Hal kehidupan asrama. Mengisahkan seorang gadis bersama teman-teman akrabnya. Mereka hidup seperti biasa penghuni asrama yang lain. Mereka makan, berhibur, bergelak tawa secara mengilai waktu senja udah tawar jadi biasa. Tika leka menggilai bersama rakan. Aih? Seram saja bunyinya bukan. Gadis itu merasa ada tidak kena, apa ya? Dia sedang memikir sesuatu yang dilupainya?
apa dia ya? Sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ohh... brg kepunyaan miliknya sudah hilang"Weh korang, tolong cari barang aku jap!"
Disuruh kawan-kawan tidak bersalah membantu mencarinya. Dikala ralit mencari barang yg dihilang, terleka pula waktu senja sudah tiba.
Kata orang tua dahulu kala,
Tutuplah segala pintu dan tingkap kediamanmu, dimana wktu syaitan dan jin akan keluar bermain.
Sedar tidak sedar, aku merasa pandanganku kabur bukan biasa . Rasa seakan sepintas mata merasa gelap. Lalu aku membuka dan hidangkan suasana di tempat berbeza. Aku membuka mata dgn perlahan , merasa penat seperti bertarung di medan perang.
tapi jasad aku hanya di surau asrama tadi.Hayani memberitahu keadaanku yang tidak berapa baik. Pada mulanya aku tidak mengerti akan ungkapannya. Jenak dua jangka waktu berlalu, aku mula memahami percakapannya apabila aku terlihat bayangan hitam manusia masuk ke dalam surau. Aku melihat pelik manusia tu seakan ingin membantu keadaanku yang begini. Kini aku mula sedar akan apa aku yang telah alami tika gelapnya pandangan aku sebentar tadi. Sejurus kemudian, aku mula melihat kawan-kawan yang lain juga berada di samping aku. Dan gaya mereka seperti manusia itu tadi. Setelah berasa penat berhempas tenaga melawan apa yg aku sendiri tidak tahu bahkan melihatnya dengan mata fizikal aku sendiri.
Aku tersedar keberadaanku telah bertukar lagi kepada sebuah tempat kem yang dimana kawan-kawan yang lain juga turut serta. Mereka sendiri juga seakan kelihatan lelah melawan dan sedang menjaga sesuatu yang aku sendiri tidak ketahuinya. Jangkaan aku tepat bahawa mereka sedang memerhati dan menjaga keberadaanku. Kini aku tahu, aku sedang berada di dunia peperangan yang aku sendiri tidak tahu dimana koordinat bumi berada. Mereka yang lain kelihatan penat yang begitu amat. Bagi menghilang rasa aneh setelah terjaga dari tidur yang memenatkan tadi, aku mula melangkah meninjau tapak khemah yang lain untuk melihat keadaan teman-teman yg lain.
Aku terjumpa Azhari dan menyoalkan kepadanya apa yg sedang berlaku?
Malangnya dia membalas dengan wajah yang penat seakan seperti tiada apa yang berlaku . Otak memberi fungsi bahawa aku merasa sangat janggal akan situasi sebegini. Aku ingin menanyakan hal yg seterusnya kepada Azhari namun terhalang apabila Azhari menanyakan mengenai hidung aku yang mengeluar bendalir merah yg pekat."Kau okay?" tanya Azhari.
"Huh? " sambil meraba- raba hidungku lalu terlekat bendalir merah di telapak tanganku.
Tidak lama kemudian aku merasa pandanganku gelap kembali. Dalam kegelapan yang aku rasai kembali , ajaibnya aku boleh mendengar sebutir percakapan Azhari
"Kasihan dia, penat barangkali " diusapnya kepalaku sambil menada saja. Suasana menjadi senyap setika.
"Weh? Kau..!! " panggil Azhari dengan kuat.
Aku menjadi tidak sedar kembali jasad aku yang hilang tak kemana lagi. Seminit dua kemudian, mereka yang lain mula resah dengan ketidaksedaran aku yang tiba-tiba itu lalu mengusung aku keluar dari tapak kem. Tika diusung aku merasa nyawa aku keluar melihat pemandangan sekitar tapak kem atau kem perang itu. Dikala ralit melihat kawasan, aku terlihat manusia aneh masuk menyelinap ke tapak kem kami. Manusia yang terdiri 2 orang jumlahnya. Seorang perempuan. Manakala seorang lelaki yang rendah daripada perempuan itu, gaya tidak ubah seperti orang upahan. Aku melihat mereka menyelinap masuk dengan berpura- pura menjadi penjaga keselamatan yg baru pulang dari mengusung tahanan. Aku ingin mengatakan kepada seluruh orang-orang di tapak kem, bahawa ada penceroboh di tapak kem kita ! Malangnya apakah daya, nyawa belum kembali bersama jasad yang terbaring ini. Seakan semua ini mimpi. Hati kuat mengatakan aku perlu memberitahu seluruh penghuni yang lain bahawa ada penceroboh di kem perang kita ! Kuatkanlah aku bhawa ini semua mimpi belaka !
Dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Akhirnya, aku tersedar juga dari bayangan mimpi itu tadi.
YOU ARE READING
Spill the coffee •V°
De TodoCebisan idea-idea karut yang keluar ketika bosan. Bila bosan aku update lagi .