• Envelope Baby Blue

103 16 2
                                    

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran titisan air menitis dari ruang sebelah sana sambil aku menulis pada isi surat. Setelah selesai patah perkataan yang terakhir, aku melipat dan memasukkan ke dalam sampul surat.

Dia berjalan sambil menarik bagasi merah jambunya yang aku belikan untuknya tahun lepas di Indonesia. Sungguh aku rindu bait-bait memori manis itu. Kini tiada lagi manis senyuman yang jarang lekang dahulu kala di mulut kekasihku itu.

"I'm give up." sambil bernada bosan dan berlalu pergi begitu sahaja .

"Wait for minute." kataku sambil berlari menuju sebuah laci bedekatan .

"Nah, saya harap awak akan baca walaupun terpaksa, please." kataku sambil membalas nada yang sama seperti dia memandangku .

Sepucuk sampul bewarna biru lembut kegemaran kami ketika dahulu telah bertukar tangan. Dia pergi tanpa menoleh ke aku. Dan tanpa sebarang kasihnya lagi pada aku lagi. Barangkali tanpa noktah yang bertitik.

Dia

Bohong sekali jika aku kata tiada sekumit penyesalan apa yang kami telah lalui. Jujur, aku juga rindu bait memori manis kami dahulu. Aku hanya memandang sampul surat yang dia berikan untuk pertemuan terakhir kami tadi. Hati menyuruh untuk membaca isinya, malang mata suruh menutup pula. Dengan keadaan ' koyak 'aku sekarang ini, mana mungkin aku mampu dibuai mimpi yang lena.

Aku membuka mengeluarkan isi yang terkandung di dalam sampul surat itu.

Ya, sepucuk surat. mungkin si dia lebih gemar ke arah penulisan sebegitu, dan yang aku ambil pula ke arah bertentangan arah denganya.

Isi surat ditulis,

Jangan sampai kebahgiaan kita tempias derita kepada orang luar. Kerana manusia punya hati untuk berdengki. Kerana dikatakan bukan semua cerita indah perlu diceritakan. Dan tak semua kisah sedih perlu diluahkan. Cukup sekadar kita dan Tuhan mengetahuinya.

Mungkin dengan membawa haluan kebahgiaan masing diri sendiri yang terbaik untuk elak bertumbuk tampar tapi sayang nasi sudah menjadi basi, apatah lagi hendak menjadi bubur kembali. Engkau bahagialah dengan cara engkau. Dan aku dengan kehidupan kecil ku sendiri.

Terima kasih atas untuk rasa bahagia seketika dahulu yang dipinjam. Dan moga tiada lagi pinggan yang retak kerna kecuaian kita. Moga tiada lagi hati yang kecai kerna keangkuhan kita. Moga tiada lagi hubungan seperti ini lagi. Terima kasih atas bait-bait bahagia seketika dahulu kala. Terima kasih kerana sikap kita berjaya mematikan rasa sayang itu. yang dimana kita sendiri tidak tahu keikhlasan dia. Jujur dalam lubuk hati yang paling dalam, kita juga tidak mahu mengunkap penyesalan hingga tahap ini . Tapi sayang seribu tidak mudah menandingi sekali benci. Dan rasa sayang itu telah mati terkubur pada kita.

Selamat tinggal sayangku. Selamat tinggal kekasihku abadi.


























______________________________________,
isi surat itu memang benar-benar sudah tertulis, cuma bukan pada kertas.

Spill the coffee •V°Where stories live. Discover now