9 - Sumpahan Langsuir

87 2 0
                                    

Acap yang sedang duduk bersila memerhati telefon pintarnya. Dia merebahkan badannya. Hajatnya ingin menelefon rakannya, Asri. Asri sering dipermainkan oleh kawan-kawan mereka oleh kerana mereka menganggap Asri itu skema. Namun, Asri hanyalah seseorang yang sangat ambil berat tentang keluarganya. Sewaktu Asri mengata dia berasal dari keluarga yang hebat, hampir seluruh kawan-kawannya mentertawakan Asri. Keluarga yang hebat. Ya, itulah yang terfikir oleh Acap. Sebuah keluarga yang besar, seperti apa yang dia dengar tentang sebuah keluarga yang dikenali Keluarga Malek.

Acap mendail nombor Asri.

"Hello. Kau dekat mana? Aku datang rumah kau boleh?" Soal Acap bertubi-tubi kepada Asri.

"Dekat rumah. Datanglah." Jawab Asri.

Acap menekan butang merah pada skrin telefonnya. Dengan pantas dia mencapai kunci keretanya.

.

Acap sudah berada di rumah Asri. Asri menghidangkan secawan milo kepada Acap lalu, dia memandang Acap membuatkan Acap rasa tidak senang.

"Ishh kau ni! Pehal pandang aku cenggitu?!" Acap dengan lantang menegur Asri.

"Hahhahahahahaha. Pelik kau datang tiba-tiba tengah malam ni. Kau nak apa?" Tanya Asri.

"Okey first, aku nak kan kepastian. Kau pernah kata kau dari keluarga yang 'hebat'. Kau dari keluarga mana?and apa yang hebat sangat?"

"Aipppp kau jangan main-main dengan keluarga aku. Aku ni, dari keturunan kerabat diraja tau.” Jawab Asri dengan nada yang riak.

Acap mencebik dengan sikap Asri tadi. “Apsal kau tak pernah bagitahu?”

“Bagitahu apa?”

“Bagitahu yang kau dari keturunan kerabat diraja kononnya.”

“Yelah kalau aku cakap, nanti korang lelaki mesti gelakkan aku. Tak supportive langsung.” Jelas Asri cuba membuktikan.

Acap yang sedang bersila, mengubah posisinya, terus dia mengemukakan perkara yang memerlu sebuah penjelasan.

“Apa-apa jelah, so sekarang ni, aku nak tanya kau pasal keluarga yang hebat dalam sejarah, kalau kau tahu lah.”

“Keluarga yang hebat? Hmmmm” Asri memegang dagunya sambil memikir.

“Yes. Ada.”

“Pernah dengar keluarga Malek?” Soal Acap.

“Keluarga Malek? Tahu-tahu. Keluarga ni famous tau. Okey ni aku dapat tahu dari moyang aku yang cerita. Sempatlah dengar sikit. Tapi, ni aku cerita mana yang aku ingatlah."

Acap sudah bersedia memasang telinga dan Asri memulakan penjelasannya.

“Keluarga Malek ni keluarga dari keluarga pengamal perubatan. Macam doktor, and diorang pon pembekal ubat-ubat, penawar-penawar masa zaman dulu. Diorang ni, hebat tau. Ada tanaman herba sendiri, kadang-kadang, ada benda baru yang diorang hasilkan. Antaranya, yang paling famous, paling best-selling, nama ubat tu aku tak ingat. Tapi, kenapa dia hebat? Sebab ubat ni, ubat kebal tau. Macam supplement. Kau minum, kau nak berlawan dengan musuh boleh berlarutan 2, 3 hari. Sangat tahan lama. Kalau kau tercedera, kau tak akan rasa sakit. Kalau luka tu besar, bila jahit balik, kau tak rasa apa. Tapi if kau cedera teruk dan hilang banyak darah, kau boleh mati. Ubat ni, cuma keluarga Malek dan orang kanan Malek sahaja yang tahu ramuan dia. Tapi itulah, keluarga dia pun tak ramai. Selebihnya, pekerja-pekerja dia je. Sebab wujudnya ubat macam ni, Keluarga Malek selalu deal dengan istana. Bukan takat satu kerajaan je, kerajaan jauh-jauh yang dalam rantau melayu ni pun datang.”

“Kejap. Pasal ubat tu, tak kena cilok ke?” Tanya Acap.

“Haaaa sabar jap. Aku tak habis cerita. Ramuan diorang tu, memang tak ada sesiapa pun yang tahu kecuali keluarga diorang. Tapi, ada pembelot dalam keluarga tu yang pecahkan rahsia mereka, Aku tak ingat siapa tapi, sebab dia pentingkan kekayaan, dia bagi ramuan tu dekat orang luar. Nak tahu orang luar tu buat apa? Dia tu pengkhianat. Masa tentera orang putih datang nak serang, orang putih selalu tewas. Tapi sebab si pengkhianat ni, diorang tahu rahsia ramuan tu. Dengan taktik dan helah, satu keluarga Malek ni dibunuh beramai-ramai. Segala ilmu dan legasi mereka dirampas, Ketua Keluarga dibunuh dengan caranya brutal gila.”

MERPATI PUTIHWhere stories live. Discover now