PROLOG 🌊

49 11 2
                                    

"Jason.. Beta serahkan anak ini kepada kamu.." Dengan nada dingin King Hallord bersuara.

Wajah bayi yang tidak bersalah direnung. Sungguh comel.

"Tapi kenapa.. tuanku?" Seribu satu persoalan muncul di benak fikiran Jason. 'Kenapa dia mahu serahkan anak sulungnya yang bakal mengambil alih kerajaan suatu hari nanti kepada manusia biasa macam aku ni?'

"Kerana.." King Hallord membuka kain putih yang membaluti tubuh bayi itu.

Jason terkejut.

"Beta benci anak ini! Dia tak layak lahir ke dunia ni!"

Bayi yang lahir dari sebuah keluarga diraja, berketurunan High Mermaid, King Hallord dan Queen Herlyn sendiri. Mengapa? Apa salah dia? Mengapa dia dilahirkan berbeza daripada duyung yang lain? Mengapa dia mempunyai sepasang kaki dan bukan ekor duyung diraja yang gah seperti kedua ibu bapanya itu?

Ya.. semuanya angkara keangkuhan King Hallord sendiri! Anak yang tidak bersalah menanggung akibat. Dia disumpah!

"Beta harap, kamu dapat jaga dia dengan baik. Anggaplah anak ini seperti anak kamu sendiri. Jagakan dia untuk beta! Jaga macam kamu jaga nyawa kamu sendiri!" Sampuk Queen Herlyn dengan tangisan. Sungguh berat untuk dia melepaskan anak sulungnya itu. Tapi, apakan daya.. Bukan dia yang berkuasa untuk membuat keputusan.

King Hallord menghulurkan bayi itu ke arah Jason.

"Walau apa pun yang terjadi, jangan biar sesiapa pun tahu asal usul bayi ini!" Sekali lagi, dengan nada yang tegas, King Hallord memberi amaran.

"Baiklah.. tuanku" Jason menyambut bayi tersebut dengan penuh lemah lembut.

"Ingat pesanan beta! Dinda, marilah pulang. Jangan difikirkan lagi tentang bayi itu. Nama baik kerajaan kita sudahpun terjaga"

Queen Herlyn memandang King Hallord yang sudah ingin berlalu pergi dengan jelingan yang meluat. Dia menghampiri Jason.

"Jason.. Pakaikan kalung ini kepadanya. Walau apa pun yang terjadi, jangan biarkan kalung ini terlepas dari lehernya" Lantas kalung cangkerang itu dihulurkan kepada Jason.

"Baiklah, tuanku. Tapi, ada apa dengan kalung ini?" Jason tertanya mengapa Queen Herlyn berpesan sedemikian.

"Kalung ini, dapat menjaga dia dari segala bahaya. Kalung ini mempunyai kuasanya yang tersendiri. Ingat, jangan biarkan kalung ini terlepas dari lehernya" Pesan Queen Herlyn dengan nada yang sayu.

"Kalau begitu, baiklah. Akan patik jaga bayi ini dengan nyawa patik sendiri" Jason berkata seraya menunduk sedikit sebagai tanda hormat.

Queen Herlyn mencium dahi anaknya itu buat kali terakhir.

"Dinda, mari pergi sekarang!" King Hallord melaung ke arah Queen Herlyn yang masih berat hati untuk meninggalkan anak sulungnya itu.

Queen Herlyn berenang perlahan ke arah King Hallord. Buat kali terakhir, dia memandang anaknya dari jauh dengan tangisan.

Mereka berdua berenang melawan ombak. Kemudian, mereka lenyap dari pandangan.

Jason hanya mampu melihat dari kejauhan. Sambil fikirannya dipenuhi seribu satu persoalan. Hatinya cuma mampu menerima hakikat bahawa dia harus menjaga bayi tersebut seperti yang telah dijanjikan.

"Hari dah nak gelap ni. Jomlah kita balik. Aries Edward, anak ayah.." Kata Jason sayu sambil menatap wajah bayi yang comel itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aries : The Bright Mermaid Of AtlantisWhere stories live. Discover now