bukankah ikhlas jarang dijumpa
Manakan sama enggang dan pipit
Bukankah itu jelas jawabnya

Zulaikha yang mengintai dan mencuri-curi dengar berlari keluar dari biliknya mahu meminta penjelasan dari ayahnda dan bondanya tetapi dihalang oleh Rokiah. "Cik Zulaikha! Kita tidak boleh keluar sana. Bukankah adatnya begitu".
Zulaikha terus terduduk longlai dan terus menangis.

Dengan perasaan yang muram rombongan meminang itu pun terpaksa beredar meninggalkan rumah Orang Kaya Talib. Hajat mereka tidak kesampaian. Ibu Yusof mengelap air matanya yang merembes keluar tidak tertahan-tahan itu. Sungguh dia kecewa kerana tidak dapat menunaikan kemahuan anaknya.
"Apalah malangnya nasib siYusof,  sudah bertemu jodoh tetapi tidak dapat dijabkabulkan" ratap Dang Setia Kemboja.

Yusof tersenyum mendengar salam yang diberi oleh ayahnya. Anum juga terus muncul di ruang tamu ingin mendengar khabar yang dibawa mereka.
Yusof merasa tidak sedap hati bila memandang wajah suram kedua orang tuanya. Apatah lagi bila melihat barang hantarannya dibawa kembali.
Namun dia menahan rasa di hati dan hanya menunggu apa yang bakal diperkatakan oleh mereka.
Yaakob meneguk air sejuk dari labu sayong itu perlahan-lahan. Dang Setia Kemboja hanya tertunduk sayu dan apabila matanya berlaga dengan Yusof dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
"Ayah minta maaf kerana niat suci murni kamu Yusof telah ditolak oleh keluarga Zulaikha."
"Alasannya kita tak sekufu"
Yusof terkesima dan terus tertunduk pasrah. Jika di medan tempur dia pastilah antara calon yang terhebat dan yang tak terkalahkan. Jika seperti ini apa yang boleh dilakukanya.
Hatinya hancur luluh berkeping-keping. Perasaannya seperti debu yang ditiup angin hilang arah tuju.

Yusof dan ZulaikhaWhere stories live. Discover now