11

1.8K 85 47
                                    

"Awak kat mana?" Soal Christina bersama telefon yang terlekap ditelinga. Matanya meliar mencari seseorang di antara manusia-manusia yang berbondong keluar dari pintu ketibaan.

Alex disebelah turut sama mencari.

Sepasang tangan tiba-tiba sahaja memeluk pinggang Christina dari Arah belakang.

"I'm here, sayang." Bisik suara garau.

Christina sedikit terjerit kerana trkejut. Serta merta Alex memandang kearah Christina.

Terpampang di depan Matanya, Christina sedang dipeluk seseorang. Shane!

"Ish, malu lah. Orang tngok!" Christina cuba meleraikan pelukan pada pinggangnya. Namun Shane semakin mengeratkan.

"Biarlah, biar dorang tau how I miss my sayang so much." Shane memberi kan kucupan pantas pada pipi Christina.

Christina terpempan. Bulat matanya, trkejut dengan tindakan Shane.

Pelukan direnggangkan. Sebuah anak patung bear berwarna putih dicapai Shane, lalu diserahkan kepada Christina.

Perlahan-lahan dia mencapai patung tersebut dengan hati yang bermacam rasa. Terkejut, terharu, gembira, marah, malu... Hampir semua rasa ada...

"Haih, untuk Tina je ke ada? Adik kau ni dah lupa?" Alex mencelah.

"Alah, sibuk je. Ada2, nanti dekat rumah aku bagi." Balas Shane sambil berjabat tangan dengan Alex.

"Hah, tau pun. Aku fikir tadi, kalau hadiah untuk aku takde... Aku nak suruh kau balik Jalan kaki je.  Penat je aku drive Tapi hadiah takde... Ingat aku free?" gurau Alex. Shane menyambut gurauan Alex dengan tawanya.

"Mari sini beg kau, jom balik. Ibu dah masak special untuk kau." Alex mendekati bagasi Shane bersedia untuk menarik.

"Tunggu apa lagi, nak sweet2 dekat rumah lah. Tak menyabar sungguh abang aku ni." Tegur Alex bila dilihat Shane masih berdiri sambil memandang kemasih hatinya disisi.

"Ye2, sabar. Jom sayang." Shane menggenggam tangan Christina, erat. Alex dibelakang sekadar memandang.

*****

Alex meletakkan bagasi Shane.

"Berat nak mampus beg. Bawa balik baju, ke batu ni?" Bebel Alex. Shane disisi Christina tergelak.

Bagasi ditarik kearahnya.

"Batu nisan aku tempah khas untuk kau. Aku bawa lah balik." Gurau Shane.

"Kurang asam punya abang, nak aku mati awal rupanya." Bebel Alex.

Alex kembali menghampiri pintu tempat pemandu.

"Kau nak pergi mana?" Shane menyoal, apa bila dilihat Alex duduk semula dikerusi pmandu.

"Aku nak balik rumah, ada kerja."

"Lah, aku kan baru sampai. Tunggu lama sikit tak boleh ke?" Shane cuba memujuk Alex.

"Tak boleh, ada kerja nak siapkan. Kau... aku boleh jumpa bila2." Balas Alex.

"Sayang cuba pujuk housemate awak ni. Saya ni baru je sampai, dia pula dah nak balik rumah bujang dia." Shane meminta pertolongan ke kasih hatinya.

Christina prlahan menghampiri pintu kereta. Badan direndahkan sedikit, cuba untuk separas dengan Alex yang duduk dibahagian pmandu.

"Alex, awak tak kesian ke dekat aunty? Awak dah lah jarang balik rumah." Lembut suara Christina, cuba memujuk.

Alex diam. Stereng kereta diramas.

"Ibu faham aku. Kau tak payah kisah. Jaga abang aku tu, itu lagi yang patut kau kisah kan." Balas Alex, mendatar. Tidak lngsung memandang kearah Christina.

"Awak ni kenapa? Saya cakap baik-baik kan?" Tegur Christina.

"Kenapa apa? Kau dah ada dia, kenapa nak kisah aku. " Suara Alex sedikit meninggi. Hampir kepada menjerit.

Christina terkejut.

Shane yang mendengar turut sama tersentak. Tidak pernah lagi dia mendengar Alex meninggikan suara.

Christina mula menitikkan airmata. Terkejut Dan juga terasa.

"Kau nak marah dia kenapa? Aku yang minta dia pujuk kau." Shane mula masuk campur. Suaranya juga sedikit tinggi.

Shane terus sahaja menarik tubuh Christina, lalu dipeluk.

Alex diam...

Serba salah memenuhi hatinya.

"Aku minta maaf." Sebut Alex perlahan.

Terus sahaja minyak ditekan, kereta milik Alex mula meninggalkan kawasan rumah, serta Shane yang masih memeluk Christina yang teresak.




Sorry pendek.. Takde idea sangat... Muahahhaa.. Sorry

#vote, #komen

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now