Jungkook POV-
Aku melangkah ke perpustakaan sekolah. Seperti biasa setiap langkah dan gerakan aku pasti diikuti dengan mata mata yang memandang. Aku sedar akan hal itu namun buat tak tahu.
Aku masuk ke perpustakaan dan duduk di bahagian belakang sebelah tingkap. Aku Sumbat earphone dalam telinga sambil memerhati sekeliling.
Orang belum ramai memandangkan hari masih pagi. Serentak dengan itu mata aku memanah ke arah seorang gadis yang sedang leka membaca buku berhadapan dengan aku. Hanya selang satu meja.
Oh itu.. Han Chaerin..
Satu satunya perempuan yang tidak malu menyatakan salam perkenalan tempoh hari.. dan juga membuatkan hati aku tak tenteram.
Sesekali aku melirik ke arahnya yang stress menjawab soalan.
Perlahan Lahan bibirku mengukir senyuman tatkala melihat telatahnya itu.
"Comel."
End jungkook POV-
+++
Skip-
Waktu balik-
Chaerin POV-
Chaerin berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya kerana malas ingin menunggu bas awam.
Dia mengeluh berat. Teringat kejadian tengah hari tadi di mana dia berjumpa dengan Encik Kim selaku guru kelasnya.
Flashback-
"Ada apa cikgu nak jumpa saya?"
Soal aku dengan perasaan gementar. Belum pernah Encik Kim ingin berjumpa dengannya secara privasi begini.Encik Kim membuka kaca matanya lalu mendongak memandang aku.
"Awak ada masalah ke, Chaerin?" Soal Cikgu Kim. Pelik.
Aku mengerutkan dahi lalu menggeleng perlahan.
"Saya panggil awak ke sini untuk berbincang soal markah exam awak bulan lepas."
Aku dah agak. Aku menunduk.
"Prestasi awak dalam akademik semakin jatuh merudum bermula ujian dua bulan lepas.." Encik Kim menjedakan ayatnya membuatkan aku mengangkat kepala memandang dia.
"..dan saya risau dengan masa depan awak nanti.. awak kata nak sambung belajar di Melbourne, Australia lepas ujian CSAT nanti kan?"
Aku mengangguk. Ya memang itu impian aku dan harapan seungwoo.
End flashback-
Dan itu yang merunsingkan aku hingga sekarang. Aku hanya berjalan tanpa memperdulikan orang sekitar dan tanpa sedar aku berada di seberang jalan.
Aku menunggu lampu isyarat bertukar warna.
" Ish, tepilah sikit orang tua! " Kedengaran suara seseorang yang sedang memarahi atau lebih tepat menghina.
Spontan aku menoleh ke belakang dan kelihatan seorang mak cik sudah jatuh terjelepuk di atas tanah dan cuba bangun. Namun , kakinya seperti terseliuh.
Pantas aku pergi ke arahnya.
"Heolmoeni, Gwaenchanna-seyo?"
Heolmoeni itu mendongak memandang aku sambil tersenyum. Tabah betul heolmoeni ni.
Aku menolong nya bangun dan duduk di bangku berdekatan.
Aku memberinya air mineral yang aku beli di sekolah tadi. Kemudian aku mengeluarkan kain banduh dari dalam beg. Kain itu memang tersedia di dalam beg aku kerana aku merupakan ahli medical di sekolah.
Lagi pula kain banduh ada banyak dan cikgu benarkan aku bawa balik jadi aku ambil kain banduh yang berlebihan. Tak sangka kain banduh aku boleh digunakan untuk menolong orang Harini.
Aku menyuruhnya bersandar. Kemudian aku meletakkan beg aku di bawah kakinya sebagai alas untuk aku membalut kakinya.
Aku membalut kakinya dengan lembut dan tidak terlalu ketat.
Aku memandang nya sebelum tersenyum dan duduk di sebelahnya.
"Heolmoeni tinggal di mana? Mari saya hantarkan." Soal aku dengan senyuman.
Aku dah biasa dengan orang tua sebab banyak kali aku jadi sukarelawan di rumah orang tua tua.
" Nama kamu apa, nak ?" Soal heolmoeni itu.
"Nama saya Chaerin ,heolmoeni." Jawab aku dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Aku menolong heolmoeni itu berdiri.
Heolmoeni itu menunjuk jalan ke rumahnya sambil berbual mesra bersama aku.
+++
Happy reading and enjoy! 💖
Votement juseyoooo!
YOU ARE READING
Crush [ Hiatus ] ° JJK °
Romance" Tak penat ke kejar aku selalu?" - Jeon Jungkook + Kisah cinta dan bahagia seorang gadis selama mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang digelar ' Crush '. Start : 27.01.2020 End : --- Status : On g...