2

119 5 0
                                    

Ringgo mengambil tempat dimeja makan yang terhidang pelbagai makanan dipagi itu. Huluran pinggan dari mummynya disambut dengan senyuman dibibir.

"Meriahnya meja pagi ni. Siapa tetamu mummy hari ini?" tanya Ringgo sambil merapikan rambutnya yang jatuh ke dahi.

"Bukan tetamu mummy je, tetamu kita semua." jawab Puan Sri Sabrina.

Tangannya diturunkan ke bawah. Mata Ringgo statik memandang wajah mummy nya.

"Tetamu kita? maksud mummy?" Puan Sri Sabrina meletakkan pinggan yang berisi bihun goreng singapura kegemaran anak tunggalnya itu di depan tuannya.

"Bakal isteri kamu dan family dia akan datang. So, kamu balik awal hari ini." Tan Sri Shahril Hazuri.

Ringgo mengeluh perlahan. 'Biar je lah mereka datang, apahal pulak aku kena balik awal!' getus hati Ringgo.

"Ringgo ada hal. Maaf daddy, mungkin lain kali." balas Ringgo dengan wajah selamba.

Tan Sri Shahril Hazuri menghembus nafas dengan kasar.

Anak bertuahnya itu jarang tak menjawab. Ada saja jawapan yang keluar dari mulut Ringgo.

"No excuses Ringgo. Daddy nak kamu ada di rumah. Mereka akan sampai sekejap lagi. Nanti apa pula kata mereka?" ujar Tan Sri Shahril Hazuri.

"Tengoklah macam mana." Ringgo menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Panas hatinya bila rancangan untuk bertemu Sarah terpaksa dibatalkan gara-gara orang kampung itu.

Tan Sri Shahril Hazuri turut menjamah makanannya. Dia hanya mengangguk bila mendengar jawapan Ringgo.







AKHIRnya Tiara dan Abah serta ibunya sampai ke rumah agam Tan Sri Shahril Hazuri.

Kedatangan mereka disambut oleh Puan Sri Sabrina dan beberapa orang pembantu rumah mereka.

"Alhamdulillah, sampai juga kamu ke rumah kami." sapa Puan Sri Sabrina.

"Alhamdulillah. Terima kasih sudi menjemput kami ke rumah kamu, Ina. Rasanya elok saja kami sewa rumah tumpangan atau hotel." kata encik Salim.

Puan Sri Sabrima dan puan Salina bersalaman dan berpelukan. Tiara juga bersalaman dengan bakal ibu mentuanya.

"Kenapa pula nak tinggal kat rumah tumpangan, rumah kami kan ada. Lagipun, beberapa hari je lagi kita nak jadi besan." balas Puan Sri Sabrina.

"Seganlah Ina. Nanti apa pula orang kata. Belum apa-apa lagi dah tinggal satu rumah." mulut puan Salina menunjuk kepada anak keduanya Tiara Amelia.

Puan Sri Sabrina memandang wajah bakal menantunya sambil tersenyum. "Alah kak Sal ni, dia orang bukan tinggal di bilik yang sama. Pedulikan apa orang kata. Kita bukan buat benda yang tak baik pun." ujar Puan Sri Sabrina.

Puan Salina dan encik Salim tersenyum sambil memandang antara satu sama lain. Tiara pula hanya membatukan diri.

"Oh ya, Zuri kerja ke?" tanya encik Salim.

"Ya, abang Lim. Dia cakap tengah hari nanti dia pulang. Ada kerja sikit yang perlu diselesaikan. Masuklah dulu. Kita borak kat dalam. Banyak Ina nak tanya kat Tiara ni. Jom masuk." ujar Puan Sri Sabrina.

"Baiklah." kata encik Salim. Mereka semua masuk ke dalam rumah agam itu.

"Bibik, angkat beg dia orang bawa ke bilik tetemu." arah Puan Sri Sabrina. Pembantu rumahnya hanya menurut.








Tan Sri Shahrul Hazuri dan Ringgo pulang serentak tengah hari itu. Ringgo keluar kereta dengn malas.

"Abang Lim. Apa khabar? Saya dah tak sabar nak jumpa dengan kamu semua." Tan Sri Shahrul Hazuri berjabat tangan dengan encik Salim.

Menantu Kesayangan DaddyWhere stories live. Discover now