03

15 1 0
                                    

" Wah!! Kenyangnya aku .. " kata Dani sambil mengusap perut boroinya. Ehhh tak. Dani tak boroi, dia ni sado.

" Tak sangka bihun sup Kak Timah tu still sedap .. " kata Dani.

" Bihun sup sedap ke ?? Tengok Kak Timah sedap mata memandang??" Soal Izz sambil menayangkan muka nakal sambil  mengangkat double jerk . Mereka gelak nakal. Wajah Adrrian memerah malu mendengar kawan - kawan yang otak kuning ni.

" Korang ni .." marah Adrrian.

" Kau ni.. kalau cakap pasal perempuan .. mesti kau malu.. " kata Am. Adrrian menayang muka selamba lalu mengejar Benz dan Aden yang mara ke hadapan.

Benz berpaling melihat Adrrian yang berada sedikit belakang antara dia dan Aden. Dia melihat telinga dan pipi Adrrian merah . Mesti dia tengah malu ni. Benz bergerak ke tepi sedikit memberi ruang untuk Adrrian menyelit di tengah.

" Kau kenapa ??" Tanya Aden. Dia perasan je telinga dan pipi Adrrian merah.

" Dorang tu lah bangang.. sembang pasal badan Kak Timah tu.. " ujar Adrrian sambil menayangkan muka bengang. Aden dan Benz memandang sesama sendiri lalu ketawa kecil.

" Faham-faham je lah .. Dorang tu lelaki .. Bernafsu lah tengok perempuan.. Takkan tak de nafsu pulak .." kata Aden.

" Korang tak pun.. " kata Adrrian lalu mencebik bibir. Benz menggosok kasar rambut Adrrian.

" Kalau aku tunjuk aku bernafsu.. kau pun aku ngap nanti .." usik Benz. Adrrian merengus marah lalu menampar tangan Benz kasar.

' Aishhh .. nasib kau lah Rian .. kawan dengan lelaki .. ' bisik hati Benz.

" Ehhh !! Budak-budak sekolah Golden !! " Kata seorang lelaki di hadapan mereka. Lelaki di hadapan mereka juga ada sekumpulan pelajar lain. Mereka memakai pakaian sekolah lain.

Benz dan yang lain berhenti berjalan. Bengang melihat makhluk Tuhan yang menghalang jalan mereka.

" Budak-budak manja oiii!! " Sergah seorang lelaki yang bertubuh agak sasa .

" Kau siapa nak panggil kami manja ???" Marah K- On. Pantang dia orang panggil dia manja.

" Korang lah .. dah lah sekolah lelaki sahaja .. pastu private pulak tu ..." Kata lelaki yang lain.

Kedengaran Am tertawa kecil.

" Ada aku kacau duit bapak lu ke ??" Soal Am sinis.

" Oiii .. main bapak-bapak pulak anak manja ni .. entah-entah ada korang ni gay lak .. "

" Maklumlah kan .. sekolah anak manja .." sambung yang lain . Ada yang turut bantai ketawa.

" Eleh .. kalau gay pun .. ada kacau kau punya bontot ke ??" Marah Aden . Benz hanya diam . Dia mengerling ke arah Adrrian. Kalau boleh dia tak nak Adrrian terlibat gaduh sekali .

" Memang tak ada lah kacau bontot gua .. tu bontot tu .." bibir lelaki itu menjuihkan ke arah Adrrian .

" Mesti pakat-pakat dah rasa.." kata lelaki tadi. Benz bengang . Tangannya mengepalkan penumbuk. Nak je dia tumbuk muka lelaki itu. Baru sahaja dia nak mendekati lelaki itu tetiba ada orang memintasnya.

Dushhh!!!

Adrrian mengibaskan tangan dia yang agak kebas menumbuk muka lelaki itu. Dia meludah ke tepi.

" Bontot aku .. suka hati lah sapa nak rasa .. yang kau sibuk apahal ???" Marah Adrrian lalu menyepak muka lelaki itu. Tersembur sedikit darah dari mulut lelaki itu.

" Tak guna punya......" Belum sempat ada ahli lelaki itu nak menumbuk muka Adrrian, pantas Benz menumbuk muka lelaki itu.

" Haishhhh !! Ni yang nak marah ni .. perut aku ni dah lah kenyang ... Ajak exercise pun agak-agak lah korang ni .." bebel Dani lalu menumbuk muka ahli salah seorang daripada mereka.

" Tu lah .. Takkan nak pergi kedai Kak Timah tu balik nak tengok dia .." Izz menyampuk lalu menendang perut lelaki yang boroi tu.

" Korang !! Jangan lah sembang pasal Kak Timah tu boleh tak ???" Marah Adrrian. Geli telinga dia dengar .

Am dan K-On membelakangi satu sama lain.

" Bukan selalu aku tengok Adrrian tu marah dekat musuh ni .." bisik Am.

" Kalau aku pun mengamuk kalau orang sebut pasal bontot aku .." balas K-On . Mereka berdua bergabung membelasah tiga orang musuh mereka.

Maka berlakulah pergaduhan antara 7 orang vs 15 orang petang tu.

Gengster Highschool Where stories live. Discover now