BAB 28

4.5K 212 29
                                    

Click! Click!
Click! Click!

Bagaikan kilat menyambar bumi!
Daim dan Eva kembali sedar dari dunia yang mereka cipta sendiri sebentar tadi.
Hisapan, tarikan serta kuluman mereka terhenti. Kedua-duanya menjarakan wajah lantas menoleh kekiri dan kanan.
Kelipan lampu dari lensa kamera masih terang mengelip membuatkan Eva mengecilkan sedikit matanya.
Wartawan yang menyorokan diri dibeberapa tempat sekitar parkir restoren jepun itu keluar dan menghampiri Eva dan Daim.

Lakonan masih belum tamat, kali ni Daim memeluk bahu Eva dan dirapatkan ketengah dadanya.

Eva terus terpaku.

“Encik Daim right?”
Salah seorang wartawan lelaki bersuara dan menghampiri Daim.

Kepala Daim diangguk laju.
“Yes. I’m Daim Akli husband Eva Natasha, why?”

“Ops! Sorry.. we thought you scandal Miss Eva.”
Sekali lagi wartawan lelaki itu bersuara, sambil membuka topi hitam yang tersauk dikepalanya.

Daim menyembur tawa sambil tangannya makin menarik tubuh Eva menghimpit dada kekarnya.
“Scandal? Ooo.. jadi you all ambik gambar tadi sebab fikir Eva ada scandal dengan lelaki lain?’
Sengaja ayatnya ditekan, walhal gelisah hatinya cuba ditutup rapat.

“Maafkan kami Encik Daim and Miss Eva, we all dapat panggilan dari pemanggil yang tak dikenal pasti dan menyatakan Miss Eva datang ke restoren ni untuk berjumpa dengan scandal lama dia, iaitu seorang peguam.”

Sekali lagi Daim mengeluarkan senyumnya, Eva yang masih kaku dalam dakapannya dipandang.
“Sayang... kan kita dah janji, kita nak berjumpa disini secara privasi. Kenapa boleh ada wartawan yang tahu?”

Sayang?
Eva tak berani mendongak memandang Daim, suara lelaki itu terus menampar ubun-ubunya.

Wajah Diam kembali dipandang kehadapan, menatap wartawan seramai 7 orang itu.
“I tak tahu siapa yang call you all untuk datang sini, tapi kalau kata Eva ada scandal mungkin memang betul kot.”

Glup!!
Daim! takkan kau nak buka rahsia aku dengan Lukas.
Oh God!
Eva pejam mata, wajahnya masih disorok pada dada suaminya.

“So betul la, Miss Eva ada scandal dengan lelaki lain?”
seorang wartawan yang lain bertanya lagi.

Pantas Daim mengangguk kepala.
“I lah scandal Eva.”

“Hahh?”
Serentak wartawan seramai 7 orang itu bersuara sambil membulatkan mulut mereka.

Eva yang dari tadi memejam erat matanya, kembali dibuka. Kali ni wajah berani didongak memandang Daim.

“kalau korang nak tahu, i ni scandal Miss Eva sejak dulu lagi. Yup! Kami berdua merahsiakan hubungan kami sebagai kawan karib, sedangkan i dan Miss Eva dah lama bercinta, sebelum Eva jadi artis lagi. Semua ni demi kerjaya Eva, that why bila semua dah tahu hubungan kami, i tak teragak-agak untuk masuk meminang isteri i ni.”

Wartawan yang mendengar cerita panjang Daim, mengangguk-angguk kan kepala mereka berkali.
“Jadi berita tentang Miss Eva berhubung dengan seorang peguam terkenal tu adalah palsu?”
Masih tak puas hati, wartawan yang mula-mula bersuara tadi, kini bertanya lagi.

Daim juga turut menganggukan kepala.
“Dari dulu sehingga lah sekarang ni, Eva tak pernah berhubung rapat dengan mana-mana lelaki selain i.”

“ooo...”
Makin membulat mulut wartawan mendengar penjelasan dari Daim.

“Kalau takde apa-apa lagi, boleh i bawa balik wife i ke?”

Serentak wartawan dihadapan mereka mengangguk laju sambil meminta maaf.

Bibir Daim mengukir senyum, bahu Eva tak dilepaskan. Perlahan dia membawa wanita itu menuju ke Toyota hilux miliknya.

Pintu dibahagian penumpang dibuka dan tangan Daim menolak sedikit Eva tubuh untuk masuk memandangkan pacuan empat rodanya sedikit tinggi.

Setelah pasti kedudukan Eva selesa, pintu ditutup dan kaki Daim melangkah menuju ke ruang pemandu.
Enjin dihidup dan sebentar kemudian Toyota Hilux menderu laju meninggalkan kenangan pahit dan manis di Oribe Japan Restaurant.

****

5 minit pemanduan, Eva masih terus membisu, hingga akhirnya Daim bersuara.

“Lepas ni, kalau kau rasa nak jumpa Lukas, please inform aku. Aku akan arrange date, time and place untuk korang dan aku juga akan cover dari reporter.”

Pandangan Eva dikalih kepada Daim disebelahnya. Lelaki itu masih meneruskan pemanduan tanpa sedikit pun memandang pada Eva.

“Dan... pasal kissing kau tadi... aku mintak maaf... aku tak sengaja..”

Tak sengaja?!
Mudahnya kau cakap Daim!
Jemari Eva dikepal menjadi penumbuk. Gigi diketap kuat.
“Aku nak jumpa sesiapa pun, kau tak perlu ambik tahu Im.”

Sekilas wajah Daim menoleh kepada Eva sebelum kembali menikam matanya ke jalan raya.
“Aku tak kisah kau nak jumpa orang lain, tapi aku kisah bila kau berjumpa dengan Lukas?”

Badan Eva dipusing.
“Kenapa kau kisah sangat aku nak jumpa Lukas?”
Cakap dengan aku yang kau cemburu Im. Cakap dengan aku yang cintakan aku. Kau taknak aku dengan Lukas.. please Im...

“Sesetengah reporter tahu pasal hubungan kau dengan Lukas sebelum kita berkahwin Eva. Kalau kau berjumpa dengan orang lain, Reporter takkan ambik hal. Tapi kalau di orang tahu kau jumpa Lukas, benda ni akan jadi viral kau faham tak?”

Makin kuat Eva gigit bibirnya!
Aku tak faham Daim!
Yang aku nak tahu kau tak bagi aku jumpa Lukas sebab kau cemburu Im. Sebab kau care dengan aku!
Susah ke kau nak luah semua tu?!
“Turunkan aku kat sini?”

Hah?!
Sekali lagi Daim menoleh kearah Eva.
“Jangan nak mengada, aku hantar balik.”
Tekad.

Kau cakap aku mengada?
Gggrrrr!
“Aku kata turunkan aku kat sini Im!”

“Ni highway Eva! Kau nak kemana kalau aku drop kau kat sini! Fikir lah sikit!”

Kenapa la asal gaduh dalam kereta je mesti ada babak yang si perempuan memaksa lelaki untuk turun kan diorang kat tepi jalan?

Tolong fikir scene lain boleh tak?

“Aku tak kira! Aku cakap, aku nak turun sekarang. Aku nak turun!!”
Tangan Eva cuba merampas stereng kereta Daim dan memusing kearah tepi jalan raya.

“Eva!”
Daim cuba mengawal semerta tangan sebelahnya menolak tubuh Eva supaya gengaman wanita itu menjauhi stereng.

Toyota Hilux, mula ke kiri dan ke kanan.

“Eva.. jangan macam ni!”

“Aku kata nak turun Im! Aku nak turun!”
Eva terus menjerit-jerit sambil tangannya berlawan dengan lengan Daim yang masih mengawal stereng.

Ketika Toyota Hilux milik Daim, hampir ke tengah jalan, laju tangan lelaki itu memusing stereng ke kiri dan kakinya dengan kuat menekan brek.

Shhrreeeeekkkk...
Bunyi tayar yang berlaga dengan jalan membuatkan pacuan empat roda itu berhenti tiba-tiba.

Bukk!
Akibat tidak dapat mengawal tubuh, tepi kiri dahi Daim menghentak kuat kepada stereng kereta.
Berpinar sekejap pandangannya.
Namun Daim cepat tersedar, wajah diangkat laju dan menoleh Eva disebelahnya.

Wanita itu sedang menerkup muka dengan kedua tapaknya.
Pantas Daim memegang bahu Eva dan memusing tubuh wanita itu menghadapnya.
“Kau okay Eva? Ada luka mana-mana ke? Ada sakit mana-mana ke?”
Segenap tubuh Eva disentuh, kedua tapak tangan wanita itu dilarikan dari wajah.
“Eva...”
Bibir Eva dah bertukar warna putih. Mulut dah membulat, kerut dikening berlapis-lapis.
Daim tahu Eva ketakutan.
“Kau okay ke Eva?”

Sekali lagi suara garau Daim menerjah lembut ke jantung Eva.
Lantas wajahnya didongak.
Renungan sayu Daim dipandang, hingga matanya jatuh pada sisi kiri dahi Daim yang terdapat kesan luka segaris dan mengeluarkan cecair merah.
Darah...
Serta-merta jari kanan Eva diangkat untuk menyentuh luka itu.

Namun tangan Daim cepat mencapai dan menurunkan kembali kesisi wanita itu.
“Eva.. tolong jangan degil.. ikut cakap aku ye.. aku hantar kau balik..”

Gigi Eva kuat mengigit bahagian dalam pipinya. Mata masih cengkung kepada dahi Daim yang masih berdarah.

Daim turut memandang bola mata Hazzel milik Eva yang kaku kearahnya.
Tanpa sedar tangan diangkat dan mengosok lembut ubun-ubun wanita itu.
“Kita balik ye Eva.”

Lama baru Eva mengangguk.

Daim mengedipkan matanya sekali, sebelum kunci Toyota Hilux kembali dipusing untuk menghidupkan enjin.

Kali ni pemanduan Daim lebih perlahan dan tenang memandangkan Eva terus kaku disebelahnya.

BUDDY vs HUBBYWhere stories live. Discover now