L

27 3 0
                                    

10 tahun lalu,

Dengan baju yang comot dan sedikit terkoyak, aku duduk mencangkung di hadapan rumah sendiri untuk menunggu Baba. Baru tengah hari tadi, aku lari dari Taska kerana bila aku duduk lama di situ, suara kanak-kanak di situ menghantui aku.

Tetapi mereka tidak bercakap.

'Eee, buruknya muka dia!'

'Busuknya budak baru tu!'

'Kesian, mesti mak bapak dia miskin!'

Allahuakbar! Allahuakbar!

Bunyi azan yang bergema tidak jauh dari rumah menyedarkan aku, hari sudah maghrib. Selalunya, Baba mesti dah balik! Kalau Baba tak balik, macam mana Leona nak masuk rumah? Kunci semua kat Baba.

Dan akhirnya, aku menangis.

"Baba bila nak balik?" semakin kuat tangisan aku. Mata-mata orang yang tinggal di sini semua memerhatikan aku. Aku pejam rapat mata aku supaya tidak memandang anak mata mereka. Kerana bila mata aku bertemu dengan sepasang mata yang lain, aku akan mendengar isi hati mereka. "Leona lapar..." dan akhirnya, muka aku sembamkan pada lutut sendiri.

Mana Baba?

Aku tahu, Baba bekerja kuat untuk menyara aku. Semenjak ibu tiada, Baba semakin murung. Begitu juga aku, sebagai anak tunggal. Bila terfikirkan ibu, makin deras air mata yang mengalir. Bibir aku gigit dari mengeluarkan sebarang bunyi. Terhinjut-hinjut bahu menahan tangisan.

"Ibu...Leona rindu ibu..."

"Hey..."

Tangisan aku terhenti bila satu suara memanggil. Air mata aku kesat kasar menggunakan belakang tapak tangan dan wajah aku dongakkan untuk melihat pemilik suara.

Saat itu, anak mata aku terkunci dengan sepasang amber yang lain.

"Kenapa menangis?" senyuman yang muncul dari lelaki yang aku anggarkan belasan tahun itu membuatkan jantung aku berhenti berdegup. Tapi, ini kali pertama aku tidak mendengar isi hati manusia bila aku lihat anak matanya. Mungkin lelaki ini tidak memandang aku sebagai budak comot?

Soalan lelaki ini tidak aku jawab. Sebaliknya, mata aku masih melekat pada sepasang ambernya yang berkilat itu. Bibir aku seperti terkunci.

Ibu pernah pesan, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal.

Tapi...

Dia macam bukan orang jahat sebab Leona tak dengar pun isi hati dia.

"Saya tunggu Baba." akhirnya bibir aku berkata-kata setelah sekian lama berdiam diri. Hingus yang aku rasa sudah meleleh dari hidung aku sedut dalam. "Tapi Baba tak sampai-sampai lagi."

"Oh." sepatah dia menjawab bersama kepala yang diangguk berkali-kali. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah aku. "Tak apa, biar abang teman awak." wajahnya dipaling ke tepi menghadap aku dan satu senyuman dilemparkan. Aku tidak berani untuk berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri.

Dia baik.

"Nama awak apa?" dia menyoal aku setelah melihat keadaan kami sedikit sepi. Tangannya mengambil ranting kayu di hadapan kami sebelum ada satu perkataan ditulis di atas tanah.

'DUWHAN'

Aku berfikir-fikir mahu cakap nama sebenar atau tidak. Ibu cakap, kalau orang tu tanya nama, jangan jawab. Lama aku berfikir dan aku buat keputusan untuk beritahu nama palsu. Aku akan guna nama ibu!

"Nama saya Roselina."

Saat tiga perkataan itu keluar dari bibir aku, tangan lelaki itu berhenti menulis dan senyumannya pudar. Matanya merenung aku semula dan senyuman nipis cuba diukir.

"Roselina? Cantik nama awak." dia tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya. Aku juga hanya membalas senyuman itu dan secara tidak sengaja, mata aku jatuh pada tangan kanannya.

Cincin.

Cincin itu berada di jari manis dan jari kelingkingnya. Ada dua cincin berwarna emas putih. Terpesona sedikit aku dibuatnya. Sebelum ini, ibu tak pernah berikan aku cincin.

Cantik.

"Awak nak?" secara tiba-tiba dia menyoal. Jari kanannya diangkat dan ditunjuk ke arah aku. "Pilihlah nak yang mana. Ada huruf A dengan L! Abang bagi awak!"

Mata aku bersinar-sinar!

Aku berfikir-fikir mahu ambil yang mana. Kalau dilihat, sudah tentu aku perlu ambil pada jari kelingkingnya kerana saiz lebih kecil. Tetapi aku mahu huruf 'L' mengikut nama aku! Sayangnya, huruf L berada pada jari manisnya dan huruf A pada jari kelingking.

Tak apalah, 'A' untuk Allah!

"Saya nak yang huruf A!"

Ketawa kecil lelaki itu pecah sebelum cincin pada jari kelingkingnya ditanggalkan. Tangan kanan aku ditarik lembut. Kemudian, cincin tadi disarungkan perlahan-lahan pada jari manis aku yang tembam ni! Muat pula itu. Aku ketawa kecil bila melihat cincin itu dijari manis aku.

"Hihihi! Macam orang dah kahwin pula!" tersengih-sengih aku dibuatnya. Mata aku naik merenung sepasang amber yang redup itu semula. Aww, cantiknya mata dia. "Terima kasih! Saya janji saya jaga baik-baik tau. Sampai saya mati nanti. Tapi kalau saya dah kahwin bila dah besar, saya terpaksalah tanggal sebab nanti suami saya jealous kalau saya pakai cincin orang lain. Takpe, saya simpan baik-baik cincin ni!"

"Tak perlu tanggal pun bila awak dah kahwin nanti." suara lelaki tadi, bertukar sensual dan pandangannya menjadi hangat.

"Kenapa?"

"Sebab, sayalah yang akan-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, satu suara yang aku tunggu-tunggu menegur dari belakang aku.

"Leona! Anak Baba!"

Mendengar sahaja suara Baba, aku menoleh ke belakang dan figura Baba menyapa pandangan. Terus sahaja aku bangun dan mendapatkan lelaki itu sebelum kakinya aku peluk erat. Tangan kanan Baba menyapu lembut rambut aku.

"Lama Leona tunggu Baba!"

Ketawa lelaki itu pecah sebelum matanya naik merenung lelaki di belakang aku.

"Terima kasih jagakan puteri pakcik sorang ni." senyuman Baba melebar dan kedua tangan Baba mengangkat aku. Kini, aku digendong. "Apa nama kamu, nak?"

Aku hanya melihat sahaja perbualan antara dua lelaki ini. Tertanya juga aku, apa nama lelaki tadi. Mesti cantik nama dia macam orangnya juga!

"Ali. Nama saya Ali."

Oh, nama dia Ali. Set-set nama orang lama lah ni. Lama aku memandang Ali sehingga aku tidak sedar, dia berjalan menghampiri aku. Kini, dia berada di hadapan aku dan Baba. Tangan kanannya mengusap lembut pipi aku.

"Leona. Eh maksud abang Ro...Roselina." ketawa kecil lelaki itu bergema. "Tunaikan janji awak tau. Awak dah janji, tak boleh ingkar. Dosa, nanti Allah marah." halus sahaja suara dia cukup membuatkan aku terpaku. Entah mengapa, sebutannya pada nama 'Allah' tadi agak pelat.

"Ya, saya janji." aku menghulurkan tangan kanan aku dan jari kelingking aku keluarkan tanda 'promise'. Dia juga, menghulurkan jari kelingkingnya. Jari kami bersentuhan sebelum dipautkan bersama tanda 'promise'. Tersenyum lebar aku melihat jari kanan kami berpaut bersama dengan cincin yang kami pakai pada jari yang sama. Rasa special!

Dan, saat itu ialah saat paling bahagia.



























Tanpa aku sedar, itulah pertemuan dan perpisahan terakhir kami.
















'And i'll tell you all about it when i see you again.'

'when i see you again.'




















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

L E O N AWhere stories live. Discover now