"Tuanku , kita tak boleh bunuh budak yang tak bersalah ni macam tu je" Kai bersuara. Suho tersenyum sinis.
Suho merampas pistol dari tangan Baekhyun , lalu mengacukan pistol ke arah aku. air mata aku dah mula bertakung , aku tak dapat nak tahan lagi air mata dah. Hilang kejantanan aku di situ .
"Kalau macam tu , patut ke kita simpan dia dalam istana? " Kata Suho dengan senyuman sinisnya.
Aku berasa sedikit lega apabila Suho menukar fikiran untuk tidak membunuh aku dengan pistol di tangannya.
"Simpan dalam istana? Kita nak buat apa dengan budak ni?" Tanya Baekhyun sambil melihat aku yang sedang menangis.
"Tak kesah lah Korang nak buat apa pon kat dia , tapi jangan bagi dia keluar dari istana ni" kata Suho lalu beredar dari situ.
Aku diangkat oleh kedua penjaga istana , dan dibawa ke dalam bilik yang agak menakutkan. Mereka mencampak aku dalam bilik lalu menutup pintu.
"Lepaskan aku!!!" Jerit aku sambil menumbuk pintu itu berkali-kali.
Skip
Aku duduk di atas katil sambil memeluk tubuh, badan aku entah kenapa dia bergigil . aku takut sampai tak boleh nak fikir.
Kedengaran pintu bilik dibuka .
"Oi" satu suara menyapa ku.
Aku mengangkat kepala ku. Ianya Baekhyun . Baekhyun duduk di sisi katil sambil memandang wajah aku dengan senyuman .
"Kau bernasib baik sebab Kai Hyung bersuara untuk kau .. kalau tak , kau dah lama mati ditembak" kata Baekhyun
Aku melihat matanya yang agak mengerikan untuk direnung.
"Kau tak boleh bercakap ke? Kau lapar? " Tanya Baekhyun lagi.
Aku sejujurnya memang tengah lapar pon , tapi suara aku tak boleh dikeluarkan.. aku hanya memandang wajahnya dengan perasaan takut.
"Aku paling benci bila orang tak jawab soalan aku " kata Baekhyun dengan dahi yang berkerut . Wajah dia berubah dengan sekelip mata.
Dia merentap tangan aku dengan kuat . mata aku dengan Baekhyun bertembung dengan sungguh dekat.
"Kau buat apa?" Sapa Kai yang baru sahaja masuk ke dalam bilik . Baekhyun melepaskan aku . Kai sedang membawa makanan di dalam Trey.
"Nasib baik Kai Hyung datang , kalau tak.. memang hancur aku kerjakan kau, budak!" Kata Baekhyun lalu bangun dari katil .
"Dah Baekhyun , jangan buat budak tu takut.. " Kata Kai
"Pape jelah , aku still tak suka budak ni " kata Baekhyun lalu keluar dari bilik dengan dingin.
"Kau kena tahu Baekhyun tu pantang orang macam kau ni tak jawab soalan dia " kata Kai sambil meletakkan makanan di hadapan ku.
"Patik.. nak balik.." suara aku keluar dengan tiba² . Dengan Kai aku rasa berani untuk bersuara sebab dia tak macam putera yang lain , aku rasa kepercayaan aku pada dia sangat kuat.
"Kau ni .. berani betul kau mintak tolong kat putera untuk lepaskan kau eh? Kau tak takut ke aku pukul kau?" Kata Kai dengan confuse.
"Patik percaya kat Kai , Kai sebenarnya orang yang baik " kata aku dengan spontan.
"Kau jangan percaya kat orang dengan secepat tu je , aku ni boleh bunuh kau bila² masa je tau! "
Kata² dia tu membuatkan aku tergelak kecil . Sebab aku tak akan percaya Kai ni akan bunuh aku , sebab dia ada aura yang sangat menenangkan aku.
"Kau gelak? Ciz , baik kau makan ! Nanti kau lapar pulak . Aku ada kerja nak kena settlekan kejap lagi"
Aku tertanya jugak lah, dia ni tak pernah senyum ke? Tapi dia ni handsome jugak kan.. UISH! JUNGKOOK !! KAU GILE KE?!! DIA NI LELAKI!!
"Lagi satu , kau kena berhati-hati dengan semua putera , diaorang tak boleh nak dipercayai sangat.. kemungkinan diaorang boleh buat lebih dari Baekhyun buat kat kau tadi. Diaorang ni bukan straight mane Pon"
Aku blur , Tak faham apa yang Kai cuba nak sampaikan .
"Aku pergi dulu , kau jangan lupa habiskan makanan ni " kata Kai , lalu beredar dari bilik itu . Aku mengangguk dengan senyuman .
Skip
Baru beberapa jam , penjaga istana datang untuk kejutkan aku dari tidur yang xberapa nak lena.
"Raja nak jumpa kau!" Kata penjaga Istana pada aku sambil berdiri di pintu bilik . Aku pon bangun dan ikut apa yang mereka suruh , janji aku tak mati dibunuh oleh Raja yang hipokrit tu.
Skip
Aku dibawa ke bilik Raja . Ini kali pertama aku nampak bilik secantik dan sebesar ni.
"Dah sampai? " Sapa Raja Suho yang sedang duduk di sofanya sambil meminum coffee .
"Ye Tuanku" jawap penjaga istana .
"Korang dah boleh pergi .. " kata Suho pada kedua penjaga istana.
Aku ditolak oleh kedua penjaga istana itu sehingga aku termelutut di hadapan Raja Suho. Mereka keluar meninggalkan aku dengan Raja Suho di dalam bilik .
"Kau boleh bagi aku reason Tak? Kenapa aku tak boleh bunuh kau?" Tanya Raja Suho .
"Se-sebab.. patik tak bersalah " jawap aku.
"Tapi ayah kau bunuh Raja.. AYAH AKU!!. kau tak nak bertanggungjawab atas kesalahan ayah kau? Lagipun nama keluarga kau ni memang nama pengkhianat ! "
"Patik tak ada mengena dengan hal ayah patik! Patik tak tahu apa²!!"
" Kalau aku biarkan kau hidup , kau berguna untuk apa ? Untuk mengkhianat? "
"Patik buat apa sahaja yang Tuanku nak!. Patik boleh memasak ! Patik boleh mengemas untuk Tuanku"
"Kau reti mengurut?"
"Pa-patik reti sikit² je"
"Aku nak kau urut badan aku.. boleh?" Kata Suho dengan senyuman sinis .
YOU ARE READING
PRINCE'S AROUND ME •JJK• {BXB}
Romance"Tuanku , kami dah jumpa budak tu "Bawak budak tu ke istana beta" "Tuanku , Kita tak boleh bunuh budak tu" "jadi? patutkah kita simpan dia dalam istana?" -------- "kenapa kita simpan dia? " "Sebab ianya atas perintah Raja" -------- "Aku dah tak taha...