1

175 4 0
                                    

"No daddy!" bergetar suara Ringgo membantah keputusan daddynya.
"Ringgo dah besar, biarlah Ringgo buat keputusan sendiri. Lagipun Ringgo tidak cintakan perempuan itu," tambah Ringgo lagi.
"Salah ke keputusan daddy? daddy nak yang terbaik untuk kamu" Tan Sri Shahril hazuri mengeluh kecil.
"Tapi Ringgo dah ada pilihan sendiri. Ringgo sangat cintakan dia. Biarlah Ringgo tentukan kebahagiaan Ringgo sendiri daddy," nafas dihela agar hati mampu bertenang. Dia tidak mahu meninggi suara dan digelar anak derhaka.
"Ringgo, listen to me. Kamu takkan menyesal kahwin dengan dia. Tiara seorang gadis yang baik, menyantuni orang tua, berbudi bahasa," mendatar suara tan sri Shahril Hazuri.
"Tapi Ringgo tak cintakan dia daddy," terang Ringgo supaya daddynya mengerti.
"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin," masih dikawal suaranya agar dapat berbincang dengan baik.
"Please daddy, Ringgo sangat sayangkan Sarah," rayu Ringgo.
"Kamu nak jadikan perempuan yang tak cukup kain tu, isteri kamu?" soalan tan sri Shahril Hazuri mengetarkan pembuluh darah anak tunggalnya itu.
Sabar Ringgo kian menipis. Wajah daddynya direnung tajam.
"Tertutup satu badan pun belum tentu baik daddy. Baik seseorang tidak diukur pada pakaiannya, tapi pada hatinya, pada akhlaknya." suaranya mula naik satu oktaf. Geram setelah dia cuba nego tapi gagal.
"Perempuan tu ada akhlak ke?" soalan tan sri Shahril Hazuri membunuh kesabaran yang masih bersisa pada Ringgo.
"Lantak daddylah!"
tanpa membuang masa Ringgo terus keluar dari rumah banglo tiga tingkat itu. Tidak betah lagi dia berlama-lama di situ. Makin sakit hati adalah.
Tan sri Shahril Hazuri mengurut dadanya yang tiba-tiba terasa sakit.
"Abang, sakit dada lagi ya? Abang duduk sini, nanti Ina bawakan ubat," Puan Sri Sabrina muncul dari arah belakang dan memimpin suaminya ke sofa.
Dia ke dapur untuk mengambil air kosong dan ubat suaminya.
"Nah, makan ubat ni dulu," dua biji ubat diletakkan di dalam mulut tan sri Shahril Hazuri.
Tan sri Shahril Hazuri menarik nafas lega bila ubat yang ditelan dapat mengurangkan sakitnya.
"Abang bertekak dengan anak bujang kita tu lagi ke?" tebak puan sri Sabrina.
"Anak manja awak tu memang melampau. Sekarang dah pandai kurang ajar dengan saya. Berani dia tinggikan suara pada saya?" balas lelaki itu.
"Abang terlalu memaksa dia kot. Biarlah dia tentu kan jodoh dia sendiri, bang." perlahan tutur puan Sabrina.
Tersentak dengan kata-kata isterinya, Tan Sri Shahril Hazuri bangun dari duduk.
"Awak nak biarkan dia cari jodoh sendiri? dengan perempuan tak cukup kain tu? tutup atas sikit, tutup bawah sikit, yang lain terdedah. Macam tu ke nak buat bini? Abang tak kira, abang nak Tiara yang jadi menantu dalam rumah kita!" keras bunyi suara Tan Sri Shahril Hazuri.
Puan sri hanya mendiamkan diri, tidak berani untuk bersuara bila si suami mula meninggikan suara.




*****
Ringgo meneguk air coke didepannya. Bunyi bising dalam kelab itu sedikit pun tidak dihiraukan. Itulah tempat yang selalu dia lepak bila dia bertegang urat dengan daddynya. Menyedari lengannya dipaut oleh seseorang, Ringgo menarik tangannya dengan kasar. Sedikit pun dia tidak terkesan dengan godaan wanita yang berada disisinya itu. Penampilan wanita itu mampu mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya, seksi.

Bahu Ringgo disentuh dengan lembut, masih mencuba. "Jomlah i layan you yang tengah serabut ni. Mesti mood you on balik. Jom kita ke hotel?" wanita itu kulum senyuman menggoda.

Ringgo julingkan mata ke atas. Tangan wanita itu ditolak dari terus berada di atas bahunya. "I takkan bazirkan benih i untuk 'slut' macam you ni, faham?" tajam mata Ringgo menikan anak mata wanita itu. Makan dalam ayatnya itu, pedih menusuk terus ke ulu hati.

"Ish, you ni" marah wanita itu sambil berlalu dari situ. Tidak guna menunggu orang yang tak sudi, buang masa sahaja.

Ringgo carik senyum nipis melihat wanita itu pergi. Dia datang ke kelab itu bykan untuk melanggan pelacur, tali untuk tenngkan diri yang sedang dilanda taufan.

"Ni tak lain tak bukan, gaduh dengan bakal bapa mentua i eh?" tebak perempuan yang datang dari arah belakang dan mendekatinya.

Tubuh wanita itu dipandang atas dan bawah, kemudian dia mengeluh. "Patutlah daddy i tak suka sangat dekat you. Tak boleh ke you pakai baju yang senonoh sikit? yang tak menjolok mata?" soal Ringgo yang kembali melemparkan pandangannya ke arah lain.

"Kalau dah memang daddy you tak suka i, pakailah jubah sekali pun, dia tetap takkan suka kat i. Dia hanya nak yang dia berkenan aje." Sarah mencebik. Jari runcingnya menari-nari di dada bidang lelaki itu.

Tangan Ringgo masih memegang gelas kaca ditangannya. Gelas itu direnung tajam. "Sekurang-kurangnya cublah ambil hatinya." suara terdengar seperti orang kecewa.

Tidak peduli dengan omelan si kekasih, Sarah memeluk tubuh Ringgo dari belakang. "Try lah minum air ni pula. Asyik minum air coke je, tak jantanlah." tangab Sarah merampas gelas yang berisi air coco cola ditangan Ringgo dan dua menggantikan air tersebut dengan minuman keras yang sudah dipesan olehnya.

Dia berharap sangat Ringgo tidak menolak permintaannya kali ini. Sudah banyak kali dia cuba menjebak lelaki itu dengan minuman keras, namun Ringgo tetap menolak. Nak mampus? Lagi-lagi kalau daddynya dapat tahu. Habislah masa depannya. Rancangan Sarah hanya satu, ingin perangkap Ringgi.

Sekurang-kurangnya Ringgo ronggalkan nenih di dalam rahimnya. Barulah dapat kahwin dengan kekasihnya, anak Tan Sri. Dah lah anak tunggal. Pastilah hartanya tidak perlu dikongsi dengan sesiapa.

"Kalau nak buat sesuatu benda tu, pakailah otak sikit. You tak nampak ke orang daddy i yang tengah menari tu?" tanpa memandang ke arah mereka, Ringgo tahu, ke mana saja dia pergi, pasti langkahnya diekori oleh pengawal peribadi daddynya.

Mata Sarah melilau tercari-cari orang yang dimaksudkan Ringgo itu tapi sia-sia sahaja kerana dia tidak mengenali mereka

"Lagipun i masih waras. Masih ada pegangan. You nak ke i jadi pengemis? Daddy i tak ter agak agak untuk buang i, if i buat sesuatu yang akan menjatuhkan imej dia  You sanggup hidup susah dengan i!" matanya masih menunggu pandangan ikhlas dari sang kekasih yang hanya berdiam diri ketika itu. Air di depannya diteguk dengan rakus oleh Sarah. Perit kerongkongnya menelan air kencing syaitan itu.

Ringgo menarik tangam Sarah ke tempat kumpulan orang yang tengah rancak menari. Kaki dan tangan dihayun mengikut rentak lagu.




RINGGO membuka pinty utama rumah agam milik daddynya. Baru sahaja dia melangkah masuj, dia melihat wajah bengang mummynya yang sedang menunggu dirinya pulang sejak tadi lagi.

"Pukul tiga pagi baru namoak muka? seronok cucuk langit, Muhammad Shahrul Hafiz!" soal Puan Sri Sabrina.

Ringgo garu kepalanya yang tidak gatal. "Tak sedar mummy, tahu-tahu je dah pagi. Tu yang Ringgo segera balik ni." jawab Ringgo.

"Menjawab pandai. Ni kalau daddy tahu, masak kamu kena ceramah dari subuh sampai isyak." bebal mummynya.

"Dah tu, mummy janganlah bagitahu daddy." Ringgo memeluk tubuh mummynya berharap agar amarah Puan Sri Sabrina hilang.

"Hish, kamu ni. Busuklah!" Puan Sri Sabrina meleraikan pelukan anaknya. Itu saja kelemahannya. Bila dipeluk oleh anak tunggalnya itu, marahnya terus hilang.

Ringgo tersenyum sambil mendaki anak tangga menuju ke biliknya.









"TIA dah siap mengemas ke? esok kita dah nak bertolak ke Kuala Lumpur. Lagi seminggu je majlis kamu tu akan berlangsung." soal encik Salim kepada anak perempuannya itu.

"Kahwin tahun depan tak boleh ke bah? Tia ada banyak tempahan nak kena siapkan. Lagipun minggu depankan cuti sekolah, ramailah yang kahwin. Rugi tau, kalau Tia tolak tempahan mereka bah." balas Tiara.

"Kamu pun kahwin minggu depan juga. Alah, kamu jual kek tu pun berapa je untung. Lagi untuk kahwin dengan anak Tan Sri. Silap-silap boleh buka kedai kek lagi kat sana." pujuk encik Salim.

"Eleh, kenal pun tak dengan bakal laki. Tahu-tahu kena kahwin. Perangai macam singa ke buaya ke kita tak tahu. Entah-entah dia tak peduli pun kat anak abah ni." kata Tiara.

"Kamu jangan risau, si budak Ringgo tu baik orangnya."

"Apa bah? Ringgo? takde nama melayu ke?" soal Tiara.

"Ada. Muhammad Shahrul Hafiz. Tu panggilan dia sejak dari kecil lagi." kata encik Salim lagi.

"Panggil Hafiz lebih sedap di dengar dari Ringgo tu."

Encik Salim mengukir senyum. "Ikut suka dialah, dah nama dia kan?"

Tiara yang masih sibuk membuat kek cheese leleh dan kek kahwin, hanya mencebik. Memang dia tidak dapat dipisahkan dengan kek. Sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk membuia kedai kek. Jual ke dari rumah pun lumayan juga pendapatannya.

Walau pun dia ada segulung ijazah, dia tidak mahu jadi penganggur terhormat sahaja dirumah, cari duit poket sendiri lebih baik. Manalah tahu, suatu hati nanti dia mampu untuk membuka kedai sendiri.

Menantu Kesayangan DaddyWhere stories live. Discover now