※ Berubah - 2 ※

60 6 0
                                    

bunyi hujan
turun dengan lebat
air yang bertakung
melimpah lalu keluar
dari bekas itu

aku
duduk di tangga luar rumah
melihat hujan yang turun
bersama kucing kesayanganku
yang berada di
sisiku

tiba-tiba
aku terfikir
sesuatu perkara
yang membuatkan
aku menangis.

aku teringan tentang
diri aku yang dulu
dulu, aku amat dekat dengan allah
hampir setiap masa
aku rasa tenang sangat

aku langsung tidak
membuat maksiat
jika aku buat maksiat,
aku akan solat taubat
sehingga mengalir air mataku.

dan
setiap kali aku
tidak tahu buat apa
aku berzikir, selawat
dan baca alquran

tidak tinggal juga
solat sunat
seperti solat dhuha
solat hajat
dan solat tahajud.

apa yang
paling penting sekali
aku langsung tidak tinggal solat
jika aku tertinggal solat
aku rasa amat berdosa
lalu ganti solat tersebut
dengan solat qodha.

kini..

aku berubah
aku tidak seperti dulu
aku semakin jauh dari-NYA
ini semuanya
kerana kawanku

namun
aku tidak boleh
menyalahkan kawan aku saja
tapi aku
perlu salahkan diriku
kerana gagal menasihati kawanku.

dulu, solat aku kusyuk
kini, solat aku hancur
dulu, aku selalu baca alquran
kini, alquran pun susah mahu sentuh
dulu, aku selalu rasa tenang
kini, aku selalu rasa gelisah, takut.

dulu, aku amat takut dengan maksiat
kini, aku anggapkan maksiat itu keseronokan
dulu, aku amat jarang cakap dengan lelaki
kini, aku anggapkan lelaki ialah kawan perempuan aku
dulu, aku amat berdosa ketika tertinggal solat
kini, aku rasa tertinggal solat itu perkara yang biasa.

sedih?
mustahil aku tak sedih

diri aku yang suci itu
menjadi kotor kerana
terikut godaan syaitan.

aku mengelap
air mataku yang
mengalir di pipiku
agar tiada sesiapa
perasan kecuali
DIA.

ketika aku menangis
aku berdoa
ya allah
ampunilah segala dosaku
dosa keluargaku dan kawanku
dan kau berilah aku kekuatan
untuk berubah

seperti diriku yang dulu

atau..

lebih baik dari itu.

aamin

Kata Kata Where stories live. Discover now