No One POV-
Setapak Jungkook kehadapan dua tapak Chaerin mengundur ke belakang. Dia terlalu takut dan malu untuk berhadapan dengan jungkook. Crush wei!
Seperti drama cliche kat tv dinding sentiasa menjadi orang ketiga yang cemburukan watak utama.
Wajah Jungkook betul betul dihadapannya sekarang sehingga terasa nafas hangat Jungkook di mukanya.
" Tak penat ke? " Soalnya dengan muka yang tidak dapat ditafsirkan.
" H-huh? " Chaerin yang sememangnya blur sekarang memandang Jungkook dengan mata bundarnya.
Perasan akan kedudukan mereka yang agak dekat pantas jungkook mengundur Setapak memberi peluang kepada Chaerin untuk bernafas.
" Tak penat ke kejar aku selalu? " Soal Jungkook lagi dengan muka yang lebih tenang.
Chaerin yang tertunduk pantas mendongak memandang jungkook yang lebih tinggi darinya itu dengan dahi yang berkerut.
Maksudnya Jungkook tahulah yang dia selalu jadi stalker tak berbayar Jungkook?
Apakah benar?
Jungkook POV-
Haih, perempuan semua sama. Pantang nampak lelaki handsome sikit terus jadi crush. Contohnya, macam yang depan aku ni lah.
Aku masih menantinya berbicara namun sepatah haram pun tidak terkeluar dari bibir mungilnya itu.
Aku mula melangkah untuk beredar dari situ. Malas menunggu dengan lebih lama.
" Saya tak pernah penat.."
Terhenti pergerakan aku seketika tatkala terdengar suara manisnya.
" Sebab saya akan selalu dekat dengan awak sentiasa."
Dapat aku rasakan dia menghampiri ku dan berdiri di hadapanku dengan senyuman manisnya.
Dia menghulurkan tangan kanannya manakala aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
" Selamat berkenalan. Saya Han Chaerin." Ujarnya .
Entah kenapa aku menyambut juga tangannya itu sambil tersenyum nipis.
" Jeon Jungkook. " Sesaat aku tersedar lalu aku berlalu ke kelas selepas terdengar bunyi loceng sebentar tadi.
Entah kenapa mata Chaerin itu membuatkan aku hilang kesedaran sebentar.
End jungkook POV-
Chaerin hanya tersengih melihat jungkook yang berlalu.
Salam perkenalan, encik crush.
+++
Skip-
Chaerin POV-
Aku duduk di bangku berhampiran gelanggang bola keranjang sambil menongkat dagu.
Aku mengeluarkan phone dari poket skirt dan menekan ikon kamera. Lalu, menangkap beberapa gambar jungkook dari jauh.
Ya, aku sedang stalk Jungkook yg tengah main bola keranjang dari jauh.
Dari jauh pun sudah cukup. Walaupun mata aku sakit tengok beberapa perempuan duduk berkepit dengan Jungkook yg baru lepas habis main bola keranjang.
Ada yg bagi air.
Ada yg bagi kain siap offer nk tolong lap kan peluh lagi tahu. Wah.. INI SUDAH LEBIH.. buat aku nk carut je di hari yg serba panas nih.
Aku sabarkan je sebab Jungkook memang tak layan mereka tu. Auch... Sweetnya crush aye..
Aku mula mengangkat beg untuk beredar bila nampak Jungkook beredar tanpa memperdulikan perempuan di sekelilingnya .
+++
Rumah-
"Chaerin-ah." Panggil seungwoo. Oppa aku Han seungwoo. Dekat rumah aku ni just ada aku, seungwoo dan ahjumma Lee. Ahjumma Lee tu tukang masak dan kemas rumah kat rumah aku.
Memandangkan ahjumma Lee cuti jadi aku pula jadi tukang masak tak berbayar seungwoo.
Aku turun tangga lalu bergerak ke arahnya yang berada di ruang tamu.
"Wae?" Tanya aku sambil mengangkat kening.
" Tolong pergi kedai beli Ramen. " Aku mengerutkan dahi . Tak silap aku semalam ada lagi dalam almari.
"Bukan dalam almari ada dua lagi ke? " Tanya aku.
" Alah pergi jela beli . Semalam aku dah habiskan." Jawabnya sambil memandang phone yg berada di tangannya.
Aku rasa macam nak lempang abang sendiri. Tolong halang aku dari jadi adik derhaka boleh?
Aku menarik nafas dan lepas nafas dengan perlahan.
Seungwoo memberikan aku beberapa keping duit lalu aku bergerak ke pintu.
Aku hanya memakai hoodie hitam dan seluar tidur bercorak kotak.
Haih.. nasiblah kedai 7E dekat je dengan kawasan perumahan aku.
+++
Kedai 7E-
Chaerin POV-
Aku mengambil sebungkus Ramen dan dua air Sprite lalu bergerak ke kaunter.
" Maaflah saya terlupa nak bawa dompet. Kalau hutang dulu-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya, abang kaunter tu dah ketuk meja.
" Kau ingat ni kedai mak bapak kau ke main hutang-ii ! Kalau tak de duit tak payah datang beli kat sini! "
Dapat aku lihat lelaki di depan aku menggigil menahan marah.
Lalu, dengan beraninya aku bergerak ke hadapan dan meletakkan barang barangku tadi.
Sebab apa?
Sebab aku malas nak layan drama murahan ni.
" Tolong bayarkan sekali."
Aku mengukirkan senyuman nipis ke arah abangla cashier tu.
Dia membalas senyuman aku .
" Tak nak minta maaf ke? " Aku tanya abang cashier tu sambil mengambil barang yang telah dibungkus dengan plastik itu.
" Kalau ye pun abang marah.. " aku memberhentikan ayat sambil tersenyum manis.
"Tak perlulah sampai menghina orang."
Senyuman manis ditukar dengan dengan sinis.Aku memang pantang orang sebut mak bapak ni. Bagi aku perkataan 'mak bapak' tu terlalu mahal untuk di hina.
Aku terus keluar lepas tengok abang cashier tu terkaku.
Lantaklah!
End Chaerin POV-
+++
Happy reading and enjoy!💖
Votement juseyoooo!
YOU ARE READING
Crush [ Hiatus ] ° JJK °
Romance" Tak penat ke kejar aku selalu?" - Jeon Jungkook + Kisah cinta dan bahagia seorang gadis selama mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang digelar ' Crush '. Start : 27.01.2020 End : --- Status : On g...