9

139 11 2
                                    

Yeonra's

.....

Bunyi kantukan daun pintu menyentakkan aku. Sehun sudah balik. Aku masih berfikir. Perlu ke aku kandungkan anak dia? Atau patut aku gugurkan?

Sehun berjalan ke arah katil. Bajunya kusut. Rambutnya juga serabai.

"Sehun.. Awak ok tak ni?" soalku

Aku menuju ke arahnya. Tubuhku ditarik olehnya. Aku masuk ke dalam pelukannya.

Dia menangis. Apa patut aku buat? Siapa dah lukakan dia?

"Sehun. Kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" soalku cemas

"Hyura ada lelaki lain.. Awak tolong saya. Saya dah tak ada masa depan. Hati saya dah hancur"

Aku terkejut mendengar penjelasan Sehun. Hyura ada lelaki lain? Sampai hati dia buat Sehun macam ni. Bahkan Sehun mencintainya sepenuh hati.

Sehun cakap dia sudah tidak ada masa depan. Betul kata dia. Aku memang bukan masa depan dia.

Dalam masa yang sama, telefon Sehun berdering. Sehun menjawab panggilan itu. Aku pasti panggilan itu daripada Hyura.

Moga moga itu berita gembira. Kerana aku sudah nampak sinar bahagia pada wajah Sehun.

Sehun mematikan panggilannya.

"kenapa?" soalku

"sebenarnya, lelaki tadi tu sepupu Hyura. Nama dia Kai" ucap Sehun

Aku melemparkan senyuman kelat.

"baguslah macam tu."

Aku beredar meninggalkan dia. Aku mengambil tempat di halaman belakang rumah.

Aku menenung pregnancy test itu. Jikalau betul aku mengandungkan anak dia, apa perlu aku buat?

Aku mencapai sweater. Aku berjalan keluar. Nak ambil udara segar. Aku berjalan di hadapan sebuah kedai lalu berhenti.

Butik pakaian bayi. Aku masuk ke dalam. Bibirku mengukir senyuman apabila melihat sepasang kasut kecil yang sangat comel. Aku membelinya.

Aku mula berjalan ke sekitar bandaraya Seoul. Aku mengambil tempat di salah sebuah bangku. Kasut kecil tadi aku capai.

Satu persatu air mataku mengalir. Sedihnya. Kalau mama dan papa tahu, mesti dia orang paling gembira. Cucu pertama dia. Tapi, aku. Aku buntu. Samada perlu atau tidak aku simpan kandungan ini.

Selepas beberapa jam, aku menenangkan fikiran. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Aku nampak ada sepasang lagi kasut ada di hadapan pintu. Sudah semestinya kasut seorang perempuan. Pasti Hyura. Aku membatalkan niat aku untuk masuk ke dalam.

Nampaknya aku tak patut tidur di sini pada malam ini. Aku mengambil keputusan untuk menginap di rumah Chaeyoung.

Chaeyoung gembira menyambut kehadiran aku.

"mana parents kau? kenapa kau tak tidur rumah parents kau?" soal Chaeyoung

Oh ya, aku lupa dia masih tidak tahu tentang perkahwinan aku dengan Sehun. Sebenarnya aku dah lama tak menginap dekat rumah mak ayah aku, Chaeyoung. Maaf aku terpaksa tipu kau

"mak ayah aku outstation, aku takut tinggal seorang" balasku

"aik? Kasut anak siapa kau rembat ni?" sekali lagi Chaeyoung menyoal sebaik sahaja menjumpai plastik berisi kasut kecil yang aku beli tadi.

"eh! Itu aku beli untuk anak abang saudara aku. Dengar cerita wife dia pregnant. Jadi aku nak beli la sebagai hadiah"

"ouhh.. I see. Eh! Kau buat la rumah ni macam rumah kau.. Lagipun parents aku takde. Mereka balik kampung jenguk sawah dekat sana"

"ok thanks Chaeng!"

Aku melelapkan diri aku.

.....

"mama! Tolong Seyeon! Papa selalu pukul Seyeon! Dia dah tak sayangkan Seyeon"

"papa sayang Seyeon. Jangan buat appa marah sayang. Maaf mama tak dapat bantu sayang."

"mama. Bawalah Seyeon ikut mama sekali! Seyeon dah tak tahan tinggal dengan papa"

"Seyeon sayang!"

"Seyeon jaga diri baik baik. Sampai masa mama bawak Seyeon tinggal dengan mama ya sayang!"

.....

Aku tersedar daripada tidur ku

Air mataku, aku lap.

Seyeon?

Siapa Seyeon?

"Yeonra.. Kau ok tak ni? Kenapa tidur pun boleh menangis ni? Kalau ada masalah share dengan aku tau!" ucap Chaeyoung cemas yang baru keluar dari biliknya.

Aku mengucup kasut kecil itu.

"hey! Kenapa ni?"

Mungkin ini masa yang tepat untuk aku berkongsi masalah ini dengan Chaeyoung.

"Chaeyoung.. Aku minta maaf kalau selama ni aku dah tipu kau. Lepas aku cerita tentang ni. Kalau kau anggap aku kawan tak berguna, silakan. Aku tak halang."

"apa dia Yeonra? Aku akan setia berkawan dengan kau. Jangan risau. Sekarang ni cerita dekat aku"

"aku dah kahwin dengan Sehun 3 bulan lepas"

"what?! Kau serius la!"

"ya betul. Aku pregnant anak dia sekarang."

"Yeonra! Habistu mana Sehun sekarang?"

"aku tak nak. Aku nak jauh daripada dia. Biarlah. Dia kan dah nak bertunang dengan Hyura. Lagipun dia akan lepaskan aku habis sekolah nanti"

"jap! Macam mana kau boleh kahwin dengan dia?" soalnya

Aku mula menceritakan kisah sedih aku kepada Chaeyoung. Bukan sahaja aku menangis mendengar cerita ini. Chaeyoung juga turut mengalirkan air matanya.

"maaf, aku tak tahu seksa begini hidup kau selama ni. Maaf aku takde dengan kau" ucap Chaeyoung

"it's okay. Aku okay"

"kau tolong aku boleh tak?" soalku

"tolong apa apa pun aku sanggup" jawabnya

"nanti teman aku turun naik mahkamah. Nanti kita sambung belajar sama sama boleh kan?" pinta aku

"boleh sangat sayang oi! Aku sayang kau Yeonra. Sentiasa ada dengan aku tau!" pesannya

"ok. Janji!"

"hey.. Auntie dekat sini!" teriak Chaeyoung pada perutku yang masih kempis.

"HAHAHAHA!"

aku hanya tergelak.

Perasaan aku sudah lepas. Aku berasa sangat lega dapat lepaskan semua pada Chaeyoung. Terima kasih sudi ada dengan aku.

.....

PAINFUL REGRET + [OSH] Where stories live. Discover now