MYIMD-1-

17 2 2
                                    

Jalannya penuh gaya masuk ke dalam syarikat milik keluarganya. Personal Assistantnya, Danish Muhammad, setia berada di belakang gadis itu sambil memegang beberapa file penting.

Lif dibuka. Satu pasangan suami isteri keluar sambil berpegangan tangan. Gadis yang berjalan penuh gaya itu mula membuka spek mata hitamnya.

Dia berlari dengan langkah perlahan untuk memeluk kedua orang yang amat penting dalam kehidupannya.

"Daddy, Mummy! Where are you guys going? " Gadis itu menanyakan soalan sambil tangannya tidak habis memeluk kedua-dua tangan ibu bapanya.

"Mummy dengan Daddy ada meeting dengan seorang klien ni. Kenapa? Nabila nak ikut? " tanya si ibu, Tan Sri Datin Tengku Ikarina, kepada anaknya yang masih melentok manja di bahunya.

"Bukan Nabila tak nak ikut Mummy dan Daddy, tapi Nabila banyak kerja nak buat, nanti kita jumpa lagi eh? Bye bye, sayang saya! " Gadis itu, Tengku Nabila Irdina binti Tengku Naim Haikal, mencium kedua-dua belah pipi orang tuanya sebelum terus masuk ke dalam lift bersama personal assistantnya.

Pakaiannya yang ketat sangat menjolok mata pekerja di situ setelah dia keluar dari lift. Jalannya penuh gaya semula untuk ke tempat kerjanya.

Sudah hampir 3 tahun Nabila tidak balik ke Malaysia. Selama ini, dia menghabiskan masa di New York untuk sambung belajar.

Rambutnya dikibas ke belakang. Nabila masuk ke dalam officenya apabila PA nya menolong dirinya.

Nabila terus duduk di tempatnya. Nabila memang mempunyai Ijazah di tangannya. Nabila tidak berminat dengan business tetapi dia berminat dengan fashion, disebabkan itu dia dijadikan khas oleh Tan Sri Dato Tengku Naim Haikal sebagai ketua Designer di syarikat keluarganya.

Naim Haikal tidak kisah anaknya bekerja sebagai apa sekalipun, asalkan anaknya tidak menghabiskan masa dengan benda tidak berfaedah.

Nabila hanya berpakaian menjolok mata, tetapi dia tidak lagi menyentuh makanan dan minuman yang haram. Tetapi Nabila juga membuat maksiat dalam diam.

Danish membacakan jadual yang Nabila akan buat untuk hari ini. Nabila mengangguk dan menyuruh Danish ke biliknya yang bersebelahan dengan pejabat Nabila.

Buku sketch dikeluarkan. Nabila mula melakar beberapa style baju yang bakal dia keluarkan untuk musim luruh yang bakal tiba.

IPhone Xs, diambil Nabila dan dia membuka app Whatsapp di telefonnya. Dia melihat dan membalas beberapa chat yang dihantar kepadanya.

Bunyi deringan bergema. Nabila segera mengangkat panggilan di telefonnya.

"Hey babe " suara lembut gadis bergema di telefon Nabila. Dia tersenyum dan sambung melukisnya sambil berbual dengan gadis itu.

"Ha ye, kenapa kau call aku time sekarang? " Nabila membalas sambil tangannya tidak henti melukis. "Aku rindukan kau ni. Semenjak balik dari New York, langsung tak jumpa aku eh? "

Nabila mengeluh. Dia meletakkan pensil lukisnya.

"Aku busy la Leya. Kau pun tahu kan? Aku balik sahaja dari belajar tu, Daddy aku suruh bekerja terus. Kau ingat senang? " Nabila mula memuncungkan bibirnya.

"Kau kan anak Tan Sri, lepas tu Dato lagi tu. Kenapa kena kerja juga? " Tungku Alleya binti Tungku Adam, kawan dari kecil Nabila, baring di atas katilnya sambil mata tidak lepas dari melihat televisyen.

"Aku kan anak tunggal Mummy dan Daddy aku.. Jadi, Daddy aku tak nak aku habiskan masa dengan buat benda tak berfaedah. Sebab itu aku kena bekerja" senyuman kecil terukir di bibir Nabila.

"Haah, aku lupa pulak. Ni kau nak makan tengah hari dengan siapa? "

"Mungkin dengan Danish, kau tahu lah personal assistant aku tu. Dari kecil sentiasa bersama aku" Nabila sambung melukis semula.

"Kenapa kau orang tak pernah bercinta eh? Kata dari kecil kan? " Alleya menukar siaran ke siaran lain memandangkan cerita kegemarannya sudah tamat.

"Danish ada kekasih dia.. Tak nak lah, aku malas. Bosan bercinta ni. Aku nak bebas" Pensil warna dikeluarkan. Nabila muka merwarnakan lukisannya.

"Ahhh, okayy.. Aku nak pergi tandas lah, nanti aku call kau lagi" Alleya mula memberhentikan siaran.

"Okay, bye "

"Bye"

S K I P

Waktu Lunch hour bermula. Nabila mula mengemas mejanya bagi kemas dan mengambil beg tangannya. Rambutnya dibetulkan. Mukanya dipastikan tiada cacat cela sebelum keluar dari pejabatnya.

Semasa ingin masuk ke dalam lift, Nabila terlanggar dengan seorang lelaki yang lengkap berpakaian pakaian suit kerja.

Tangan Nabila dipegang oleh lelaki itu untuk menghalang Nabila jatuh. "Sorry, miss.. Are you alright? " tanya lelaki itu sambil berdiri tegak dihadapan Nabila.

Nabila memandang lelaki yang mempunyai wajah sungguh kacak dengan bersongkok hitam.

"Okay je. Sudah, saya nak pergi lunch. Sorry for that, bye " lift yang dibuka terus Nabila bersama Danish masuk.

Apabila lift sudah tutup pintunya, lelaki tadi mula mengukirkan senyuman. Gadis yang ditunggu-tunggunya kembali.

Naim Haikal datang menerpa lelaki itu. "Kamu tak pergi lunch ke, Hasiff? " tanya Tan Sri Dato Naim Haikal kepada pekerja tetap di syarikatnya, Tengku Putra Hasiff.

"Saya dah makan, Dato.. Ni, Dato nak pergi makan ke? " Hasiff berdiri tegak dan menanyakan dengan sopan kepada lelaki terbesar di syarikat ini dihadapannya. "Saya makan awal dengan klien saya tadi" jam ditangan, Naim Haikal betulkan.

"Erm, Dato, kalau saya nak tanya boleh? " Hasiff menolak rambutnya kebelakang.

"Pernah ke tak boleh, Hasiff? Kamu macam tak biasa je" Naim Haikal ketawa kecil sambil menepuk bahu Hasiff.

"Hahaha, mana ada lah Dato. Ini saya nak tanya, anak tunggal Dato dah balik eh? " Hasiff gementar ketika menanyakan soalan itu. Tidak pernah seorang dari pekerja di syarikat itu menanyakan tentang anak tunggal Naim Haikal. Mereka tahu yang Naim Haikal mempunyai seorang sahaja anak tetapi tidak pernah tahu rupanya.

"Ye dia dah balik. Kamu jumpa dia tadi? " Naim Haikal tidak sangka Hasiff akan menanyakan satu-satunya anak tunggalnya yang jenis liar juga.

"Ye, lawa anak Dato" memerah muka Hasiff ketika berkata begitu. "Ciptaan Allah kesemuanya lawa dan sempurna, Hasiff. Walaupun begitu, akhlaknya tak bagus " Naim Haikal mula mengeluh.

"Lama-lama okaylah tu. Saya masuk pejabat dulu, ye Dato? " Hasiff menyalam tangan Naim Haikal. Naim Haikal hanya mengangguk.

"Assalammualaikum, Dato"

"Waalaikumussalam "

B E R S A M B U N G

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Meet You Is My DestinyWhere stories live. Discover now