Bab 9

6.7K 50 3
                                    

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi!"

Alice sangat marah. Nafasnya turun naik menahan api kemarahan yang sedang meluap-luap membakarnya. Dia nekad mahu bercerai. Tetapi aku masih cuba memujuknya dengan harapan masih ada rasa cinta Alice terhadapku. Namun, aku silap menilai Alice. Cintanya terhadapku telah lama pudar sama seperti perasaanku. Jadi apa lagi yang tinggal untuk kami pertahankan?

Kami berbincang di ruang tamu. Alan dan isterinya Monica, diam menikus. Alice tetap dengan pendirianya mahu bercerai. Mati hidup dia tidak mahu kembali padaku semula.

"Aku jijik dengan kau! Mengapa lelaki seperti kau terus hidup di dunia ini? Mengapa kau tidak mati saja dilanggar treler, hah!" Bentak Alice memutahkan kemarahannya yang tidak pernah berpenghujung.

Telingaku sudah lali menerima caci maki dan sumpahan daripadanya. Bila difikirkan semula, aku memang layak menerimanya atas perbuatanku. Jadi tiada gunanya aku bertekak dengan Alice. Aku biarkan dia memaki aku sepuasnya, kerana ini cacian yang terakhir daripadanya.

Aku terima keputusan Alice mahukan penceraian. Apabila aku mahukan hak penjagaan anak-anak, Alan dan Monica masuk campur. Alan mengungkit tentang pertolongannya selama ini membuatkan aku termati kutu. Aku meninggalkan rumah itu dengan tangan kosong. Aku juga tidak diberi peluang berjumpa Peter dan adiknya.

"Esok aku datang ambil barang, dan pulangkan kereta kau." kata Alice dingin ditepi tingkap kereta.

"Tak payah pulangkan...." ujarku. "Itu kereta anak-anak. Kau ambillah..."

Aku pergi dengan hati yang retak seribu. Jiwaku kosong, hatiku sakit. Dalam sekelip mata aku kehilangan segalanya. Mengapa baru sekarang wujud penyesalan dalam hatiku. Aku menyesal....aku sungguh menyesal.

Aku berhentikan kereta di bahu jalan. Tidak tertahan lagi menanggung seksaan jiwa, aku meraung dalam kereta melepaskan pekung di dada. Aku kesal atas apa yang berlaku. Mungkin benar kata Alice, sebaiknya aku mati dilanggar treler, daripada hidup terpisah dengan anak-anakku.

*****

Kini kami sah bercerai. Jenuh juga berulang alik ke JPN menguruskan hal penceraian. Denda membatalkan sijil perkahwinan pun telah dilangsaikan. Hak penjagaan anak-anak diserahkan seratus peratus kepada si ibu. Aku dibenarkan melawat mereka ikut kelapangan, tiada had dinyatakan. Aku bersyukur kerana Alice bersetuju asalkan kami tidak bertembung pada masa itu.

"Aku benarkan kau jumpa diorang..." kata Alice semasa kami membuat persetujuan."....tapi, pastikan aku tak nampak muka kau. Menyampah, tahu tak!"

Dari cara pertuturannya, aku tahu Alice sangat benci terhadapku. Tetapi itu tidak mematahkan semangatku. Asalkan aku dapat jumpa Peter dan Ian pun dah cukup bagiku.

"Aku janji...," kata-kataku dipotong Alice.

"Tak payah janji-janji!" Pekik Alice membuatkan orang sekeliling memandang kami. Masa itu, kami berada di luar pejabat JPN.

"Engkau tak layak berjanji. Jadi, jangan cuba-cuba berjanji dengan aku!"

"Takkk...." aku cuba berlembut dengan Alice. "....aku cuma nak cakap, setiap hujung bulan aku akan bagi duit untuk anak-anak."

Alice tidak menjawab lagi dan terus berlalu. Itulah perbualan terakhir kami. Dalam undang-undang kami sah bercerai, tetapi tidak dalam gereja. Agama Katolik mengamalkan sistem monogami. Seorang lelaki tidak dibenarkan beristeri lebih dari seorang. Penceraian juga tidak dibenarkan, melainkan maut yang memisahkan, kerana apa yang disatukan oleh Tuhan, tidak boleh dipisahkan oleh manusia. Jika berlaku penceraian, ia dianggap dosa.

Itu menurut kepercayaan Katolik. Aku tidak mahu bercakap tentang dosa kerana telah lama meninggalkan gereja.

Setelah membawa haluan masing-masing, aku pernah cuba menghantar mesej pada Alice melalui aplikasi whatsapp. Niatku hendak bertanyakan anak-anak. Tiada respon darinya. Esoknya aku cuba mesej lagi, tetapi nombor tersebut telah di block.

Aku tidak puas hati. Hujung minggu adalah waktu bersama anak-anak. Aku tidak malu menampakkan diri ke rumah Alan dan membawa Peter serta Ian keluar. Semasa Alice bekerja di restaurant Alan, tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan kepada Monica. Jadi, aku bertanyakan nombor telefon Alice kepadanya.

"Tak payah kau tahu. Dia saja tukar nombor sebab tak nak kau ganggu." Kata Monica yakin sekali.

"So, kau berhentilah ganggu dia. Kalau nak tanya pasal budak, kau call aku saja." Sambungnya lagi.

Sejak itu aku berhenti menganggu Alice. Kalau hendak tahu perkembangan anak-anak, aku menelefon Monica sahaja. Jika hendak tahu perkembangan Alice pula, aku bertanyakan pada Peter. Duit belanja anak-anak sentiasa aku penuhi. Segalanya berjalan lancar mengikut perancangan.

******

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Lama kelamaan aku telah biasa dengan kehidupan menduda. Hubungan intim bersama Camelia masih diteruskan. Kini tiada apa lagi yang menghalang hubungan kami. Kami sudah tinggal bersama seperti suami isteri, cuma belum sah lagi.

Keluarga di kampung telah maklum dengan penceraian aku dan Alice. Mereka setuju atau tidak aku bersama Camelia, aku peduli apa? Bukan hidup mereka pun.

Setiap hujung minggu aku jarang berada di rumah. Hari Ahad dimanfaatkan untuk anak-anak. Malangnya Camelia tidak setuju. Dia mahu aku meluangkan masa bersamanya. Aku tahu dia tidak berapa suka melihatku rapat dengan anak-anak kerana risau aku kembali pada Alice.

Camelia, selain orangnya kuat nafsu seks, dia juga kuat cemburu. Setiap hari dia akan memeriksa telefonku. Dia juga pemalas orangnya. Dia jarang memasak, biasanya dia tapau di kedai sewaktu balik dari kerja. Itu aku faham kerana kami sama-sama bekerja. Tetapi, kerja rumah yang lain seperti menyapu dan mencuci pakaian, tidak disentuhnya langsung. Alih-alih aku yang membuatnya sendiri.

Hatiku selalu membuat perbandingan antara Camelia dan Alice. Ternyata Camelia jauh berbeza dengan Alice. Walaupun Alice kaki leter dan panas baran, tetapi dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dia memasak dan mengemas setiap hari. Semua kerja rumah dia lakukan dengan jayanya. Aku balik kerja tinggal mandi dan makan saja, kemudian tidur.

Entah mengapa sejak bercerai dengan Alice hatiku tidak pernah tenang, walaupun malam kami sentiasa hangat. Camelia sentiasa memberikan layanan yang terbaik. Nafsu seks Camelia sentiasa tinggi. Malangnya nafsu aku semakin malap dari hari ke hari. Aku mudah lelah selepas enjekulasi pertama. Baru bermain beberapa minit, aku sudah kecundang. Zakarku menjadi lembik selepas memuntahkan sperma pada pusingan pertama.

Mana tidaknya Camelia meroyan. Jika aku tidak mampu memuaskannya, dia akan melakukan onani sendiri.

Ini bukan fitnah, sebab aku pernah nampak Camelia melancap dengan ghairah sekali. Camelia juga menggunakan sex toy memuaskan nafsunya. Dia mendesah merasakan nikmat saat mencapai klimaks.

Sumpah, geli gemelan aku melihat Camelia berpelakuan seperti bintang pronografi. Pada masa yang sama, aku rasa bersalah kerana tidak mampu memuaskan Camelia.

Dan mungkin sebab itu, aku nampak seorang lelaki menghantar Camelia balik.

Bersambung

Tale of us (Complete✔)Where stories live. Discover now