☏Chapter 3☏

376 27 0
                                    

Pada suatu pagi yang hening, Aydan memandang langsir yang berwarna hitam. Lama je dia tenung.

Tak lama kemudian, langsir itu diselak sehingga menampakkan satu papan hitam yang dipenuhi dengan gambar atau boleh dikatakan maklumat untuk misi pembunuhan seterusnya.

Dilihatnya satu-satu semua gambar yang terlekat pada papan hitam itu. Terlalu banyak maklumat.

Kemudian Aydan menulis sesuatu di atas helaian kertas yang melekat pada papan hitam tersebut.

"Mission completed"

Aydan tersenyum sendiri.

"Si Cengal dah mati... Lepas ni nak bunuh siapa ya... Encik Merb ke?", Aydan bermonolog sendirian.

Aydan memandang tingkap. "Rasanya mereka pun dah jumpa mayat dia", bebel Aydan sendiri.

'Darah'

Itulah yang tercatit di atas papan hitam.

Tapi, kenapa dia taksub dengan darah? Tiada siapa yang tahu.

Tiba-tiba Aydan terasa seperti diperhatikan. Dia memandang tingkap rumahnya kemudian menutup langsir agar orang luar tidak melihat pergerakannya di dalam rumah.

Mungkin perasaan sahaja kut.

Semua orang tak boleh dipercayai.

Aydan pergi ke arah bunga-bunga yang mekar di balkoni. Sungguh mekar. Bunga ros kesukaan ibu. Bisik hati Aydan.



Seorang penduduk kejiranan telah menemui mayat. Penduduk itu mendakwa bahawa rumah mangsa itu semakin hari berbau busuk seperti ada bangkai. Jadi dia membuka rumah itu menggunakan kunci pendua yang dimiliki oleh pengawal apartmen. Apabila buka pintu rumah, saksi melihat kepala yang sudah terpisah dengan badan. Manakala, badan tersebut berada di sebelah kepala sambil tangannya memegang erat kapak.


"Inspektor Joy, nampaknya pembunuh cuba nak buat ia kelihatan seperti bunuh diri. Logikkah untuk orang bunuh diri sehingga menanggalkan kepala dengan kapak?", tanya Pegawai Shyn. Inspektor Joy mendiamkan diri seketika.


"Kita tidak tahu punca pembunuhan ini dan motif pembunuh tapi yang pasti dia tidak layak dipanggil sebagai manusia", sungguh benci Inspektor Joy terhadap pembunuh misteri itu.

"Inspektor! Saya menemui sesuatu pada pakaian mayat!", salah seorang detektif memanggil Inspektor Joy.  Joy menghampiri mayat itu.

Sekuntum bunga ros. Rasanya bunga itu diawet sebab tak layu langsung. Tak mungkin pembunuh itu melawat mayat tiap minggu pula kan?

"Bunga ini pun ada pada mayat yang kita siasat sebelum ni",sambung detektif itu.

"Maksud awak Puan Rohana ke?"

"Betul Tuan!"


"Dia ni psikopat ke?", Pegawai Shyn membuat muka jijik. Bayangkan sahaja sudah membuat tekak dia loya.

"Sebagai identiti", Inspektor Joy memandang mayat itu. Pegawai Shyn seperti buntu. "Identiti?",tanya Pegawai Shyn.

"Pastikan tiada paparazzi yang tahu tentang perkara ini. Awak tahu kan apa yang bakal terjadi jika pihak media tahu tentang perkara ini?" Inspektor Joy mengabaikan soalan Pegawai Shyn sebaliknya memberi arahan kepadanya.

"Baik inspektor!", masakan Shyn tak tahu tentang hal itu. Jika pihak media tahu, habislah huru hara negara sebab mereka takut. Pasti akan berlaku rusuhan yang besar.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now