Hari seperti biasa, aku duduk berhadapan dengan meja kerjaku. Aku hanya merenung skrin komputer yang memaparkan kerja ku yang aku tahu takkan habis sampai ke sudah. Aku pandang sekeliling. Semua rakan kerjaku sudah pulang. Jam di pejabat sudah menunjukkan 9 malam. Aku ambil keputusan untuk sambung kerja ini di rumah. Ingatkan boleh cepat siap kalau aku tinggal di pejabat ni. Aku bergegas mengemas beg dan terus menuju lif untuk pergi ke parkir kereta.
"Sial! Dah pukul 9! Dahlah malam ni malam Jumaat! Boss pun satu! Bagi kerja berlambak! Si Khair pondan tu taknak pulak bagi kerja banyak-banyak kat dia. Bajet muka lawa. Aku seret dekat jalan tar baru tau! ", Aku membebel seorang diri sambil menuju ke lif. Apabila sampai di lif, aku terkejut. Terpampang sebesar-besarnya tanda 'OUT OF SERVICE' di hadapan lif. Aku merengus kasar.
"BANGANG APA?! Time aku tengah rushing nilah lif nak rosak! ", Aku mendengus kasar. Tetapi, aku musykil. Bagaimana lif ini boleh rosak sedangkan baru sahaja dibaiki pagi tadi. Aku naik sesak. Hendak menggunakan tangga tapi ada pulak cerita mengerikan yang berlaku setiap kali malam Jumaat. Hendak bermalam? Memang jauh lagilah. Sedangkan pengawal keselamatan naik seriau dan ada yang berhenti kerja akibat gangguan yang berlaku di bangunan tempat kerja ku ini.
Aku ambil keputusan untuk gunakan tangga kecemasan. Mujurlah pejabatku berada di tingkat 10. Ya, itu tingkat pejabat yang paling rendah. PALING RENDAH! Entah apalah yang dibuat oleh pemilik syarikat ini sehingga tingkat 10 masih tak ada pejabat. Tempat letak isteri dengan perempuan simpanan agaknya. Lif juga diasingkan. Lif untuk pekerja bermula dari tingkat 10 hingga tingkat 20 sahaja. Aku rasa ada lagi tingkat atas tingkat 20. Tetapi, entahlah. Aku tak terfikir nak meneroka bangunan yang aku kerja ini. Takut terjumpa perkara-perkara aneh yang sering menjadi buah mulut rakan sekerja aku.
Aku terus menuju ke tangga kecemasan. Angin sejuk menderu perlahan menyebabkan bulu roma aku meremang. Aku meneruskan langkah. Dituruni tangga satu persatu dengan berhati-hati. Sampai di tingkat sembilan, aku berhenti sejenak. Pintu kecemasan di tingkat itu terbuka sedikit. Aku buat endah. Semasa aku terdengar bunyi troli ditolak serta suara orang-orang yang sedang bercakap. Sangat bising. Aku mengintai. Suasana di tingkat sembilan itu serta merta menjadi senyap. Tiada troli atau orang yang sedang bercakap.
Aku meneruskan langkah. Tidak betah duduk diam di situ kerana pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.
"Heeeehhh............. Heeehhhhhh", aku terdengar bunyi sesuatu sedang menarik nafas tetapi tersekat-sekat dengan kuat. Aku endahkan dan melangkah dengan pantas.
"Satu langkah, dua langkah. Adam turun laju-laju. Carik-carik kulit manusia, lama-lama dimakan jua.", Aku tersentak. 'Macam mana setan ni tahu nama aku? ', aku menpercepatkan lagi langkah. Lagu pendek tadi sudah melekat di kepalaku. Berulang bagaikan radio rosak.
"Adammmm.... Janganlah jalan laju sangat. Nanti jatuhhh.....", Aku semakin meremang. Nafas ku semakin sesak akibat menuruni tangga dengan pantas. Aku tengok di dinding untuk mengetahui aku berada di tingkat berapa. Yang anehnya, nombor di dinding tidak berubah. Masih di tingkat sembilan. Aku terduduk. Aku semakin penat. Nampaknya aku sudah masuk perangkap.
"Hahahaha... Adam kena tipu! Adam kena tipu!", Aku tutup telinga. Suara setan ini bergema di dalam telingaku dan sangat melemaskan. Aku cuba membaca ayat Kursi tetapi mulutku bagai terkunci. Lidahku menjadi kelu dan suara ku juga bagaikan tersekat.
"Hehehe. Adam? Kau nak baca ayat Kursi? Al-Quran pun tidak pernah disentuh. Zikir pun tak pernah disebut. Bila kau susah, baru kau mahu cari Tuhan? ", suara itu tergelak lagi. Aku tersentak. Suara itu bergema di dalam otak ku. Hantu ini hendak bagi ceramahkah padaku? Aku musykil sendiri.
"HAHAHA! Aku adalah jelmaan yang diciptakan oleh pemilikku untuk memusnahkan sesiapa yang mencerobohi tempat ini! ", Suara itu berkata lagi.
" Aku hanya mahu turun ke tingkat bawah! Lif rosak! Kau fikir aku nak sangat ke turun ikut tangga kecemasan ni?", Pintas aku semula. Kedengaran suara itu merengus marah.
" Kau takkan terlepas Adam! Kau sudah mengintai di tingkat ini! Kesalahanmu ini sungguh besar Adam!".
"Tetapi, aku tidak melihat apa-apa langsung!".
" Kau tak melihat, Adam. Tetapi, kau mendengar...... ". Selepas itu, suara itupun pergi. Meninggalkan aku terkebil-kebil seorang diri. Aku hanya mendengar. Itu sahaja. Bukannya aku boleh mengenal pasti sesuatu yang berlaku hanya berdasarkan bunyi. Kecualilah aku mempunyai sixth sense untuk melihat sesuatu yang ghaib. Masalahnya, aku tiada dan tidak mahu langsung mempunyai deria keenam itu.
Aku tekadkan hati. Aku menuruni tangga. Setelah sampai ke suatu tingkat, aku melihat angka di dinding. Tingkat lapan. Aku berasa sedikit lega. Aku pantas menuruni tangga sambil melihat angka di dinding. Angka semakin menurun. Sampai di tingkat dua, aku berhenti. Jantungku bagaikan terhenti.
Terdapat puluhan mayat wanita yang bogel sepenuhnya bergelimpangan di lantai. Aku menekup hidung. Bau hanyir darah pekat menusuk hidung. Keadaan mayat tersebut membuatkan aku semakin loya. Tangan dan kakiku juga terketar-ketar. Payudara mayat wanita itu dikerat meninggalkan lubang di dada dan kemaluan mereka terkoyak lebar. Aku sudah hilang punca. Bau yang menusuk hidung menyukarkan aku untuk berfikir. Ke mana harus aku bergerak? Aku risau jika mayat-mayat ini bangkit ketika aku sedang melangkah badan mereka. Hendak ke tingkat atas, aku takut suara jelmaan itu datang menggangu aku lagi.
"Hei"
"Di tangga ada lelaki"
"Siapa gerangannya?"
" Adam. Indahkan namanya?"
" Badanya? Sasa?"
" Sangat sasa. Dia bersenam selalu"
" Dia masih perawan?"
" Ya. Tapi dia melucah"
" HAHAHAHHAHAHAH"Aku menutup mata dan telinga ku. Aku tahu mayat-mayat wanita sedang bercakap tentangku. Bagaimana mereka tahu yang aku sering melihat video lucah di rumah sedangkan aku tak pernah memberitahunya kepada sesiapa. Suara itu berhenti bercakap. Aku membuka mata perlahan-lahan. Gulp. Aku meneguk liur.
Semua mayat wanita itu memandang ke arah ku. Tindakan refleks aku kini lambat. Kaki ku bagai dipaku. Tidak boleh bergerak. Aku hanya mampu melihat mayat-mayat wanita itu merangkak menuju ke arahku.
"Sial. Sampai sini sajakah hidup aku?", Mata air aku menitis. Kesekian kalinya aku takut. Aku memejamkan mata. Berdoa kepada Tuhan untuk menyelamatkan aku walaupun aku tahu Tuhan tidak akan menolongku. Tiba-tiba,suasana menjadi senyap. Bau yang menusuk hidung juga telah lenyap. Aku membuka mata.
Tiada langsung mayat-mayat wanita tersebut di mana-mana. Minda ku mula berfungsi. Aku pantas turun ke bawah.
Dalam tidak sedar, kakiku terjangkau satu anak tangga. Membuatkan ku hilang imbangan dan terjatuh.
"Shit. Aku mati jugak hari ni?"
Badanku tergolek, terhentak sana sini. Kepalaku mulai berdenyut. Darah mula membanjiri lantai. Aku merasakan nyawa ku sudah di hujung tanduk. Mata ku sudah semakin layu.
"Kematianmu dan orang lain bukannya salah kami. Tapi salah kerakusan diri mu sendiri.".
Aku yang mendengar,mengeluh. Mata aku akhirnya tertutup. Aku mati. Mati yang sia-sia.
YOU ARE READING
Cerita Pendek
Short Story*AMARAN* BAHASA YANG DIGUNAKAN DALAM INI ADALAH KASAR DAN MENGANDUNGI KANDUNGAN GANAS DAN 18 KE ATAS. READ AT YOUR OWN RISK. CERITA PENDEK ADALAH IMAGINASI PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH MATI.