3

1.1K 80 37
                                    

Sebelum mula saya nak bagitau,dalam cerita ni pertarungan Boboiboy dengan retak'ka diubah sedikit.Boboiboy selain Halilintar,Gempa dan Taufan tak ada.Dan cuba Taufan je yang kuasanya kena sedut.Dah tu je.Selamat membaca~

"Jadi sebenarnya kau punya data dah mula menghilang dari jam kuasa Boboiboy.Kau ingat kan masa pertarungan melawan retak'ka?"

Taufan mengganguk pantas lalu menunggu Ochobot melanjutkan katanya.

"Masa kuasa kau disedut semula oleh aku, rasanya masih ada sisa-sisa kuasa kau yang tertinggal dalam diri retak'ka.Kau tau kan yang selepas kejadian tu korang bertiga boleh berpecah dan mempunyai kehidupan sendiri."Ochobot berhenti sekejap lalu melirik mereka bertiga yang dari tadi tidak bersuara.Dia menyambung semula perkataanya yang terhenti.

"Penyebab Halilintar dan Gempa tak ingat kau berpunca dari sini.Walaupun korang bertiga dah boleh hidup sendiri-sendiri,tetap tak menutup fakta yang korang ni cuba kuasa daripada jam kuasa.Disebabkan kuasa Taufan tak cuma ada pada kau,tapi juga pada retak'ka,kuasa Taufan tak boleh lagi mengisi energi yang hilang."

"Apa hubungan dengan Halilintar dan Gempa tak ingat Taufan?"

"Ishh!Kau ni Gopal jangan menyampuk  orang cakap lah!Tunggu je lah sampai Ochobot habis cakap!"Fang memukul kuat kepala Gopal yang tak sabar.

"Weyy!Sakitlah!Chill bro."

"Dah-dah!Jangan bergaduh.Aku bagi peringatan Taufan!Kau kena siapkan hati dan mental.Sebab benda yang aku cakap ni memang betul."!

Taufan tersentak apabila namanya dipanggil.Dia memandang Ochobot dan kawan-kawan bersilih ganti.Kemudian dia menundukkan kepala memandang ke arah lantai kedai.Mata biru miliknya yang selalu terlihat bersinar kini terlihat kosong seperti tiada kehidupan di sana.

Setelah diam beberapa saat Taufan mengangkat semula kepalanya.
"Ochobot.....beritahu je lah aku perkara
sebenar.Pasal aku siap atau tidak aku tak tau,tapi aku harap hati aku dapat terima apa yang kau sampaikan.
Fang...Gopal aku cuma nak ucapkan terima kasih kat korang sebab selalu support aku bila aku down.Tak lupa dengan kau juga Ochobot."Taufan meletakkan tangannya di kepala Ochobot dan mengusapnya lembut.

Ochobot mula menyambung kembali penjelasanya tentang Kuasa Taufan dan jam kuasa"Jadi bila kuasa Taufan tidak dapat mengisi semula energinya keberadaan Taufan dalam ingatan Halilintar dan Gempa mula menghilang.Tetapi perkara yang terburuk bukan di situ,tapi bila kuasa kau hilang sepenuhnya kau akan...








"...turut hilang daripada dunia ini."Ochobot tidak sanggup melihat wajah Taufan dan kawan-kawannya.Dia hanya dapat berserah atas nasib yang ditimpa Taufan.

Wajah Fang terlihat sangat shock kerana mengetahui akan kehilangan kawan berserta rival yang paling rapat dengannya.Boboiboy atau Taufan merupakan kawan pertamanya di bumi.Semenjak keluarganya di planet Gogobugi diserang dan hubungan Fang dengan abangnya Kaizo mula renggang,kawan-kawannya di bumi merupakan antara perkara terpenting dalam hidupnya.Dia tidak sanggup kehilangan salah satu daripada kawannya.

Tak jauh beza dengan Fang,Gopal terlihat mula tersendu-sendu.Air matanya masih dapat ditahan tapi tak lama.Kerana Gopal terus memeluk Taufan erat dan menangis di bahu sahabatnya.Saat Boboiboy datang ke Pulau Rintis,Gopal kesusahan dalam mencari kawan.Sifat kuat makan miliknya membuat ramai orang merasa tidak selesa.Bukan itu sahaja,ketika di TAPOPS sifat pengecut Gopal selalu menghalang misi mereka daripada berhasil.Tapi Boboiboy tak pernah merungut sekali pun.

Wajah Taufan berbanding terbalik daripada kedua kawannya.Jauh daripada kata kusut dan sedih,wajahnya tenang lengkap dengan senyuman di bibir.Wajah yang seolah-olah telah mengetahui apa yang bakal berlaku.Tiada ketakutan,kerana segala ketakutan telah ia curahkan kepada orang-orang didepannya.Matanya kembali bersinar seperti biasanya,kebahagiaan terpancar di wajah Taufan.

Taufan menepuk-nepuk badan Gopal."Gopal kau tak payah lah menangis,walaupun aku hilang aku akan ada dalam hati korang.Fang...Ochobot aku tau yang korang pun sedih."Taufan membuka  tangannya besar mengalu-ngalukan mereka turut memeluk dirinya.Ochobot yang tak dapat menahan dirinya pantas memeluk Taufan.Fang juga perlahan-lahan mengikut langkah mereka.Kehangatan dibagi bersama.Tangisan mula terdengar daripada mereka.

"Huwaaaaaaaaaa!!!Taufan!!Tolong jangan tinggalkan aku!Aku tak sanggup kehilangan kau!!"Ochobot mengeluarkan kesedihan yang ditahan sejak tadi.Pelukan dieratkan dan dikemaskan.

"Aku pun sama macam kau jugak Ochobot,jangan pergi Taufannn!!"Gopal mengelap-gelap air matanya di baju taufan.Fang pula hanya mengangguk.Dirinya masih sebak menahan kesedihan.Walaupun tidak berbicara,kesedihan jelas tergambar di mata Fang.

Badan Taufan mula menghilang seperti ketika pertarungan melawan retak'ka.Sebelum dirinya hilang dua ingin menyampaikan seseuatu kepada saudaranya."Ochobot..tolong beritahu Halilintar dan Gempa,walaupun aku selalu prank diorang,tak pernah terdetik dalam hati untuk bencikan diorang.Dan untuk Tok Aba,terima kasih sebab selalu menjaga Taufan walaupun Taufan nakal."Tubuh Taufan mula keliatan lutsinar,matanya juga tertutup perlahan.Wajahnya sangat damai dengan senyuman yang menjadi jati dirinya.

------------------------------------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tis..tis

"Hali kenapa kau menagis?!?"Gempa yang sedang membersihkan rumah terkejut melihat saudaranya yang panas baran menangis.Halilintar tak menjawab soalan gempa tetapi malah menunjuk kearah mata Gempa.

"Bukan ke kau sendiri menangis,Gempa?"Halilintar yang masih pelik dengan keadaan mereka mengusap matanya bagi menghapuskan air mata yang mengalir.Bukan nya berhenti,air matanya malah semakin deras.

Gempa yang baru perasan dengan keadaan dirinya meraba daerah matanya.Seperti Halilintar,matanya juga tak henti-henti mengalirkan air mata.Dalam keanehan,keduanya sedar yang mereka mengalami kehilangan..
..hati mereka kosong kerana tak dapat mengingat orang itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
END

ForgettenWhere stories live. Discover now