End Credit Teaser (ala macam filem-filem tu, yang lepas tunjuk kredit tu tetiba ada scene khas hehe)
Zahid POV
Aku sudah melangkah masuk ke balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pagi tadi Nick menghubungiku memintaku mengambilnya di KLIA. Aku ingatkan dia pulang dari Terengganu ke sini esok, rupanya hari ini, menaiki pesawat pula tu. Nasib baik aku tak buat apa hari ini, boleh jugalah jemput dia di sini, sambil cuci mata tengok kru kabin, mana tahu dapat test market diri, hehe..
Ku lihat jam di tangan sudah pukul 5.20 petang. Seingat aku Nick memberitahuku yang dia mungkin akan mendarat dalam pukul 5 lebih, menggunakan penerbangan Dahlia Airways. mungkin dah mendarat, mungkin belum, detik hatiku.
Lalu aku menuju ke papan kenyataan eletronik untuk cuba mencari dan melihat sama ada penerbangan Dahlia Airways dari Kuala Terengganu sudah mendarat atau belum. Dari jauh lagi aku sudah memandang papan kenyataan yang tergantung tinggi sambil kaki aku melangkah tanpa menghiraukan sekeliling.
Tiba-tiba...
Gedebuk...
Aku terlanggar seseorang, alamak!!
Habis basah baju aku, air yang dipegang insan tersebut membasahi bajuku dan bajunya juga. Bau coklat menusuk, ku lihat cup yang dipegangnya, GODIVA. Erm, patutlah baunya sedap, Chocolixir Godiva rupanya. Aku pon memandang insan tersebut. Kacak. Pakaian Kru kabin Dahlia Airways tersarung kemas di tubuhnya, cuma dah basah juga sama seperti bajuku. Adakah ini jodohku? Tak sia-sia aku jemput Nick di sini.
"Allahu, sorry-sorry bro. aku tak sengaja" bilang insan itu. Tersedarku dari lamunan dek kerana kacaknya insan ini.
"Eh no, aku yang patut minta maaf, aku tak pandang sekeliling, ralit tengok skrin" balasku.
"Eh, tak. Aku pon jalan rushing tadi tak perasaan ada orang. Habis basah baju kau ini." Ujarnya lagi.
"Eh takpe. Sikit je ni, baju kau pon basah ni." Aku turut menunjukkan rasa serba salah. Sebab kacakkan, so aku pon kenalah tunjuk baik hehe..
"Takpe, aku dah habis duty dah ni. Sorry again" balas insan ini lagi.
"Okaylah, kita sama-sama sorry k" ujarku padanya sambil tersenyum. Dia pon turut membalas senyumanku. Kami memandang satu sama lain. Tiba-tiba keadaan terasa janggal.
"By the way. Siapa nama bro?" soalnya, mematikan kejanggalan yang wujud.
"Aku Zahid. Muhammad Zahid Rafie. Panggil Zahid je" balasku. "nama kau bro?" soalku padanya pula.
Dia menjawap sambil menghulurkan tangan, aku menyambutnya.
"Aku Ekhwan. EKHWAN FARHAN BIN FIRDAUS"
-EKHWAN FARHAN-
Ada sesiapa ingat atau kenal tak dengan Ekhwan? Good. Kalau ada yang tak kenal atau dah lupa, boleh belek penulisan pertama saya, AkanKu TungguMu.
Penulisan saya yang seterusnya mungkin berkisarkan mengenai Ekhwan~~ sila nantikan 😘😘😘
Coming Soon
YOU ARE READING
UNTUKMU (COMPLETE)
RomanceTidak sangka bahawa mereka bertemu dan menyebabkan mereka memerlukan antara satu sama lain. Imran memerlukan Nick dan Nick juga memerlukan Imran. Kisah yang membawa kepada pengenalan dua insan, menglibatkan penyelamian dua budaya, membawa ke penyent...