Mia terkebil-kebil tak terkata. Mindanya berserabut memikirkan apa yang baru dialaminya. Mampu kah dia untuk terus meneruskan kehidupannya di asrama itu?
_______________________________________
Mia bersama penghuni asrama yang lain tengah berbaris untuk mengambil hidangan makan malam.
Apabila telah mendapatkan makanan, Mia terus duduk di kerusi yang berdekatan dengan singki. Tengah asyik makan, Mia dihampiri oleh 4 orang pelajar perempuan.
"Hei! Berani kau duduk sini. Kau tahu tak, meja ni tempat khas kitaorang"
Mia terkebil-kebil.
'Apehal dorang ni. Muka cantik tapi perangai hampeh' Monolog Mia.
"Eh, berambuslah." Herdik Nina, salah seorang pelajar itu.
"Ok, sorry. Sorry."
Tidak mahu terus bertengkar, Mia segera bangun untuk beralih ke meja yang lain.
Pranggggg...
"Hahaha. Ops, sorry. Tak sengaja."
Mia jatuh tersungkur. Mia dibasahi dengan kuah rendang yang tertumpah di bajunya.
Pelajar-pelajar yang lain hanya memerhati tanpa ada seorang pun yang membantu Mia.
Mia merenung tajam ke arah Nina. Dia tahu Nina yang menolaknya hingga terjatuh sebentar tadi.
"Apa pandang-pandang? Blah lah." Herdik Diana.
Mia pun bangun dan balik ke asrama dengan hati yang menyumpah marah.
Sebaik sahaja sampai di bilik, Mia segera Mengambil baldi dan peralatan mandi.
Dia kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan badan.
Ketika itu, tiada orang yang berada di bilik mandi kerana semua pelajar sedang berada di dewan makan untuk makan malam.Tanpa membuang masa, Mia mencebok air dari kolah lalu menjirus ke badannya.
"Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu..."Terdengar suara seorang gadis menyanyi di dalam salah sebuah tandas.
"Wow. Peminat Siti Nur Halizah. Hihi" Gumam Mia.
"Huhuuu. Sik. Isk"
"Eh. Kenapa pula dia ni menangis? Putus cinta ke?"
Selesai mandi, Mia berkemban menggunakan tuala dan menghampiri tandas.
"Awak ok ke?" Laung Mia sambil membuka pintu tandas satu persatu.
"Huhuhuhuu. Isk. Isk.."
"Kenapa nangis? Awak sakit?" Tanya Mia lagi.
Satu-persatu pintu tandas dibuka hinggalah tandas yang terakhir.
Mia mengetuk pintu tandas itu."Awak. Awak ada kat dalam ni ke? Awak okay tak ni?" Tanya Mia sambil mengetuk pintu tandas.
Suara tangisan itu hilang.'Eh. Senyap dah. Dia dah pengsan ke?'
Tanpa membuang masa, Mia segera membuka pintu tandas tersebut.
Kosong.
Tiada sesiapa pun di dalam tandas itu.
'Gulp.'
Mia menelan air liur. Dia mula rasa semacam. Bulu roma mula berdiri tegak.
Perlahan-lahan dia mula mengatur langkah untuk keluar dari situ.
"Isk. Isk.. Tolong. Tolong saya.. Huhuhu."
Mia tersentak apabila terdengar suara itu. Dia mengalih pandangan ke arah penutup tandas."Huhuhu. Tolong saya. Isk. Iskk." Rayu suara itu lagi.
Penutup tandas itu bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang cuba membuka dari dalam.
Perlahan-lahan, kelihatan helaian rambut keluar dari lubang tandas.
Mia menggigil ketakutan.
Sedikit demi sedikit penutup tandas imula terbuka dan mula menampak wajah lembaga yang cuba keluar dari lubang tandas itu.
"Huhuhu.. Isk. Isk..." Suara tangisan yang mendayu-dayu itu menambah seram.
Mia terpaku. Dia ingin lari tapi kakinya umpama melekat di lantai. Lidahnya kelu tidak dapat bersuara.
Matanya terbuntang melihat lembaga yang kini merenung tajam ke arahnya.______________________________________
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
MIA
HorrorKehidupan Mia umpama seperti di neraka sejak berada di sekolah berasrama ini. Pelbagai perkara pelik yang dialaminya. Persoalannya, mengapa cuma Mia yang mengalami perkara-perkara pelik di asrama itu? Mia berusaha untuk merungkai persoalan itu. Dia...