Part 1

6.3K 68 3
                                    

"What the..." Ecah mula memuncung. Mana tidak muncung, Cikgu Lia kesayanganya telah ditukar dengan seorang cikgu baru. Itupun dia dapat tahu dari rakannya yang bising bercerita tentang cikgu lelaki itu. Muda lagi dengarnya... Ecah membuang pandang ke padang sekolah bersebelahan kelasnya. Sebelah keningnya terangkat melihat lembaga serba hitam berjalan di tengah padang itu menuju ke kelasnya. Seluar slack hitam, baju kemeja hitam, tie dan kasut pun hitam! Eh, Eh! Kulit pun hitam. Hitam manis... Lelaki tadi sudahpun berdiri di hadapan kelas. Pasti dialah cikgu baru yang disebut-sebut itu. "Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya cikgu sejarah baru kelas ni menggantikan cikgu Lia. Nama saya Mohd Roslan bin Mohd Noor." Ujar lelaki itu sambil menulis namanya di papan hitam. Uisy! Nampak macam tegas. "Boleh panggil saya cikgu Roslan." Matanya meneliti satu-persatu wajah anak muridnya sebelum terhenti pada Ecah yang berwajah selamba. Senyum tidak, masam pun tidak. Itu mesti beranganlah tu. "Sebelum saya mula, saya nak kenal kamu semua dulu. Mula dari kanan." Satu demi satu murid tingkatan 4 Maju itu bangkit lalu memperkenalkan diri hinggalah tiba giliran Ecah. "Nama saya Asya Aishah. Semua panggil saya Ecah." Ringkas sahaja pengenalannya. Baru dia mahu duduk semula, Cikgu Roslan terlebih dahulu bersuara. Berkerut juga dahi Ecah dibuatnya. Tadi punya ramai anak murid lain memperkenalkan diri, kenapa dia seorang sahaja yang disoal. "Aishah... Saya suka nama Aishah." Gulp! Fuh... Bergetar juga jiwa mendengar pengakuan ikhlas cikgu kacak. Kacak ke? Bolehlah tahan... "Awak suka sejarah?" Soalnya. Mendengarkan soalan itu, Ecah apa lagi... Dia yang sememangnya hantu Sejarah itu terus membuat wajah bersemangat. "Suka gila!" Jawabnya teruja. "Really?" Soalnya lagi. "Really! Really!" Jawabnya yakin sambil tersengih lebar. Cikgu Roslan tersenyum gembira. Sukalah tu ada anak murid yang sukakan subjek yang bakal dia ajar. Rakan-rakan sekelas Ecah sudah menahan ketawa melihat gelagatnya. ¤¤¤¤¤ "Korang... Dah siap bahan nak present kejap lagi?" Soal Afif kepada rakan sekumpulannya. Ecah mengangguk laju. Tak perlu ditanya pun, kalau pasal subjek sejarah sudah tentu-tentu beres. Gila sejarahlah katakan. "Eh... Cikgu dah datang." Nurul yang duduk di sebelah Ecah memberi amaran supaya Afif kembali ke tempatnya. Dia dan Ecah sememangnya pemantau tidak bergaji. Asal sahaja ada guru yang datang mereka dahululah yang berbunyi seperti siren rosak memberi amaran agar-agar rakan-rakan mereka bersedia. Almaklumlah, meja mereka berdekatan dengan pintu belakang. Cikgu Roslan melangkah masuk. Ecah menghela nafas panjang. Fuh... Sesak juga nafas. Almaklumlah, kumpulannya adalah kumpulan pertama yang akan membentangkan tentang Tamadun Islam. Segalanya berjalan lancar tapi.... Tapi apa? Apa lagi kalau bukan Cikgu Roslan seperti sengaja memainkan Ecah. Selesai sahaja penerangan Ecah, Cikgu Roslan menyuruhnya mengulangi semula hujahnya. Bukan sekali... Bukan dua kali... Tapi, berkali-kali! Ecah mula menarik muka masam. Ini dah tentu-tentu Cikgu yang tak berapa cerah ni sengaja mahu mengenakannya. Hatinya sudah terbakar berdiri di depan ni. Silap haribulan kertas mahjung yang dibentang di hadapan sebagai bahan hujah ini dikunyah-kunyah. Kalau kertas mahjung tu habis, kepala cikgu Roslan pula dia akan kunyah! "Okay, okay.. Nampaknya ada orang merajuk. Dah masam sangat dah tu. Awak semua boleh masuk. Ecah mengecilkan matanya. Grrr....

To Be Continue...


Mr. Vampire [COMPLETE]Where stories live. Discover now