1

1.4K 83 21
                                    


Loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu sekolahan telah tamat.Murid-murid mula mengemas barang dan pulang ke rumah.Begitu juga dengan Taufan.Dia tidak sabar-sabar ingin berjumpa saudaranya.

Taufan mula keluar dari kelas menuju ke pagar sekolah.Sambil berjalan dia bernyanyi lagu kesukaanya.Matanya melirik ke arah saudaranya,Halilintar dan Gempa.

"Hali!!Gempa!!Tunggu lah aku!Jangan balik dulu!"Taufan memanggil mereka kuat sambil melajukan langkahnya. Sesampainya dia di tempat saudaranya dia menarik nafas laju.

Halilintar dan Gempa yang mendengar nama mereka dipanggil menoleh kehairanan.Halilintar membuka mulut dan bertanya."Maaf,tapi kau siapa ye?".Gempa yang berada di sebelah Halilintar mengiyakan soalan Halilintar.

"Hali kau dah kenapa?Ni aku lah Taufan."Taufan sedikit pelik dengan sifat Halilintar.

"Kalau tak silap aku tak pernah kenal orang nama Taufan.Kalau ye pun tak mungkin aku lupa.Sebab nama kau unik"balas Halilintar.

"Woi Hali,kalau nak main-main pun berkira lah sikit.Kau ingat hari april foll ke?!Kau pun setuju kan Gempa!"Taufan mula bengang dengan peragai Hali yang seperti mempermainkanya.

"Errrr...."Gempa yang tau nak cakap apa hanya mendiamkan diri.

"Gempa!Kau tak suka kan kalau aku kenakan orang!Tapi kau tengok Hali ni,dia pura-pura tak ingat aku pulak!."Gempa yang merasa tertekan mencuba meminta pertolongan Halilintar memakai isyarat mata.

Halilintar yang menangkap isyarat Gempa mula membalas ucapan taufan.
"Woi!Kau dah nape hah!Kan aku dah cakap aku tak kenal kau.Aku tak pernah dengar lagi orang nama macam kau.T.A.U.F.A.N!"Halilintar mula mengeluarkan sifat aslinya yang sememangnya panas baran.

"Lagipun kenapa kau nak jerit kat Gempa hah?!Kau tau tak yang kau buat dia tertekan!!Halilintar terus mengajak Gempa balik kembali ke rumah mereka.Kelibat mereka pun mula menghilang daripada pandangan mata Taufan.

Taufan yang masih terkejut dengan perlakuan Halilintar yang sanggup meninggikan suara dengannya hanya berdiri di situ.Dirinya tidak dapat memahami apa yang menyebabkan sikap mereka berubah dalam sekejap.Padahal tadi pagi keadaan masih seperti biasa.Berjalan ke sekolah bersama-sama dan bergurau senda.Taufan yang mengusik Halilintar dan Gempa yang mencuba menenangkan Halilintar daripada mengamuk.

Kedua mata taufan yang berwarna biru langit itu mula berair.Senyuman yang selalu terlihat di mukanya kini menghilang.Meninggalkan bekas air mata di pipi.Taufan terduduk lalu mengelap air matanya yang menitis.

"Hiks...hiks..apa yang aku buat sampai jadi macam ni.Kenapa Hali ngan Gempa lupakan aku."Tak ingin dianggap aneh kerana duduk di tengah jalan.Taufan mula membawa dirinya ke kedai milik atok nya,Tok Aba Kokotiam.Mungkin apabila dia berjumpa dengan Tok Aba dan Ochobot dia akan mendapatkan jawapan yang dia ingini.


TBC

Author note:
Pertama-tama saya ingin meminta maaf jika cerita ini terlalu pendek dan........membosankan(?)Tolong maklum kerana ini pertama kali saya menulis.🙇‍♂️🙇‍♀️

ForgettenWhere stories live. Discover now