BAB 1

42 0 0
                                    

Dubai,7:00 pagi

Keluarga aku mengadakan aktiviti bersama keluarga besar aku di sini. Memandangkan sesetengah daripada keluarga besar aku berada di Dubai jadi kami memilih untuk melakukan aktiviti di sana tambah lagi di situ banyak tempat menarik.

"Kakngah please ambilkan juice for me"arah kaklong dengan pakaian hawainya itu.

Aku yang sibuk mesej Naufal berhenti seketika dan mengambilkan air untuknya. Nanti tak ambil mau tak kena marah?

"Kau tengah chat sape? Sampai tersenyum meleret ke telinga" aku memandangnya dengan senyuman dibibir.

"My soulmate,maybe? Dahlah aku nak pergi sana, nak ikut? Naufal ada sekali" Tasya pantas saja bingkas bangun daripada kerusi dan berlari ke arah yang aku tunjukkan tadi.

Aku terasa? Ofcourse, aku memang dah agak yang dia dah suka Naufal since sekolah menengah lagi. Come on, ini Nauralah tengok perangai pun tahu.

"Naufal! Kenapa tak bagitahu nak datang?" Naufal memandang Tasya disebelahnya dan memberikan senyuman tipis saja.

Imran yang tiba tiba datang ke arah aku terus menolak aku jatuh ke tepi pantai.

"Woiiiii!!" Habis basah baju aku kena tempias ombak dengan kotor sebab pasir. Pasrah gila!

"Ape woi woi! I have name, my name is Imran or you can call me achik"balansya bersahaja. Eh hangin ja aku ngan dia ni.

"diamlah kau"

"Eleh kakngah confident-nya nak jumpa abang Naufal dengan family dia" aku mempamerkan senyuman yang dibuat buat.

"HAAH,ACHIK!! KAKNGAH CONFIDENT SANGAT TAPI BILA BAJU KAKNGAH JADI MACAMNI KAKNGAH TAMBAH TAK ADA CONFIDENT TAU!!"aku merengek sambil itu aku mengambil kesempatan mencucuk perut Imran.

Tiba tiba, Naufal,Puan Rashida, Dato Akhyar, ummi, walid dan kaklong datang ke arah kami.

"Kenapa tak ke sana?"soal ummi dan matanya terpanah ke arah muka dan pakaian aku.

"Ya allah bertuahnya. Kenapa dengan kamu ni kakngah? Achik?"achik membuat muka selambanya. Aih kau achik memang nak kena dengan kakngah ke apa?

Kaklong memandang kami tak puas hati kerana temu bualnya bersama keluarga Naufal hanya sebentar kerana ummi melihat aku dan Imran bergaduh.

"Err. Ni ha achik ni pergi tolak kakngah kat air ni. Mana tak kotornya? Ini bukan setakat kotor tapi comot"ngadu aku. Naufal ketawa kecil melihat telatah aku, aku membalas dengan jelingan.

"Comot pun comel eh?"soalan itu keluar daripada mulut Naufal dan membuatkan kami semua terdiam.

"What? I said what i see. She so cute!"senyuman yang kelihatan lesung pipitnya mampu menarik ramai gadis dekatnya.

"Aih kau jangan macam macam depan keluarga kau dengan aku ni hahahaha"menolong aku perlahan.

Keluarga aku dan keluarganya mula bereda dari situ. Aku sempat menunjukkan sebaris gigi aku padanya.

"Ape masalah awak?"soal aku begang.

"Masalah saya adalah awak Naura Alisya"aku menjelingnya dan berlalu pergi.

Demi KitaWhere stories live. Discover now