Dia Imamku ?? TIDAK .

5 0 0
                                    

Alhamdulilah , Minggu Orientasi berjalan lancar. Aku sudah pun secara rasminya bergelar Guru Pelatih sepenuh masa di universiti ini. Dek kesibukkan yang terlampau aku hanya mesej dengan Am pada waktu malam sahaja..ya..my bad sebab tak pandai nak urus masa...  hari demi hari berlalu.... aku semakin kerat berhubung dengan senior aku... semakin kerap keluar bersama...then..... ya aku silap... mungkin aku yang curang aku rasa pada Am makin pudar..

akhirnya, aku minta hubungan kami ditamatkan dan minta dihalalkan semuanya. Alhamdulilah, dia lepaskan jua aku ..mungkin aku yang silap... aku dah terlanjur sayang pada senior aku yang bernama Ashraf itu... dia selalu berserban berjubah..imej islamiknya membuatkan aku sentiasa terpesona... tapi yang aku hairan kenapa dia selalu suruh aku ke pekan naik van sewa then baru dia ambil aku di pekan... syarat dia tak boleh ada orang tahu..aku pun iya iya kan sahaja..yalah sebab kita dh suka kan... nak makan pun kena pergi tempat yang jauh sebab tak nak orang tahu..

hari berlalu..iya aku makin sayang pada dia.. dia minta aku pakai niqab...konon sebagai persediaan untuk jadi isteri dia... aku pun turutkan namun kadang-kadang sahaja bila nak keluar...tudung pun dah mula labuh sikit menutupi dada..... terfikir gak ni untuk dia ke demi Allah?? tak apa lah.... di msjid universiti aku jadi kakak naqibah ketika usrah..yelah... sebab aku berusia sikit kot...aku nasihat itu ini jaga ikhtilat semua tapi nyata aku sendiri tak jaga pun batasan antara aku dengan Ashraf..sedih kan???  Ashraf mengajak aku ke ibu negeri ... yupppp...NAIK kereta dia..sepanjang perjalanan...kami singgah solat berimamkan dia..aku terfikir ..boleh ke? dia cakap tak apa bukan kita bersalaman pun..aku pun ..OK..... yelah sebab dia lebih tahu lah kot berserban dan berjubah sepanjang masa....

then ,kami sampai di ibu negeri...dia cakap kita cek in di hotel bilik berselahan..yelah dia yang belanja kita ikutkan saja lah.. semua berjalan seperti biasa... acually ni dah masuk 5 bulan aku kenal dia ... hubungan kami dah kira tahap istimewa dah sebab aku dah mula sayang dia sehari tak jumpa macam nak gila...haha..yupp..aku memang gila... baiklah..ni acually kali pertama ke ibu negeri bersama dia..malam tu..boleh-boleh dia masuk ke bilik aku...katanya nak bercerita aku pun bodoh turutkan saja... then..ermmmmm..malas nak cerita.....kami hanyut dalam asyiknya dunia.....

Bangun pagi..omggggg...dahlah tak subuh..aku lihat dia di sebelah...sedihnya aku....orang yang aku ingat akan jadi Imamku yang sebetul-betulnya imam membuat aku camtu aku ditipu oleh imej islamiknya.... ya..aku sayang dia tapi betul ke apa kami buat ni....aku kurung diri dalam bilik air... sebaik saja aku keluar dia dah tiada...balik semula ke bilik dia..... then dia mesej mengajak aku keluar ke shopping mall berdekatan... dia mengajak aku mencari pakaian sebab nak belanja katanya.... 

"ni ok kan?" ujar Ashraf....dia tunjukkan aku baju tidur yang jarang...aku tak menjawab tunduk saja... "sayang janganlah malu" ujar dia..dia belikan aku baju sebegitu....yaaa..aku manusia biasa..... balik hotel dia suruh aku pakai di hadapan dia... maaf aku tewas lagi.... aku sayang dia aku biarkan ia berlaku lagi..

pagi sebelum pulang ke kolej.. aku menangis sepanjang perjalanan tanpa sebab... aku takut...

balik kolej kediaman . sebaik sahaja sampai... aku menukar pakaian ke pakaian biasa .tiba-tiba, aku dapat mesej , " kAK Mira, saya hana..senior akak ..nak jumpa boleh tak" . aku jawab " boleh,ada apa yer? nanti datang bilik akak yer" balas aku....

" kak... saya Hana... kekasih Ashraf semejak setahun yang lalu... akak pergi bandaraya dengan dia yer?" ... dunia aku gelap seketika.. aku bagai nak pengsan..bayangkan 5 bulan dijanjikan bulan bintang berkasih sayang rupanya orang yang berlagak seperti Imam Muda itu rupanya kekasih orang..aku tak mampu jawab... aku menangis..... aku jelaskan semuanya lalu minta maaf..kami sama-sama menangis... dia seperti nak marah namun mungkin disebabkan tangisan aku membuatkan ia tak mampu nak marah lalu berlalu pergi.

Tanpa berfikir panjang, aku mesej Ashraf .Lelaki yang aku agungkan dan sanjungkan..orang yang aku fikir dapat menjadi imam aku setelah bergelar isteri rupanya hanya menjadi perosakku.. aku jelaskan A-Z apa yang telah berlaku... nyatanya Ashraf memang "playboy imam muda", semua orang tahu tentang sikapnya..aku sahaja yang bodoh dan diperbodohkan...

yaaa... sinilah bermulanya ...MENJADI RACUN....

Amira. RACUN DUNIA !!Where stories live. Discover now