Sekolah itu sibuk dengan deretan kereta keluar masuk mengikut pagar sekolah. Maklumlah, hari graduasi para pelajar SPM. Logiklah satu keluarga mahu menyambut. Ada yang sehingga dua ke tiga buah kereta. Bawa satu kampung agaknya. Sesi bergambar Ecah sudah selesai. Fuh... Rasa seperti artis pun ada. Ecah menghantar ibu bapanya ke pagar sekolah. Lah! Mister Vamp lagi. Mana sahaja Ecah pergi mesti dia ada. Jodohlah tu. Ecah tahan ketawa melihat Mister Vamp yang sudah berpeluh-peluh berdiri di tengah panas seperti tiang lampu menjaga laluan trafik. Sewaktu Ecah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya, Ecah perasan pandangan mata Mister Vamp yang mengekorinya. Sebaik ibu bapa Ecah pergi, Ecah pun mendekati Mister Vamp. Hmm... Dah ada kemajuan nampak. Selalunya Mister Vamp sahaja yang sibuk menegurnya. Ini, Ecah pula yang berani mendapatkannya. "Cikgu..." Tegur Ecah. Mister Vamp tersenyum manis. Pergh! Senyuman itu lagi. Tergugat iman.... "Tadi parents Ecah ke?" Ecah mengangguk. "Malam ni study?" Ecah angguk lagi. Mestilah belajar. Dah nak SPM. Nanti kandas, susah... Tak dapat masuk universiti, tak dapat kerja, tak dapat pinang anak teruna orang! Ceit! Serong punya fikiran. "Malam ni saya ada dekat kubik." Ecah angkat kening. Okay... Dia memang belajar dekat kubik. Sebelum ni pun memang macam tu. Kadang-kadang Mister Vamp join sekaki. Biasalah tu. Cikgu lain pun ada. Tapi, apa perlunya beritahu Ecah yang dia ada malam ni? ●●●●● Ecah semakin sibuk dengan persediaannya untuk menghadapi peperiksaan manakala Mister Vamp pula sudah ditukarkan untuk mengajar murid tingkatan 4. Tak dapatlah mereka bertemu muka kerana kesibukan masing-masing. Dan malam di kubik itulah pertemuan akhir mereka tanpa mereka sendiri jangka. Ecah melanjutkan pelajaran di universiti manakala Mister Vamp sudah berpindah sekolah. "What??? That's all?" Jerit Ira tidak puas hati. Ecah angguk. "Habis tu, kau tak try contact dia?" Soalnya lagi. Ecah mengeluh. "Nombor dia hilang masa phone aku rosak. Well, I did try to find him on the Facebook. Still, tak jumpa. Tak ada jodoh dah." Ira geleng kepala. Maknanya, cerpennya kali ini tidak mempunyai penamatlah. "Habis, macam mana dengan ending dia?" Keluh Ira. Matanya masih di skrin komputer dan tangannya lincah mengetuk papan kekunci. Cerpen tentang kisah cinta pertama Ecah ini agak menarik baginya. Romantik komedi! Nanti selesai, dia akan hantar di penulisan2u. "Kau fikirlah sendiri." Ujar Ecah. Ira merengus. Ira meneruskan kerja menaipnya. Sedikit lagi. Sedikit lagi.... And..... Finish! Ira tersenyum puas. Laman penulisan2u dibuka dan karyanya dihantar. ●●●●● Ira menggoyangkan kepalanya mengikut rentak musik sambil menunggu Ecah selesai membeli nota kuliah mereka. Amboi! Dia goyang kaki, si Ecah pula yang berpenat lelah bersesak dengan banjiran manusia dalam kedai sekangkang kera itu. Itulah untungnya dapat kawan yang baik. Eh? Ecah pula? Kesian Ecah dapat kawan yang hatinya terlebih mulia macam Ira ni. "Opocot!" Melatah Ira bila telefon samsung Corby miliknya menjerit minta dijawab. Hmm... Nombor yang tidak dikenali. Segera dia menekan butang 'answer'. "Hello... Siapa?" Amboi! Kasar betul anak dara ni. Buatnya bakal suami yang telefon, terus tak jadi kahwin. Lari bertempiaran dia dibuatnya. "Hello? Ira, ya?" Hmm... Suara serak-serak... "Hmm... Aku Ira. Kau siapa?" Isyk! Budak Ira ni memang kena hantar pergi kelas budi bahasa. Perangai kasar, tapi boleh lagi tulis cerpen. Dasyat! Macam durian pula Ira ni.. Durian? Iyalah.... Luar keras berduri, dalam lembik nak mati. "Saya rasa saya Mister Vamp dalam cerpen awak. Cikgu Roslan." Ira membulatkan matanya yang sepet. Memang bakal suami yang menelefonnya, tapi bukan bakal suaminya. Bakal suami Ecah! "OH MY PRADA!!!" Jeritnya tidak percaya. ●●●●● Kahwin juga si Ecah ni dengan Mister Vamp. Yang lagi tak boleh blahnya, penamat kisah cinta Ecah dengan Mister Vamp ini sebiji dengan cerpen yang ditulis Ira. Mister Vamp terbaca karya si Ira dan terus merasa seperti pernah mengalami babak-babak dalam cerpen itu. Hatinya kuat mengatakan yang dia boleh bertemu semula dengan Ecah yang menghilang melalui Ira. Terus dirayunya pihak penulisan2u bagi mendapatkan nombor telefon Ira. Tapi yang Ira sakit hatinya, si Mister Vamp ini dapatkan nombor telefonnya dengan cara tidak adil. Ada ke lelaki itu pergi mereka cerita bahawa dia adalah adik kepada Mister Vamp yang memberontak dan melarikan diri dari rumah. Dan si Mister Vamp ini amat berharap dapat memujuk semula adiknya atau si Ira ni yang kononnya telah menukar nombor telefon. Tidak pasal-pasal Ira menjadi remaja bermasalah. Aduhai.... "Ira... Thanks... Sebab kau, aku jumpa semula dengan Mister Vamp aku although terkejut jugalah dia tiba-tiba masuk meminang." Ujar Ecah sambil memegang tangan Ira. Mister Vamp di sisi Ecah sudah tersenyum. "Well, yeah. Credits to me. Dah jodoh korang." "Yup, all credits to you. Kalau tak sebab awak, saya takkan tahu perasaan sebenar Ecah pada saya. Selama ni dia buat bodoh je dengan saya. Ingat tak suka. Kalau bukan awak..... Takkan jumpa dia. Takkan berani masuk meminang dia dan last sekali takkan kahwin." Kini giliran Mister Vamp pula berterima kasih. Ira angkat bahu. "Kalau tanpa aku pun, korang tetap kahwin. Dah jodoh ketentuan Allah. Tapi, Ecah... Satu cara kau boleh balas budi aku." Ecah dan Mister Vamp saling bertukar pandang. "Nak join makan beradap. Ayam golek atas meja tu nampak sedap. And... Tu! Gulai daging tu. Bungkus banyak-banyak sikit. Nak bawa balik USM." Ketawa mereka pecah mendengar permintaan Ira. Akhirnya bersatu juga kisah cinta campur komedi Asya Aishah dan Roslan atau lebih dikenali dengan Mister Vampire.
YOU ARE READING
Mr. Vampire [COMPLETE]
Fantasy"Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil tersenyum lebar. "Waktu pertama kan Sejarah." Ujarnya teruja. Gadis di birai katil tadi menggelen...