Di suatu tempat...
Chanyeol ketawa berdekah-dekah.
Dia gembira kerana stok yang dijanjikan telah sampai.
"Bagus! Bagus!" ujarnya seraya bertepuk tangan.
Lay, Kyungsoo dan Xiumin mengukir senyuman sinis.
"Kita akan gunakannya semasa perlumbaan nanti. Duit USD$3 juta tu sebenarnya sebagai mengabui mata mereka. Mereka tak akan tahu apa yang akan terjadi sebenarnya!" ujarnya menyeringai jahat.
"Boss...race tu bila?" soal Xiumin.
"Minggu depan. Pastikan berita tentang ini tersebar meluas diseluruh Korea!" Chanyeol berseru.
"Duit hadiah tu sebagai umpan sebenarnya!" ujar Lay sinis,menjeling seduktif ke arah Chanyeol.
Matanya menyinarkan sorot kejahatan.
Kyungsoo yang sibuk berkipas itu menghampiri Chanyeol.
Bibirnya menyeringai
Lengan Chanyeol dipeluknya.
Dia berbisik sesuatu ke telinga kekasihnya. Chanyeol menyeringai.
Lalu dia memanggil orang-orangnya."Ada apa boss?" salah seorang dari orang bawahannya bertanya.
"Masa perlumbaan itu nanti aku nak korang jalankan rancangan korang! Pastikan tiada sesiapa yang tahu dengan perangkap yang akan kita pasang nanti! Faham?" arah Chanyeol.
"Baik boss!" ujar mereka, lalu keluar dari bilik tersebut.Markas BLACK EAGLE ALPHA TEAM...
Tao bersama Han dan Kris sibuk berbincang sesuatu.
Ketika itu pengurus pasukan mereka Mr. Lee datang.
Membawa fast food untuk anak-anak didiknya.
"Anneyong!" ujar Mr. Lee, sebaik memasuki markas mereka.
"Anneyong hyung...ada apa?" soal Han sebaik melihat kelibat pengurus pasukan mereka.
"Hyung datang ni bawa khabar. Dengarnya minggu depan race akan berlangsung. Hyung harap kamu semua bersedialah ya?" jawab Mr. Lee.
Matanya tajam memandang anak-anak didiknya.
Tao, Kris dan Han angguk.
"Kita kena maklumkan dengan yang lain." ujar Kris.
"Okey!" jawab Han ringkas.Di apartmen...
"NICKHUN! OII NICKHUN! TAKKAN TAK BANGUN LAGI!" suara Sehun menggema dalam apartmen mereka.
Sepupunya Nickhun yang ralit dibuai mimpi terjaga, terkejut dengan suara tegas Sehun. Segera dia bingkas bangun, lalu membuka pintu biliknya.
Sehun terjengul di situ, berpeluk tubuh.
"Semalam balik jam berapa?" soalnya tegas.
"Sorrylah hyung...ada tugasan saya buat semalam. Tu yang terpaksa balik lewat." jawab Nickhun dengan nada mengantuk.
"Dah...dah...jangan banyak songeh lagi! Pergi mandi sekarang! Saya nak bawa awak keluar lepas ni!" Sehun memberi arahan.
"Nak ke mana?" soal Nickhun.
"Jangan banyak tanya...pergi mandi cepat!" ujar Sehun sambil mendorong tubuh sepupunya ke bilik mandi.
"Yelah...yelah!" jawab Nickhun, berdecak malas.💐💐💐💐continued💐💐💐💐
YOU ARE READING
ADRENALINE RACE: KOREAN DRIFT (NEW TITLE/2024 REVISION)
FanfictionSekumpulan pelumba drift profesional terlibat dalam satu perlumbaan yang menjanjikan hadiah lumayan bernilai USD$3,000,000. Namun disebalik perlumbaan tersebut sebenarnya ada muslihat yang diadakan oleh pihak penganjur. Berjayakah mereka memenangi...